Beauty Tips: Face & Hair Care for Hot Sunny Weather

by on February 26th, 2010
5 CommentsComments


(kenapa letak gambar tak semegah ni? well sebab ni je gambar yg mana I pegang makeup, haha, kira sesuai la kot dengan entry kali ni, pasal hal2 ehwal kecantikan gitu, wah2.. :P )

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum (perghh tak boleh lebih skema lagi ke Yana?) sekarang ni cuaca sangat2 la panas. Yup, sehari tu, ada lebih kurang, 2 botol air mineral, 1500ml I minum. Tu bukan minum saje, siap buat2 basahkan kepala dan ketiak (eww, haha, joke).

Jadi di sini I nak bagi cadangan tentang apa yang diperlukan oleh semua gadis2 di luar sana ketika musim2 panas terik ni untuk penjagaan wajah dan juga rambut. Tapi ini cadangan I sahaja, tak perlu ikut kalau tak mahu, dan boleh la diubah suai dengan keperluan diri anda ye. ;)
1. Sunblock SPF50+++
Ini wajib dipakai dimuka tak kiralah pada waktu pagi ke, tengahari ke, petang ke. Tapi kalau dah malam tu, tak payah la pakai, mengada la tu kalau dah takde matahari pun nak pakai. I takkan keluar rumah tanpa sunblock, bagi I, kalau tak pakai sunblock rasanya seperti tak pakai deodorant je, haha, low giler la confident nak keluar rumah time tu.
Sunblock bukan saja penting untuk mengelakkan kulit menjadi gelap, selalu pun orang anggap perempuan ni pakai sunblock sebab takut jadi hitam. Cubalah search di internet tu, apa kegunaan2 lain sunblock ni. Untuk elakkan penuaan kulit, elakkan kedutan-kedutan pra-matang pada mata dan kulit, serta mengelakkan kanser kulit. Haaa, tu tak cukup ke sebab untuk memakai sunblock tiap2 hari sebelum keluar rumah?
I paling takut sekali bukannya sebab akan jadi gelap, tapi I paling takut kedutan-kedutan pra-matang tu. Bayangkanlah, umur belum cecah 30 tahun lagi, tapi tepi mata dan dahi sudah berkedut, tak ke ngeri? Prevention is better than cure, right? ;) Jangan sampai orang kata kulit tangan korang nampak lebih muda dari kulit muka korang. ??????
Bagi yang terlampau malas hendak memakai sunblock sebelum bersolek, beli sahajalah foundation atau bedak yang ada spf25 didalamnye. Jenama saranan? Banana Boat Sunblock SPF50, Neutrogena Ultra Sheer SPF50, Garnier UV Protect SPF50 dan bagi yang sanggup splurge lebih untuk penjagaan muka, gunalah Clinique Super City Block SPF40 ataupun Shiseido Extra Smooth Sun Protection SPF33 (my all time favorite).
Lebih untung jika kamu beli sunblock yang 2 in 1, khas untuk wajah dan badan, jimat la sikit, tak perlu beli 2 sunblock yang berbeza.
2. Makeup
Perkara terakhir yang kamu ingin berlaku kepada kamu pada musim2 panas ni ialah solekan kamu luntur tak sampai beberapa jam kamu terdedah di bawah matahari. Ataupun bedak kamu menjadikan wajah kamu cakey seperti patung tak bernyawa. (bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, hoho).
Jadi untuk elakkan solekan kamu luntur, pastikan yang foundation dan bedak kamu itu kalis air dan kalis peluh, check dahulu di internet mengenai review2 mengenai product2 tersebut. Dan kalau kamu mahu solekan yang bertahan berjam-jam lamanya, gunalah mineral makeup bersama-sama dengan face primer. Salah satu kelebihan mineral makeup selain daripada sesuai untuk kulit sensitif ialah ianya mampu bertahan lebih lama berbanding makeup biasa.
Tapi I personally dah biasa pakai makeup biasa, jadi tak kiralah panas ke sejuk ke, I tak guna mineral makeup. I cuma akan pakai jika hari tu I kena berada di luar rumah selama lebih dari 8 jam, then baru I gunakan mineral loose powder.
Dan jangan lupa, cuma guna mascara yang smudge proof dan waterproof sahaja, dan bagi yang gemar memakai celak, pastikan celak tu juga waterproof. Kiranya apa2 alat solek yang tertulis waterproof tu, jadikanlah itu kawan baik korang untuk musim2 panas ni.?????
3. Tissues and Blotting Paper.
Blotting paper ni memang commonly orang yang kulit berminyak atau combinasi seperti I, harus simpan di beg, haha. Tapi di musim yang panas ni, I sarankan anda membawa tisu dan blotting paper. Ini apa yang I buatlah untuk kulit I pada waktu2 panas ni.
Mula2 sekali, selepas berjalan di bawah matahari yang terik, wajah akan berpeluh dan minyak juga akan terhasil. Jadi, ketika touch up tu, mula2 sekali tekapkan perlahan-lahan sehelai atau 2 helai tisu di muka kamu. Ini berfungsi untuk menyerap lebihan-lebihan peluh di wajah kamu tu. Sebab blotting paper tak boleh menyerap peluh, ia cuma boleh menyerap lebihan minyak di wajah. Jadi selepas tiada lagi peluh di muka, kamu, barulah kamu menggunakan blotting paper.
Bagi yang takde masalah kulit berminyak, tak perlulah ikut tips yang ini ye.
4. Face Mist
Bagi yang tak biasa menggunakan face mist, mesti agak pelik kenapa I cakap ini keperluan untuk musim2 panas. Well, face mist ni berfungsi untuk melegakan kulit wajah yang kering ataupun boleh juga digunakan untuk fresh kan solekan yang dah dipakai lebih dari 5, 6 jam.
Selalunya I akan pakai moisturizer sahaja kalau kulit kering, tapi jika I kat luar, I dah siap bersolek kan, jadi I tak boleh tempek moisturizer atas solekan I tu. Kat sinilah face mist ni memainkan peranan penting untuk melembapkan dan menyegarkan kembali kulit I yang dah berjam terdedah kepada panas matahari dan habuk2.
Jenama saranan I, Eau Thermale Avene’s, Bodyshop Vitamin E Face Mist (ada bau2 rose, jadi agak annoying, sebab I tak suka product muka yang berbau wangi2 ni) MAC Fix (ini boleh menyebabkan kulit sedikit berminyak) dan bagi yang sanggup berbelanja lebih, Shu Uemura Facial Mist.
5. Lip Balm
Selalu pun I akan skip memakai lip balm, tapi musim2 panas ni, it’s a crime for me to do so. :) Sebab bibir kita nimempunyai kulit yang nipis, jadi musim2 panas ni lebih mudahlah ia mengelupas, dah yeahh, sangat2 pedih kan bila tu terjadi.
Jadi, gunakan lip balm sebelum menggunakan lipstick atau lipgloss, lebih bagus kalau ada lip balm tu mempunya spf, sebab bibir korang pun kena dilindungi dari matahari yang panas.
6. Perlindungan untuk rambut
Masalah yang akan timbul ketika musim2 panas ni ialah rambut yang mengerbang/frizzy hair, kekeringan, split-ends, dan musuh semua perempuan-rambut kusam. Cara paling mudah untuk menghindari masalah ni ialah dengan memakai topi. Rambut memang akan selamat dan terlindung dari segala masalah.
Tapi, kalau korang macam I, haha, I memang jarang, terlampau jarang memakai topi. Memanglah ada bermacam jenis topi sekarang ni, tapi still, bukan taste I la. Boleh jek I pakai topi, tapi I keluar pun time ke kelas dan waktu berdating dgn Bf I kan, so takkan nak pakai topi time2 tu. Nanti lecturer pun pandang I pelik jek, haha, and waktu dengan bf la kita nak melawa sakan kan. ;)
So another alternative is to use leave in conditioner. Leave in conditioner apa2 jenis pun takpe, dan pilihan terbaik ialah leave in conditioner yang menjanjikan kelembapan untuk rambut. Jadi sebelum keluar rumah tu, pakai dulu leave in conditioner, tapi jangan la pakai terlampau banyak, nanti rambut kamu jadi flat dan takde body pulak.
Dan lagi satu, bagi yang suka rambut korang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, pastikan korang pakai spray ataupun mousse yang 24hour Anti Humidity Resistance ataupun 24hour Anti Frizz. Ye, korang tak nak angin sepoi2 tu tiup rambut korang sampai mengerbang seperti singa di zoo kan? Singa memang cute dengan gaya rambut begitu, tapi bukan korang ye. :P
I selalu ada masalah ni dulu, tapi sekarang I guna Loreal Studio Line Curl Power mousse, masalah frizzy hair ni dah berjaya diselesaikan. :)
Dan waktu2 beginilah paling bagus untuk korang mewarnakan rambut korang dengan warna2 yang lebih gelap (bagi yang mewarnakan rambut la), sebab warna yang cerah akan menampakkan lagi rambut yang kering dan tak bermaya dek cuaca panas ni. Dan paling penting, tukarlah kepada shampoo yang menjanjikan kelembapan pada rambut, ye. I pun tak guna la shampoo yang moisturizing semua ni, tapi ini penting, sebab rambut kita perlukan kelembapan yang extra pada waktu cuaca panas, jadi I kena beli la shampoo yang moisturizing semua ni.
Dan paling penting, kurangkan, I repeat, kurangkan penggunaan apa2 heating hair tools ataupun hair dryer. Ini untuk elakkan lagi rambut korang menjadi kering sebenarnye.
Well, that’s just about it, a long list to keep your skin and hair protected and looking gorgeous during this freaking hot weather. :)

Go to the main page

Categories: Beauty Tips, My Experiences, Yours Truly

Comments

Feed
Trackback URL
  • wow..thanx 4 sharing yana ^_^

    ReplyReply

  • zura

    yana u r so beautiful..
    nak tanya , u pakai skincare ape ye? share la info..ur face flawless and fair,nice long hair and very cute smile…

    kalau leh share info, really appreciate. coz i baru kawen. nak gak jadi cntik mcm u…

    ReplyReply

  • maria

    saya umo 19
    n tak bnyak blanja sngat utk skin care prosuct…
    selalunyer abeskan wet utk make up semata2…
    n sy selalu kai silky girl…
    camne sy nk dapatkan skin care prosuk yg tak mahal sangat n boleh digunakan utk semua condition??
    *kulit saya berminyak..

    ReplyReply

  • zuraa

    muka awak cam dewi remaja yg menang tu la.. neelofa :) tp awak more sopan and sweeett…. suke sgt.. nnt share ye skincare awak…

    ReplyReply

  • fae

    byk membantu tips u ni…thanks ;)

    ReplyReply

Leave Comment

Commenting Options

Alternatively, you can create an avatar that will appear whenever you leave a comment on a Gravatar-enabled blog.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.