Bebel Pasal Facebook dan Random Stuff. :)
Hi semua! Wah wah Yana, lepas berbuka je terus semangat update blog ye? Well biasalah, otak I kurang lincah berfungsi takkala ia kekurangan nutrisi makanan, haha, ayat nak skema. (^____^)
So macamana puasa hari pertama semua, ok? I ok jek, almaklumlah duduk kat bilik sambil study Tort je kan, memanglah ok, takde rasa penat. Tapi kan cirit birit I tu masih ada cuma dah tak se-extreme beberapa hari lepas, haish letih dan lemah jugaklah badan ni, macam takde effect sangat ubat diarrhea tu.
Anyway, hari ni just a random update sahaja sebab I takde masa nak buat tutorial atau review lagi, so maybe Sabtu atau Ahad baru I update tutorial rambut. Oh, I ada soalan dari readers di Facebook yang bertanya kenapa I tak buat entry under heading Memories lagi. Haha ingatkan takde orang perasan, ada jugak yang peka ye dengan entry tu. Sebenarnye I bukan tak nak update pasal entries Memories tu cuma I segan kot-kot ex-ex couple I tu terbaca entry tu, maklumlah, sekarang ni nak search orang senang je, semua pakai Google. Dan kalau Google nama I, tak ke keluar blog ni? (-___-”)
Tapi bila I fikir-fikir balik, entries under Memories tu semua pengalaman hidup I kan? So tu hak I la nak kongsi kat blog ke, nak publish kat buku sekalipun, tu semua pengalaman waktu cinta remaja I kan? Jadi sesiapa yang terasa orang yang I ceritakan dalam entry tu adalah dia, nasib la kan? Bukan I letak nama sebenar pun, so yeah, you tak boleh file a lawsuit kat I la.
dalam gambar memang tak nampak macam sakit, tapi percayalah I masih tak sihat sepenuhnye,hehe, yelah, sakit dalam perut kot
I akan buat entry tu nanti, maybe bukan sekarang la, sebab I sedang super duper busy dengan assignments yang berlambak, tapi insyallah nanti I buat.
Oh oh, ada gossip sikit ni nak cerita, lol, sengal Yana, lepas berbuka kau ajak orang bergossip pulak.
Hari tu, I meninjau la kesana-sini tengok profile-profile Facebook kan, entah macamane I terjumpa satu perempuan ni, I macam wow gila la dia letak profile picture macam tu, parents dia tak add dia di FB ke? Hahaha just kidding, takdelah I cakap macam tu, dan picture dia pun taklah seksi sangat, cuma terdedah sikit la at some part. So I macam tak ambil port la, lepas tu bila bukak profile dia, dia tak privatekan, so I fikir maybe perempuan ni baru buat account FB dia kot. So I browse masuk dalam akaun dia and click her photos.
Lepas tu, OMG…….Kalau I minum air waktu, mungkin air tu dah tersembur keluar, tapi sebab I tak minum apa-apa, air liur je la tersembur keluar, haha, ewww…
Emm, macamane I nak describe ye, picture-picture dalam album dia tu, bukan dia kot. Ada 10 pictures rasanye masa tu, tapi semuanye orang berbeza. I dah macam eh mana satu la muka dia ye, haha. Haish macam-macam rupa ada. Kejap bertudung kulitnye putih, bila picture bukak tudung kulitnya hitam manis, ada yang mata besar, ada mata sepet pulak, ada rambut kerinting halus, ada rambut blonde gile. Paling tak boleh blah tu, ada jugak tu lelaki yang percaya tu akaun yang betul. I baca la 2,3 komen kat situ, entah lelaki mana ntah komen cakap “Eh, kenapa bukak tudung? You nampak ayu dan manis bertudung berbanding free hair, serious!”
I dah tergelak kot masa tu. Mamat ni rabun ke ape. Dah tentu tu orang yang berbeza dalam tiap-tiap pictures dia tu. Si tuan profile ni plak, layankan je la mamat tu. Then I macam rasa musykil betul, kenapalah orang-orang macam ni sanggup nak menipu orang lain macam tu? I mean kau nak tipu tu, agak-agak la kan, pakai la muka yang seragam or lebih kurang sama, ni tak, muka kat swimming pool lain, muka ambil gambar kat cermin toilet mall lain, muka atas katil sambil pose mulut muncung pon lain,lol.
Bukan I nak ajar orang cara terbaik nak menipu cuma come on la,obvious sangat. Yang nak menipu-menipu di FB tu nak apa sebenarnye? I betul-betul tak faham. Dapat apa je kalau menipu orang kat FB? Nak menipu duit orang? Ada ke yang cetek akal nak bagi orang pinjam duit di situ? Well entahlah, maybe adelah tu kot.
In sum, I rasa FB sekarang ni memang bukan tempat yang selamat untuk bersuka-suka hati dan bermulut laser lagi dah. Gambar bukan-bukan sikit? Mulalah tersebar ke serata pelusuk dan ceruk, nak-nak kalau si empunya diri tu dah ada status celebriti, habislah segala gambar zaman budak berhingus dia di sebarkan. Letak status merapu dan emosi sikit? Mulalah di-print screen dan dijadikan bahan untuk Hate page anda,hahaha.
Tapi kan I pelik la, orang yang ‘rajin’ menyebar keaiban orang lain sana sini tu, banyak betul masa diorang mengamati setiap status dan pictures manusia di News Feed dia kan? Yang melebih-lebih rajin tu, dia dah bikin hate page tu, then di invite semua orang like or join page tu, ish ish macam-macam. I memang tak side mana-mana la kan, yang terkena tu dia memang ada buat salah, tapi yang mengenakan orang tu pulak apa benda yang baiknya dengan perbuatan dia yang buat orang macam tu? Kita bukak keaiban orang hari ni, besok lusa mungkin kita pulak terkena kan?
Go to the main page
Categories: Facebook Addiction, My Experiences, Yours Truly



elmo blurb blurb
ermm i pun suka usha photo dekat FB n memang ramai laa buat macam tu. biasanya golongan budak2 lagi. hingusan kot. tapi kalo lagi tua dari kite tak taulah. macam tak sedar diri kalo macam tu.
u noe what, ada member lelaki yg agak hot tunjuk dekat i sorang minah ni. memang nampak lurah dendam bagai. i senyum. i cakap, bukan dah ramai ke macam minah ni? ko tak tergoda ke? dia kata, aku nak muntah tengok perempuan macam ni. tak layak jadi bini.
bayangkan lelaki hot boleh cakap macam tu. malu je lah.
oopss ! ok. tak sebut nama sesiapa. bukan mengumpat. share story je.
selamat berpuasa dearie sis !
elmo blurb blurb(Quote)
anisizaty
Yana your hair cantik gila macam biasa. Hehehehe mengampu siikit. Can I ask u shampoo everyday or once in two days or camne?
Anyways selamat berpuasa! And drink plenty od water sebab diarrhea gila dehydratekan your body. anisizaty(Quote)
anisizaty
How often yana shampoo your hair? Sekali sehari or sekali dua hari or..? Btw selamat berpuasa! Drink plenty of water time berbuka. anisizaty(Quote)
fndrocka
Byk kea kena tipu kat fb..tiap kali kna tipu mesti ada kna mgena dgn peremopuan cantik.hoho.. fndrocka(Quote)
ynadona
babe,sis add FB kamu…jgn lupa approved tau..^_^ ynadona(Quote)
Nurul
knpa search name awk kat FB xde pon….berjintut da mencari….=( Nurul(Quote)
Donald Woller
Hello i’m so happy I identified your blog, I in fact discovered you by error, whereas I was hunting Yahoo for a thing else, At Any Cost I’m here now and would just like to say thank you for an beautiful blog site posting as well as a all round intriguing weblog (I additionally adore the theme/design), I wouldn’t have time to read all of it to the at this time but I’ve bookmarked it andNice information, this certainly helpful for me. There may very well be nothing to argue about. Donald Woller(Quote)
The Author
Hi visitors! I'm Lilianna Mardiana and welcome to my page. Do drop some comments and link whenever you're around. Want to know more about me? Click About Me.
Browse nicely ya'all, no ripping or mean words are allowed here. :)
Current Visitors
I ♥ My Followers
Vlog dan Video Tutorial.
Entri Tips Kecantikan dan Rambut.
1. Video Solekan Smokey Eyes
2. Mascara Kegemaran I
3. Scrubs Muka Kegunaan I
4. Peeling Mask Kegunaan I
5.Solekan Siang yang Natural
6. Soalan Jawab Perihal Rambut
7. Curl Rambut Menggunakan Flat Iron
8.Cara Memakai Eyeliner
9.Makeup Ketika Cuaca Panas
10.Tips Rambut Lebih Ber-Volume (Tebal)
11. Pemilihan Shampoo yang Sesuai
Entries yang Fofular Kononnye. :P
1. Memories Part-1
2. Memories Part-2
3.Kisah di Tandas McD
Recent Posts
Saya Suka Bebel Mengenai…..
Have A Look Around
Bestie
Blog Top Referrals. Thank You! :D
Bloggers-1 :)
Must Read Everyday
My HighSchool Buddies
The Girls
The Guys