Cara I memakai eyeliner dan tips-tips pemakaian eyeliner
Tengahari semalam I baru je habis midterm Islamic Law I, syukur alhamdullilah boleh jawab dengan tenangnya, tapi agak extreme jugaklah I kali ni sebab sampai dua hari tak tidur gara-gara nak habiskan review again and again topik topik yang cover waktu midterm tu. Padahal midterm je, lagak tak tidur dengan minum nescafe bercawan-cawan macam orang nak ambil final exam. Yelah, sebab kalau buat elok untuk midterm, ada la harapan cerah nak dapat A nanti, doa-doa la.
Oh ye,I dah beberapa kali di suruh oleh readers I untuk buat entry cara I pakai eyeliner, jadi hari ni I tunaikan permintaan anda tu sebab blog I pun dah agak sepi tanpa sebarang tips-tips untuk dikongsikan.
So perkara pertama I buat bila pakai nak pakai eyeliner ialah:
1. Tarik hujung mata perlahan-lahan, kalau tarik tegang-tegang sangat nanti hasil dia tak cantik dan hujung mata tu akan cepat berkedut, haaa be careful tau bila tarik tu.

2. Lukis strokes by strokes, dari hujung hadapan mata ke belakang. Ingat tau, strokes by strokes, jangn lukis sekaligus, ini untuk dapatkan bentuk yang kemas dan lengkungan yang cantik.
3. Akhir sekali, lepas selesai lukis eyeliner pada mata dari depan ke belakang, I akan tambah sedikit lagi eyeliner untuk hujung mata dengan lukiskan dia dari belakang ke hadapan, sikit sahaja macam dalam gambar ni, untuk dapatkan effect drama sikit pada mata.
Tu je la cara I pakai eyeliner, senang je kan?
Tapi kat sini I nak share serba sedikit jugak tips-tips eyeliner yang I amalkan. Perkara yang I wajib buat dalam pemakaian eyeliner ialah:
1. Liquid eyeliner berwarna hitam dan waterproof
I paling tak suka apa-apa product makeup yang tak waterproof. Nak-nak kalau benda tu nak kena letak di mata, sebab I ni cengeng sangat orangnya, mudah menangis, jadi kalau tak pakai mascara ataupun eyeliner waterproof, confirm la memang makeup smokey eyes I tu akan jadi makeup gothic eyes. Scary wei, sebab I pernah kena dulu, waktu tu hujan ke ape, sampai je ke destinasi yang di tuju, member semua tercengang tengok eyeliner I dah meleleh sampai ke pipi, cit.
Lagi satu, I tak suka pakai pencil eyeliner, entah kenapa dari dulu I memang tak suka. Mungkin sebab mata I besar jadi I lebih gemar makeup yang menyerlahkan bentuk mata I dan sebab tu la liquid eyeliner kawan baik I, haha. I mean that is the whole point of wearing a makeup right? To enhance your best asset la kan. Sebab ada kawan I pernah cakap dulu,best aset I ialah sebab mata I besar.
Tapi I sejujur-jujurnyanya I paling-paling suka mata yang ayu-ayu dan redup-redup je, macam mata Hannah Tan, OMG bagi I la, mata dia terlampau seductive, kalau la I dapat mata dia, cuba cakap lelaki mana I tak ngorat, bhahahaa. So yeah, jangan terlalu obses nak mata besar bagi yang memang tak bermata besar, sebab dengan solekan yang betul, mata yang sepet dan sederhana boleh nampak seksi gile tau, terpukau bila orang tengok.
(mata idaman I, haha, fuh fuh lawa nya hang ni Hannah oii)
2. Clean and Precise Shape
Bila I pakai eyeliner, I akan pastikan yang eyeliner tu nipis di hadapan dan tebal di bahagian belakang. Boleh rujuk gambar no.3 kat atas tu.
Bak kata Michelle Phan, ‘line it strokes by strokes‘. Mana boleh dapat precise and clean look kalau buat sekaligus,kecuali korang memang dah biasa makeup la kan, tapi I pun tak pakar nak buat macam tu.
3. Steady hand
Rasanya kalau I paling tak suka sekali bab-bab eyeliner ni ialah kadang-kadang bila tangan terketar (pasal nervous ada exam or pasal lupa nak makan dari semalam) dahlah comot tu satu hal la, tapi nanti eyeliner tu dan tak cantik bentuk dia, nampak ber-jagged gitu.
Jadi cadangan I ialah pastikan tangan korang atas meja, cermin pulak kat depan korang, sebelah tangan pegang eyeliner, sebelah tangan lagi tarik mata korang sesepet-sepetnya untuk memudahkan korang pakai eyeliner tu.
4. Jenis eyeliner.
Selalunya I pakai liquid eyeliner yang biasa-biasa macam pencil eyeliner Loreal ataupun kesukaan I, eyeliner Stila Kajal. Tapi sekarang ni I dah ubah selera dengan pakai smudge pot gel eyeliner macam jenama Bobbi Brown ataupun Loreal punye.
Hasil dua-dua jenis ni bagi I tak banyak beza pon, cuma yang smudge pot tu boleh smudge kan la kalau nak buat smokey eyes, dua-dua pun waterproof, cuma bagi yang baru nak belajar pakai eyeliner tu, eloklah mulakan dengan pencil eyeliner sebab lebih mudah nak pakai dan hasil yang lebih kemas.
5. Cat eyes or fish tail
Bagi I sama je kot dua-dua tu, tapi nasihat I la, bila buat cat eyes tu, jangan lukis tebal-tebal sangat, nanti korang end up macam makeup Amy Winehouse, dah jadi satu hal, benda tu waterproof, susah tau nak padam balik. (-__-”)
Lagi satu I perasan la kan, kalau kulit korang sederhana cerah macam I, korang boleh buat cat eyes yang panjang sikit, tapi kalau orang yang kulit cerah macam kulit Datuk Siti tu, korang tak sesuai buat cat eyes yang extend panjang sangat, sebab eyeliner hitam dengan kulit cerah ni akan nampak terlalu harsh atau tebal untuk warna kulit korang, tapi ini pendapat I la. Boleh je kalau nak buat jugak, tapi janganlah untuk solekan siang hari, malam oklah.
6. Tightlining
Ini merujuk kepada proses korang letak pulak eyeliner kat waterline mata pulak. I kalau ke kelas takdenya ada masa nak tightlining segala,confirm waktu I sampai kelas tu lecture dah nak habis ke ape. Tapi I akan buat la kalau untuk hari hari yang I nak lebih menyerlah, I akan buat, macam nak pergi dating dengan Aoki ke. Sebab tightlining ni akan buat mata korang nampak lebih gelap dan bulu mata tiba-tiba nampak tebal je.
credit image Google
7. Lining lower eyes
I selalu buat ni sebab mata I akan nampak lebih kecil bila I line bawah mata dengan celak atau eyeliner. Jadi conclusion I ialah kalau nak nampak mata lebih kecil, line 3/4 bawah mata anda dengan eyeliner atau celak macam yang I selalu buat tu.
Tapi kalau agak-agak mata korang sederhana dan agak kecil, janganlah line bawah mata tu, sebab nanti mata akan nampak bertambah kecik. Boleh je kalau nak buat jugak, tapi sikit sahajalah, cuma di bahagian hujung mata sahaja.
So tu je la cara I pakai eyeliner dan tips-tips pemakaian eyeliner yang I amalkan. Selamat mencuba! Apa-apa soalan boleh tanya di komen ye! (^___^)
Go to the main page
Categories: Beauty Tips, Makeup Tutorials, My Experiences, Yours Truly





~Reena~
I always wondering how u pakai eye liner tapi malu nak tanya. Heee.
Thank u for the tutorial and tips!
Oh btw, Hannah Tan tu was my kakak angkat masa primary school. Dia memang SANGAT CANTIK since sekolah rendah lagi. Pandai plak tu. Really beauty with brain. And tak sombong! ~Reena~(Quote)
cherrie
yana.. thanks a lot..
cherrie(Quote)
the one that i’m waiting & requested for..
tq so much
diraja22
hang klu bleh kata perempuan lain lawa..
hang pakai pa lawa..
sebab hati hang lawa.. diraja22(Quote)
cik camen
thanx for the tutorial sis =)
membantu sangat ni…suke tengok cara u make up..simple and nice… cik camen(Quote)
Liyana L
yey suka suka. i siap bookmark entry ni so i boleh buka kalau i nak mula pakai eyeliner. i pun suka liquid lagi
<3 Liyana L(Quote)
Liea
Hello,slame ni sye nie silent reader jer tp skung nk bg komen plak.^__^…Cantiq pkai eye liner, nk lukis sblah mte snang ah,pastu nk lukis sblah lgi ssh gile..Anyway,ttp nk praktis byk2 kali..Kalo Mardiana xkisah,u pkai lipstick wrne n brand ape erk?Cntiq laaa Liea(Quote)
nn
thanks for the tips. i ni memang noob gila bab pakai liquid eyeliner -_-
btw, aoki bf u tu aoki aziz ke? http://www.reverbnation.com/saifulbakhriez??
hehe. terjumpa link dia kat fb hhahaha.
nampak ‘aoki’ mesti ingat u sebab first time i dengar nama orang ‘aoki’ memang dari blog u pon
nn(Quote)
sherah
wow cantik lahh thanks for the tutorial sis!
you cantik lah.love your hair.so perfectly lembut and wavvy. sherah(Quote)
marya hana
sbb i x dapat lariiiii dari pakai eye liner..
nice entry liliana .. marya hana(Quote)
Re3n
thanks 4 d tips n tuto.sangat2 berguna
i ni mmg failed kalau pakai eyeliner.mesti akan sebelah tercongek kat atas n lagi satu kebawah.geram betul.bila la nk mahir pakai liquid eyeliner (liquid eyeliner i suka sbb ianya bagi effect yg sharp dan kemas) Re3n(Quote)
iddy
thanx yana! i was always wondering how u draw the eyes..
i’m trying a liquid eyeliner, tapi time da kat hujung die msti fail..
tak tau cane nak lukis kt bahagian hujung, can u elaborate? heehe, iddy(Quote)
Rara
baby, thanks for the tutorial
syafi belikan i eyeliner gel tapi i tak reti pakai sangat. ni sedang mencuba lah ni. dekat rumah asyik practise je hehehehe Rara(Quote)
farhana
baru terjumpa blog ini. u r blessed with pretty face, no matter wut u wear, sure it will turn out good. God bless you.
suka baca entry “Siapa Pilihan Hatinya”.
saya rasa, siapa sahaja akan cuba dapatkan pasangan paling baik yang dia boleh dapat.
tu personal view la. Manusia, mana pernah ada rasa puas. btul? farhana(Quote)
syida
suke ikot blog u..
sgt bernas!
n thanks 4 this tips!! syida(Quote)
einnmohdhairi
u..
ive question sikit la..
cane kalau org yg pki eyeliner bwh mate 2 xcomot eh?..
cuz kalau i pki msti comot then itam bwh mate 2 jd mcm lebam plak..
can u help me…^_^ einnmohdhairi(Quote)
tembume
hai!
mcm senang je u pkai kan..
mybe sebab dah bese..
mase mule2 nak pkai senang tak? tembume(Quote)
Emylin
Lin selalu je ader masalah pakai eyeliner ni…agi la biler pakai liquid punyer…nanti tetiber je jadik comot sebab tak kering agi, dah bukak luas2 mata…..hahaaha
anyway, mau try jugak pakai eyeliner, baru mata menggoda..hehehe Emylin(Quote)
Huda Luna
i pun suka liquid eyeliner
n u pakai sgt kemas n cantik Huda Luna(Quote)
ctsoleha
thanx 4 this entry..suka gak pakai eyeliner liquid..sbb lagik smooth dan lebih gelap..pastu leh tarik cam eye cat..hehe..tp kalo nak cepat just pakai eye liner pencil je..sbb xsempat nak ltk tangan takut gegar kalo pakai eyeliner liquid..hehe ctsoleha(Quote)
Aurora
suke…thankx ye for the tips…nnt nak try dh siap i upload gmbr bg u tgk…betol ke x i wat…tp nnt nk solat xsusah ke nak cuci???y dn u bg tips nk cuci kat berseh eyeliner??thankx ye..keep on blogging… Aurora(Quote)
mimikojelly
hi..cntk sgt rmbt..suka tngk..sexy la! suka..suka.. mimikojelly(Quote)
CMB
wahh..nk cuba pki liquid eyeliner jgk lah lps ni..heheh…tq..tips yg sgt berguna CMB(Quote)
Yanie
waaaaa… ure soooo beautiful la sis.. so jealous… sis share la foundation ape u pakai? eyeliner u pakai 2 jname ape sis?? plz share… Yanie(Quote)
wai
if u not mind, sis pakai eyeliner brand apa? wai(Quote)
maria
klu utk si mata galak plk cmne cara pakai eyeliner yg btl.? maria(Quote)
iliaisy
sis, nak tnye,yang second step uh, letak eyeliner kat bulu bulu mate tue ke letak kat atas dea sket? pas uh, mata yang bawah uh, letak kat yang pink uh ke letak kat bawah bulu mata? sorry.. seryesle i bengap gler kot pasal make up nie tapi nak sangat berubah sbb azam tahun baru 2011… seryes ly deperately need it rilly much.. thanks… jawb kat shout box pon tak pe iliaisy(Quote)
nurida ardy
1st time bw here and fullu..nice tips! especially liquid eyeliner..:) nurida ardy(Quote)
ena
salam
tanx taw..skew sgt2…
nk tny..akak pki concealer x utk bwh mate tuh?
cncealer pe ek yg akk pki?
n..sy ni still 17 thun..n nk taw la produk mne ssuai ek ngn muke sy yg under age ni..nk taw produk pe 4 foundation..n concealer..huhuhu..kulit sy sdrhana cerah n xglap sgt..kwn2 ckp sy ni kre putih melayu la..
plizz..help me ena(Quote)
emma
nice tips..boleh try t..selalu tketa emma(Quote)
teha
wah bestnye tips ni! nanti nak apply… sy guna auto pencil eyeliner elianto.best jgk tp kdg pakai pn main hentam je.mcm comot…huhuhu teha(Quote)
EQ
gud info larr…
cantiq sgt2 tgk u pakai..
nk kna blaja pakai ikut u punyer tips la…heheheeee… EQ(Quote)
ici
wahh….so cute…….suka ici tgk….pon peminat liquid eyeliner…..^^hahaha ici(Quote)
ikin
Hai, sy mata besar. Tapi agak la elok tak sy pkai celak tebal?sy ader try,tapi mcn syol sendr jer.hehe satu lg kalau pkai celak kat bwh mata nampak buruk pulak, mcm al qaeda pulak. ikin(Quote)
Zeity
Mmg info sebenar..mcm tu jgk saya pakai eyeliner..baru nmpak kemas.. Zeity(Quote)
The Author
Hi visitors! I'm Lilianna Mardiana and welcome to my page. Do drop some comments and link whenever you're around. Want to know more about me? Click About Me.
Browse nicely ya'all, no ripping or mean words are allowed here. :)
Follow or Contacts me at:
Instagram: liliannamardiana
Twitter: @LilianaMardiana
Facebook: Lilianna Mardiana
Email: liyanamardiana (at) gmail (dot) com
Current Visitors
I ♥ My Followers
Vlog dan Video Tutorial.
Entri Tips Kecantikan dan Rambut.
1. Video Solekan Smokey Eyes
2. Mascara Kegemaran I
3. Scrubs Muka Kegunaan I
4. Peeling Mask Kegunaan I
5.Solekan Siang yang Natural
6. Soalan Jawab Perihal Rambut
7. Curl Rambut Menggunakan Flat Iron
8.Cara Memakai Eyeliner
9.Makeup Ketika Cuaca Panas
10.Tips Rambut Lebih Ber-Volume (Tebal)
11. Pemilihan Shampoo yang Sesuai
Entries yang Fofular Kononnye. :P
1. Memories Part-1
2. Memories Part-2
3.Kisah di Tandas McD
Recent Posts
Saya Suka Bebel Mengenai…..
Have A Look Around
Bestie
Blog Top Referrals. Thank You! :D
Bloggers-1 :)
Must Read Everyday
My HighSchool Buddies
The Girls
The Guys