Archive for the ‘Beauty Tips’ Category

Review: Fudge Dry Shampoo

Thursday, November 4th, 2010

Hi semua!

Seperti biasa, seminggu sekali I akan buat review untuk produk-produk yang I dah cuba. Untuk entry kali ni, I akan buat review berkenaan Dry Shampoo dari Fudge. Tak tahu kenapa, I  suka sangat product rambut dari Fudge sejak akhir-akhir ni (O___o) . Bagi yang tak pernah dengar mengenai Dry Shampoo, sebenarnya benda ni ialah shampoo dalam bentuk aerosol spray, jadi kita tak perlukan air untuk cuci rambut bila gunakan shampoo ni, cuma spraykan pada kulit kepala dan guna sikat sahaja.

Pada pendapat I, bukan semua akan rasa Dry Shampoo ni satu keperluan, sebab orang akan cakap,“Eleh, rambut dah kotor, pergi je la mandi dan shampoo rambut, duhhh”.

Hehe, memang betul cara biasa mencuci rambut ialah terbaik untuk buang segala kotoran dan minyak pada kulit kepala. Tapi kalau lifestyle korang sangat hectic, macam korang ni student, seorang ibu ataupun sesiapa saja yang tak ada masa nak tunggu rambut kering selepas mandi, mesti korang akan rasa dry shampoo ni sangat  berfaedah.

Macam I, kadang-kadang kelas I habis pukul 7 pm, lepas tu I kena pergi makan, kena siapkan tutorials, kena print notes, buat assignments, pada waktu I nak tidur tu, dah pukul 11 pm. Jadi I tak larat sangat nak mandi, I terus tidur je. Dan keesokan harinya kelas I pukul 8 am, memang I tak sempat nak tunggu rambut I kering kalau I ber-shampoo pada waktu pagi tu.

Jadi jalan penyelesaiannya buat I sekarang ialah I pakai je Dry Shampoo ni, dan I pergi ke kelas dengan kulit kepala yang bersih dan rambut hari kedua yang tak berminyak. Tak payah nak tunggu rambut kering, tak payah nak rosakkan rambut dengan blow-dry setiap masa, cuma guna shampoo ni. So I betul-betul suka dry shampoo ni, tak seperti dry shampoo yang I pernah cuba dulu, dry shampoo Fudge ni tak tinggalkan kesan serbuk putih yang banyak.

Tapi lepas habis kelas, I akan mandi dan cuci rambut guna shampoo macam biasa la, sebab Dry Shampoo ni bagi I cuma sesuai kita gunakan waktu rambut kita ‘sangat terdesak’ untuk kelihatan bersih dan tidak berminyak, tapi ia takkan buat rambut kita rasa betul-betul bersih. Jadi jangan lupa shampoo rambut seperti biasa selepas seharian menggunakan Dry Shampoo, ok! (^____^)

Dry shampoo ni pun dalam bentuk yang sangat convenient, dalam botol yang sederhana kecil dan senang nak disimpan di dalam beg. Boleh di pakai semasa dalam tandas, boleh di pakai dalam kereta, sementara tunggu pasangan korang yang sering datang lambat, boleh je shampoo rambut sambil-sambil tunggu tu, hehe. Dan untuk kes-kes kecemasan, boleh jugak digunakan untuk spray mata penyangak yang cuba mengganggu korang, lol. :P

Jadi, kesimpulannya:

Siapa yang patut gunakan Dry Shampoo: Sama sekali bukan suatu keperluan untuk semua orang. Sesuai bagi sesiapa yang tak ada masa untuk keringkan dan blow-dry rambut untuk ke kelas ataupun ke tempat kerja. Boleh jugak digunakan untuk mengurangkan minyak pada kulit kepala, sementara menunggu hari cucian rambut yang seterusnya.

Cara menggunakan Dry Shampoo: Spraykan pada kulit kepala (bukan rambut ok) dengan jarak sederhana jauh. Spray di beberapa bahagian kulit kepala dan urut kulit kepala. Lepas tu biarkan selama 2 minit.

Kemudian bersihkan serbuk-serbuk halus  berwarna putih yang mungkin tertinggal pada rambut menggunakan sikat. (Elakkan spray terlalu banyak atau terlalu dekat dengan kulit kepala,  ini akan menyebabkan terlalu banyak serbuk putih yang akan terhasil)

Harga: RM55.00, boleh di beli di Shins.

 

 

p/s: Hari meng-update link! Maaf ok kepada sesiapa yang I tak link kan, sebab anda tak menepati syarat yang dinyatakan dalam form tu. :(

Solekan Siang Kegemaran I

Saturday, October 30th, 2010

Hi semua.

Macam yang I nyatakan dalam entry lepas, I nak buat entry pasal I keluar dengan Aoki kan, which isn’t happening right now. Patutnye kitorang berjumpa dan spend masa bersama weekend ni, tapi nak buat macamane, dah takde rezeki kan. Tapi walau apa pun, kali ni I nak update pasal soalan yang paling kerap I dapat di comment, emails dan Facebook I, iaitu macamane I buat solekan wajah I.

Entry kali ni ialah untuk solekan siang, yang I selalu buat untuk pergi ke kelas ataupun keluar ke mana-mana pada waku siang hari. Dah nama pun solekan siang kan, jadi makeup dia pun agak simple, cuma banyak gunakan eyeliner je. Sejujurnye, I ni memang tak adventurous bab-bab makeup ni, sebab I lebih gemar solekan yang natural yang cuma menyerlahkan mata dan cheekbones I je, jadi maaflah kalau tips solekan dalam blog I ni tak sehebat tips dari blog-blog yang khusus untuk solekan ye. :(

Ok pertama sekali, mungkin korang semua perasan yang I suka buat review pasal foundation berbanding alat solekan lain macam lipstick ataupun blusher semua tu, sebab I memang foundation junkie, tu I tak deny, hehe, makeup-makeup yang lain tu, I cuma ada yang basic dan cuma beli sesetengah colour palette yang I suka je. Tapi foundation, memang I ada agak banyak.

Dalam erti kata lain, I memang obses dengan foundation. Sebab bagi I, tu la kunci untuk gaya makeup I, which is an illusion of a flawless skin. Yup, bagi I, illusion je semua tu, sebab kulit I biasa je pun, ada masalah jugak. I memang ada masalah dengan blackhead dan whitehead, jadi sebab tu la kulit I tak halus mulus, tapi dengan bantuan foundation dan penjagaan kulit muka yang I amalkan, kulit I nampak macam takde problem sangat.

 


Jadi makeup yang I gunakan sekarang untuk solekan siang (boleh refer gambar di atas sebagai rujukan untuk hasil dari makeup-makeup kat list bawah ni) ialah:

1.Untuk Kulit wajah
Base: Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch Sunblock SPF50+
Foundation: Diorskin Nude Foundation dalam warna 031
Concealer di bawah mata: Diorskin Face Pro-Styler Concealer Palette
Finishing Powder: Bobbi Brown Sheer Finish Loose Powder dalam warna Sunny Beige 2

2. Untuk Mata
Eyeshadow: Bobbi Brown dalam warna Antique Gold
Eyeshadow: Stage dalam warna Andalucia
Eyeliner: Loreal Waterproof Gel Eyeliner
Mascara: Diorshow Iconic Waterproof dalam 090

3. Untuk Pipi
Bronzer: Youngblood Mineral Radiance dalam warna Sundance

4.  Untuk Bibir
(Maaf I agak complicated sikit bila pilih warna lipstick. Sebab I suka tukar-tukar lipsticks ataupun mix and match 2-3 lipstick yang berbeza, tapi I suka warna yang macam brown nude, orange ataupun coral)

Untuk gambar kat atas, I gunakan lipstick di bawah:
Lipstick: Mac Satin dalam warna Alibi
Lipstick: Clinique Long Last Lipstick dalam warna GF Sweet Peach
Lipgloss: Bloom Lipgloss dalam warna Pout

 

 

Dan itu sahaja, ok nampak memang macam banyak, tapi selalunya kalau sekadar untuk ke kelas, I akan skip ataupun tak pakai eyeshadow, lipgloss dan bronzer. Sebab I cuma ada 45 minit setiap hari untuk mandi, bersiap, makeup dan buat rambut, hehe.

p/s: Harap you guys suka entry ni, sila comment ataupun tanya apa-apa soalan ye! Kalau ada feedback yang bagus, I akan buat entry solekan malam dan solekan-solekan lain yang I suka. :)

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.