Archive for the ‘Bitchy Moments’ Category

Padan Muka, Padan Muka, Padan Muka!

Monday, November 1st, 2010

Hi semua!

Kalau I baca balik entry-entry lama I, I baru sedar yang rupanya banyak betul manusia yang buat I meluat, menyampah, dan terasa amat annoying dengan sikap mereka. Tak tahulah kenapa, mungkin I memang selalu ditakdirkan bertemu dan menyampah dengan mereka, dan last-last pengalaman mengenali mereka itu di abadikan di blog ni, ececeh. Ini salah satu entry yang menceritakan pengalaman I bertemu dengan spesies manusia macam ni. ;)

Peristiwa ni berlaku minggu lepas, hari Khamis. Waktu tu I pergi ke foodcourt apartment I, sebab I nak beli nasi bungkus, lauk hidangan I hari tu nasi ayam, nyum nyum. Kalau dah beli makanan, tak lengkap la kalau tak beli air, ye tak? Jadi I pun dengan gelojohnya pergi singgah dekat counter minuman dalam foodcourt tu. Pilih punye pilih, last-last I beli air mineral sebotol dengan satu tin air 100 plus, sebab kat rumah dah kehabisan air mineral, dan I pun malas nak masak air, hehe.

Jadi bila dah pilih air tu, I pun beratur la kat belakang 5 orang budak-budak Chinese ni. Ramai la kiranye pelanggan masa tu,jadi queue untuk bayar kat akak kaunter tu pun boleh tahan la panjang, tapi takpe, I rileks je tunggu.

Lepas dah masuk giliran budak Chinese yang ketiga, queue tu pun dah jadi pendek, dan ada seorang lelaki berkepala botak ni yang datang situ nak beli air, berdiri kat belakang kaunter air tu. Kiranya IQ dia macam budak tak sekolah la kan, dah ada tempat berbaris bayar air kat depan kaunter, dia pulak pergi tunggu kat belakang kaunter sorang-sorang situ.

Akak kaunter tu tak layan dia, sebab sibuk siapkan order air budak-budak yang depan I tadi. Jadi si lelaki ni buat bunyi annoying macam bersiul-siul nyaring kat akak tu, siap panggil “Hello, hello” kat akak tadi. Memang kurang ajar la bagi pandangan I. Lepas tu akak tu toleh belakang dan sound dia

“Adik, beratur sini kalau nak bayar, takde siapa nak layan awak kat belakang tu”

Perghhh, best kan akak tu sound dia? Hahaha but wait, it gets even better. Lelaki tu diam, dia roll mata dia ke atas, konon nak tunjuk muka annoying dia kat akak tu, padahal dia yang annoyed kan semua orang in the first place. Jadi dia pun berdiri belakang I. Waktu tu ada bau dah menyengat kat dalam lubang hidung I, eww baju dia bau masam. Mungkin sebab dia tak gunakan pelembut kain Downy. :P

Anyway, sampai je giliran budak Chinese yang kelima, kira lepas tu giliran I la kan? Jadi I pun dah keluarkan purse dari handbag I, tapi entah macamane, si budak lelaki kepala botak tu dengan selambanya berjalan kat depan I, dan potong queue I.

Ewah-ewah, cantik kan perangai dia? Dahlah baju berbau, muka macam penyamum, perangai macam penyangak, tu semua I cakap dalam hati la kan, haha.

Walaupun I geram gila dengan kekurangan ajaran dia tu, I still maintain muka control ayu lagi waktu tu, ehem. Habis tu takkan la I nak bergaduh dengan dia kat situ, kalau I ada dengan member-member I, dengan si Raihan ataupun Nina, memang la I berani nak marah dia. Tapi sebab I sorang, I buat je la muka kesian kat situ sebab ada orang potong queue yang I dari tadi dok tunggu. :(

Tapi Allah tu Maha Adil kan? Akak yang tengah sibuk tu boleh perasan yang lelaki tu potong line I, haaaa ape lagi, memang dia kena la sedas dengan akak tu.

“Haaa, kau kalau nak akak ambik duit kau, kau beratur kat belakang balik, kau jangan nak main potong-potong line orang ye”

Cayalah akak tu sound dia, kalau ikutkan hati I, nak je I cakap kat akak tu; “Akak, give me high five and low five yo!” Lol. Reaksi lelaki tu? Apa lagi, muka dia merah padam la kan, tapi sekali dia menjawab

“Rileks la kak, dia tak kisah la”

Kurang ajar kan? Ok, bila dia cakap ‘dia’, logically speaking, dia refer kat I la kan? Sebab cuma ada 4 orang je kat situ, lelaki tu, akak tu, I dan sorang perempuan yang baru je beratur kat belakang I. Habis siapa lagi maksud dia kalau bukan I? Dan akak tu jawab;

“Mana kau tahu? Kau dah tanya dia?”

Akak tu pandang I. Lelaki tu pun pandang I, eww muka dia, hish dah dah, I tak nak benci dia sangat, nanti berjodoh pulak, hahahha, WTF, simpang wei!!!!! I pun buat muka selamba dan jawab;

“Nope, takde faedahnye I nak bagi dia potong line I”

(full credit to this image)

Lepas tu, lelaki tu dah bengang agaknya, tapi dia ego gila, sikit pun dia tak berganjak beratur kat belakang lepas I cakap macam tu. Dia terus berdiri kat depan I dengan bau bajunya yang ‘harum semerbak’ tu, sambil  keluarkan handphone dia dan konon-konon mesej seseorang, sementara I keluarkan duit dan bayar kat akak tu. Alolo mesej siapa tu? Mesej kat awek, mengadu yang akak counter minuman tu malukan awak ke? Bhahaha.

Taktik lapuk kot kalau nak cover malu cepat-cepat pegang handphone konon-konon nak mesej orang, ish ish sangat tak kreatif lelaki ni. Lainkali kalau nak cover malu, pura-pura la handphone tu jatuh berkecai kat lantai ke, pura-pura terkena sawan babi siap dengan effect keluar buih-buih kat mulut ke, ataupun pura-pura tengah mamai bangun tidur lepas tu dah haus sangat sampai line beratur pun dia potong ke? Kan tu semua lebih menyakinkan dari pura-pura mesej? Hahaha, joke. :P

Lepas I bayar tu, ada seorang lagi perempuan beratur belakang I, kiranya ada 2 orang customer lagi la kat belakang I tu. Bila I dah bayar tu, lelaki tu keluarkan duit untuk bayar kat akak tu sebab ikutkan memang giliran dia la kan, lepas I. Sekali akak tu sound;

“Kau tak faham bahasa? Kalau kau tak beratur, akak tak ambil duit kau. Kau nak bayar, kau kena beratur macam orang lain!

Dang! Hahahaha padan muka! Kiranya akak tu paksa dia beratur kat belakang dua orang perempuan tu la kan kalau dia nak bayar. Perghh, kalau la korang boleh tengok muka lelaki tu masa tu. Mula-mula tadi berlagak sangat, ingat dia hensem la bagai, sampai semua orang nak bagi dia potong line, tapi sekarang dia tunduk je, macam budak sekolah kena marah dengan mak di hadapan public sebab fail paper Math, lol.

(full credit this image)

Jadi dia pun beratur kat belakang budak perempuan dua orang tu, dan I pun blah dari scene tu. Malas I nak tengok apa ending lelaki tu dan dapatkah dia membayar harga minuman dia tu itu, haha. :P

I’m Back, with some Gossip :P

Wednesday, October 27th, 2010

Hi semua!

Maaf sangat-sangat sebab blog ni tak ber-update lama. Bukan apa, I cuma kesempitan masa sikit sekarang ni, mana nak terkejar buat tutorial, nak pergi law library cari bahan untuk assignments, nak cuba digest apa yang lecturer ajar, prepare utuk presentation, nak kena cari tarikh sesuai untuk attend court hearing sessions, nak kena attend mooting competition. Gosh. Padahal baru second week semester 2 bermula tapi dah macam-macam benda yang kitorang kena buat.

Memang padan muka sendiri la kan, dah semester ni I ambil 6 subjects jadi memang hectic la hidup I. Sem ni I ambil 5 subjects core macam Criminal Law 2, Tort Law 2, Islamic Law 2, Mooting 2, Family Law 2 dan jugak satu subject ko-kurikulum iaitu Muslim Modern.

MMU memang wajibkan kitorang ambil subject ko-kurikulum, tapi disebabkan I ni memang lemah sangat bab-bab bersukan ni, I pun plan  nak ambil Teater sebagai subject ko-kurikukum, tapi sekali dah penuh pulak, damn. Tu pasal la I ambil Muslim Modern, which is weird, sebab Muslim Modern bukan subject sukan pun, lecture class je tapi under ko-kurikulum, lol.

(gambar waktu cuti semester lepas, *sobs sobs*, kenapa cepat sangat cuti habis? :( )

Bila balik semula ke kampus ni, I dengan member-member kamcing I, Raihan, Nina dengan Wani, kitorang buat hal kitorang je tapi entahlah, manusia suka sangat la cari pasal dengan kitorang. Bayangkan ye, kita tak kacau hidup orang tapi orang tak tentu pasal nak benci, nak anti, nak menyampah kat kita.

I mean, I tak paksa semua orang untuk sukakan I, sebab bagi manusia-manusia yang I tak anggap sebagai kawan I, lantak diorang la nak ada tanggapan buruk macamana pun pada I. I don’t care.

Tapi kalau sampai tengok I macam nak telan I, what’s your problem girl?

I pernah hutang you ke? I ada mengumpat you kat blog I ke? Or you just hate me so freaking much? Dah hate, pandang tempat lain la dol, apesal sibuk  mengotorkan lagi pandangan mata you dengan tenung I dari atas ke bawah tak henti-henti? Dah takde kerja lain ke ape?

I tak marah, sikit pun tak marah. Cuma I rasa pelik.

I mean, kalau nak benci I, benci dalam hati sudah. Kalau nak tengok-tengok or mengumpat I, cover-cover la sikit kan, ni tak, terang-terang nak tunjukkan yang you benci I, so tu pasal you tak mampu nak kawal diri you dari usha I, sampai semua kawan-kawan I yang duduk sekeliling I pun perasan yang you asyik buat muka tak puas hati kat I.

Sorry la kalau I tak rasa nak pandang-pandang you balik or nak membenci you macamane you benci I. Sebab I have a very high standard of people to consider as my enemies, and obviously, you’re not up to that standard. Jadi tak payah nak bermusuh dengan I, sebab you tak cukup hebat untuk buat I rasa benci dan hendak bermusuh dengan you. Are we clear on that? (sarcasm, hahaha) :P

p/s: Shout out kepada followers baru semua, Hi!!!!! Thanks yeah sebab follow blog kuning I ni. *wink*.

Oh oh, besok dan lusa, semuanya entry tentang Aoki, yup, yup, cerita dia dah kurang kat blog ni sebab dah 2 bulan kitorang tak berjumpa. :(

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.