Saya Sudah Graduated, YAY! ^___^
Monday, May 13th, 2013Assalamualaikum semua!
Syukur alhamdulillah pada hari Jumaat lepas I dah pun habiskan paper terakhir I iaitu paper untuk subject International Trade & Shipping Law. Selepas habisnya paper tu, maka dengan ini telah official lah yang I dah pon graduated from MMU, hoyeh hoyeh! Heeee seronok memang seronok lah sebab perjalanan 5 tahun I daripada foundation in law dulu sampai lah ke bachelor degree of law dah pon berakhir, tapi yang tak seronoknya ialah proses nak berpindah-randah daripada apartment I tu la.
Barang-barang I pulak bukan main banyak, memang berjam-jam la I sorang-sorang packing segalanya harta benda I. Kotak-kotak untuk buku-buku law je dah 7 kotak, tu belum masuk peti sejuk, microwave, dengan beg-beg baju I lagi. (T__T).
Apa-apa pon, I rasa sedih sangat-sangat nak berpisah dengan kawan-kawan baik I, yelah sepanjang 5 tahun ni I dok berkepit je dengan diorang je, tup-tup lepas ni dah takde muka-muka manis diorang ni nak menyerikan hari I dah *sobs sobs*
Kat blog ni pon I banyak abadikan kenangan dengan kisah-kisah I sepanjang belajar di MMU tu, bila selak enty-entry lama rasa sayu sangat nak tinggalkan alam universiti ni. Tapi nak buat macamane, dah tiba masanya untuk I melangkah ke alam chambering di legal firm pulak lepas ni.
Bagi pembaca-pembaca blog yang setia mengikuti perkembangan I dari dulu sampai la sekarang; sama ada di blog, di twitter, instagram atau FB, tolong doakan yang terbaik untuk I ye.
Kat sini I upload gambar-gambar I dengan member-member I sebelum kitorang grad, banyak gambar yang kitorang ambik sem ni al-maklumlah dah nak grad kan, hari-hari kitorang bergambar kat setiap penjuru univerisity tu hahaha.
Tapi I bersyukur sangat-sangat ditakdirkan bertemu dengan insan-insan sebaik member-member I ni. Diorang ni yang banyak membantu I waktu I susah dan senang, diorang ni jugaklah yang banyak memberi nasihat dan bimbingan pada I. Kalau nak ikutkan, I dah lalui segala macam jenis journey disamping diorang; emotional journey, spiritual journey, hehe. Diorang ni la yang selalu sudi memberi pendapat, sokongan dan bimbingan pada I. I’m gonna miss you girls so much. :’( Thank you so much for all of your loves and cares.






p.s: Konvo lagi 3 bulan, tapi I dah kalut sangat sangat nak cari tudung yang sepadan dengan baju konvo, haha perempuan biasalah tu








