Azam 2012 yang tercapai :)
Monday, February 13th, 2012Assalamualaikum guys!
Ok sorry for the long hiatus, biasalah I, exam la, assignments la, itu la ini la
I baru jek habis 2 papers final exam, which is Land law II and Equity & trust II, ade lagi 3 papers menunggu minggu ni, hadoi seram seram! Wish me all the best for the final exam okay, subjects semester ni memang killer la, hmpph. Semoga I survive final exam kali ini dengan masih berfikiran warasnya hahaha (^_~)
Anyway, just a quick update disini. I nk clarify pada semua yang sangat-sangat comel sebab telah menghantar emails kepada I dan bertanya soalan ni di twitter dan facebook,.Ye alhamdulillah, I dah berhijab full-time sekarang dan mudah-mudahan I mendapat ketetapan hati untuk berkekalan sebegini sampai bila-bila.

Kalau ada yang bertanya mengapa I tiba-tiba je tergerak hati untuk berhijab, sejujurnye I dah berfikir ingin berhijab sejak pertengahan tahun lepas lagi cuma waktu tu hati I ni masih keras tuli dan degil lagi, hehe tapi sekarang nampaknye hati I dah lembut nak mengejar keredhaan-Nya, bila hidayah itu datang, sekelip mata saja ia mampu mengubah kita kan?
Bagi yang berfikir I bertudung kerana paksaan, jawapan I tidak, keluarga dan teman lelaki tak pernah pon memaksa I. Tetapi I sangatlah beruntung kerana mempunyai seorang ibu yang tak putus-putus berdoa semoga hidup I akan berlandaskan demi untuk mengejar kebaikan dan kesenangan di akhirat, terima kasih mummy. :’)
Bagi yang sinis dan beranggapan negative dan berfikir yang I terikut-ikut gaya fashion so itu menyebabkan I membuat keputusan untuk berhijab, hehe maaflah I tak berminat nak jadi fashionista atau jadi hamba fashion. Kalau itu yang I kejar, sewaktu free hair dulu pon I boleh jadi fashionista kalau I mahu, mengapa perlu tunggu bertudung baru nak jadi fashionista. Dan I pon tak menggayakan tudung ikut gaya fashion semata-mata, I pakai hijab ikut keselesaan I dan kesesuaian pakaian I untuk ke campus dan untuk keluar berjalan-jalan jek.
So statement yang kata I changed because of the influence from fashion is untrue.

Tak, I tak marah pon pada tanggapan negatif sesetengah orang yang mula ligat berfikir yang I bertudung kerana fashion atau terikut-ikut orang lain, biasalah ada orang suka tengok sesuatu dari sudut negative dari sudut yang positive kan? Tapi biarlah I seorang yang tahu siapa diri I dan yakin yang niat I hanya untuk menyenangkan hati yang di atas sana, bukan untuk menyenangkan hati mana-mana manusia.
Manusia datang dalam hidup I, manusia pergi meninggalkan I, tapi yang kekal bersama I sewaktu I menghadapi segala kesusahan dan kesedihan hidup hanyalah Allah S.W.T. So takde maknanye I nak buat apa-apa perkara atau perubahan dalam hidup I semata-mata untuk senangkan hati mana-mana pihak.
Dan bagi yang bertanya pasal apa jadi dgn tips-tips rambut diblog ni hehe insyallah, I akan bagi tips penjagaan rambut cuma dah tak adelah gambar I dengan rambut I.
Bagi yang menyokong dan memberi dorongan kepada I serta ucapan kepada penghijrahan I ni, terima kasih yang tak terhingga I ucapkan, Itulah keseronokkan memiliki rakan-rakan yang mengikuti perkembangan I di Twitter dan Facebook, they’ll show their sincere supports like what real life friends would do and I truly appreciate that, terima kasih semua!

Like most people, having to adapt to a new change can be challenging, but so far the transition for me went on smoothly and it does brings more peace into my mind and heart.
So until next entry (lepas habis exam yeeeee baru saya update lagi haha) take care and have a wonderful day, everyone! (^__^)
Toodles!

