Dulu waktu zaman I muda-mudi remaja, I selalu sangat tanya soalan ni kepada member-member I;
“Wei, apa ciri-ciri lelaki idaman kau? Cuba story sikit!”
Dan kawan-kawan sekolah I mula la berangan nak boyfriend yang berkulit cerah, tinggi lampai, yang mata chinese look, yang rambut stylo mylo macam Takuya Kimura, yang ada lesung pipit di pipi la. Tu la dia, impian budak-budak umur 14 tahun, nak boyfriend handsome melampau, walaupun diri sendiri kulit tak sekata, bila bukak tudung muka ada dua tone warna yang berbeza pada kulit muka (selalu terjadi pada selepas habis latihan kawat kaki Kadet Remaja Sekolah).
Bila cecah umur 15-16 pulak, rupa seseorang lelaki tu masih penting lagi, tapi kalau waktu tu datang lelaki yang kurang cerah dan kurang tinggi, dan ingin berkenalan, dilayankan jugak. Sebab kalau tak layan, memang jawabnya single la sepanjang zaman persekolahan tu, haha. Kiranya walaupun taste tinggi, tapi tangkap muat je kalau tak dapat macam taste tu. :p
Waktu-waktu tu dah mula pandai nak tackle abang-abang senior, siapa dapat couple dengan budak lelaki yang lebih tua dah kira sempoi dan up habis dah, sebab waktu tu kitaorang dah masuk kelas pagi kan, jadi dapat la berkenalan dengan budak2 yang lebih tua. Walaupun abang senior tu dah ada awek yang sebaya dengan umur dia, budak-budak hingusan yang baru nak naik ni tak kisah sangat, dapat jadi girlfriend no.2 pun oklah (tak refer pada diri sendiri ok, tapi berdasarkan kepada pengalaman seorang teman)
Bila dah mencecah umur 17 tahun, memang kira kamilah student paling senior di situ. Memang zaman ni agak boring bagi I, sebab dah tak ade abang-abang senior, yang paling senior dari kitaorang di sekolah tu pun cikgu-cikgu lelaki, pakcik tukang kebun dan abang kantin je la. Mana-mana cikgu lelaki pelatih yang mengajar waktu tu, memang diorang dah laku habis la time tu. Ramai budak-budak sebaya I yang tangkap cintan dengan diorang, siap ada yang bergaduh mulut sesama sendiri sebab berebut cikgu tu. Tiba-tiba je cikgu tu jadi hot stuff kat sekolah tu, haha, bagi I pelik je minat kat cikgu, tak paham sangat kenapa ada yang boleh terminat kat cikgu sendiri. Tapi nama pun budak sekolah kan, mana fikir panjang, pakai minat je waktu tu agaknye.
Bila dah masuk umur 18 tahun, semua duduk rumah makan tidur je, ada yang mak ayah bagi bekerja tu dapatlah cari pengalaman dan tambah duit belanja poket, tapi I waktu tu memang parents tak bagi I bekerja jadi duduk rumah je la. Time tu pun selera lelaki idaman dah bertukar dah, ramai yang mula cari boyfriend yang lebih tua dan dah bekerja, sebab bagi diorang lelaki begini matang, bertangggungjawab dan boleh menjaga diorang. Sebab bila bercouple dengan pasangan sebaya ni, pemikiran dua-dua pun lebih kurang, bila berbual pun benda yang tak jauh bezanya, boring jugak kadang-kadang.
Bila umur dah mencecah 19, I personally dah tak pandang lagi lelaki dari segi rupa paras dia semata-mata. Sebab I dah beberapa kali berkawan dengan seseorang sebab tertarik pada diorang punya good looks semata-mata, tapi bila dah frust dengan diorang, I dah sedar yang rupa elok tu tak mencerminkan keperibadian diri sesesorang tu, perangai diorang kadang-kadang tak seelok rupa diorang. Ada yang tak cukup-cukup dengan seorang perempuan, yang suka memaki hamun, yang tak reti menjaga perasaan perempuan, dan macam macam la. Bagi I, asalkan sejuk mata I pandang dia cukuplah.
Waktu umur I dah 20 tahun, I pun dah tak fikir lagi yang lelaki matang kerana faktor umur dia. Sebab bila berkawan dengan Aoki, walaupun kitaorang sebaya, tapi cara dia berfikir macam orang yang berumur 5-6 tahun lebih tua dari I. Jadi bagi I, kematangan tu tak semestinya kerana faktor umur seseorang.
Tapi sekarang I dah berumur 21 tahun ni, ciri-ciri lelaki idaman I selain dari penyayang, ada chemistry yada yada yada, ialah seseorang yang bijak dan praktikkan ilmu dunia dan akhirat, hormat kepada orang tua dan kaum perempuan, yang bercakap menggunakan akal dan bukan telunjuk hati, berfikir untuk masa depan, ada kerjaya dan I tak nak lelaki yang berduit hasil ibu bapa dia je, biar dia berduit dek hasil usaha dia sendiri dan yang paling penting sekali bagi I, lelaki tu mestilah tak mementingkan diri sendiri.
Bagi I, bila seseorang tu tak mementingkan diri sendiri, dia tak akan curang pada pasangan dia, sebab dia tak sanggup menyakiti pasangan dia. Bila dia tak mementingkan diri sendiri, dia takkan sanggup menipu pasangan dia. Dia jugak takkan melebihkan kawan-kawan dari pasangan dia. I suka lelaki yang anggap kawan-kawan dan pasangan dia sama penting dan tak mengabaikan salah satunya. I jugak respect sangat2 pada lelaki yang walaupun dia tak ada harta bergunung atau pakej lengkap sebagai prince charming, tapi dia mampu memberi kasih sayang dan perhatian tak berbelah bahagi pada pasangan dia. I kagum sangat dengan lelaki yang macam tu.
Dan sekarang, sudah 2 tahun 2 bulan I dah berjumpa dengan lelaki idaman I yang I cari selama ni. (^___^) and I love him so much.

(I tetap sayang dia walaupun dia suka menyanyi kat tempat awam, hahaha
)
p/s: I’m not denying the fact that physical attraction does play some parts when it comes to love, but for me, I won’t consider choosing a guy as a boyfriend, merely because he is good looking or have a killer body.
Looks can be alter through cosmetic surgery or strict exercises. But if I were to be given a choice between a guy with good looks and the one with inner beauty, I will always choose the latter.
And everything I had stated here is based on my own personal opinions, so don’t take it too seriously because I’m not trying to convince anyone to think the way I am, I just wanted to shares some of my thoughts about this matter in my blog.
So apa ciri-ciri lelaki atau gadis idaman korang pulak? Sila-sila kongsi di comment ye! Nak tahu! (^__~)