Archive for the ‘My Experiences’ Category

Masalah Rambut Gugur~Oh No More! ^_^

Wednesday, February 5th, 2014

Salam semua!

Kalau sesiapa yang mengikuti blog I sejak dulu-dulu lagi, mesti korang tahu kan yang I ni sangat OBSES SANGAT dengan penjagaan rambut. Yelah waktu dulu I kan free hair, jadi rambut tu sentiasa wavy  dan panjang. Setiap minggu kalau boleh nak buat pelbagai treatments dan pakai bermacam produk sebab nak maintainkan rambut yang fefeling ala-ala Kim K gitew hahaha. Tapi lepas memilih untuk berhijab, ada jugak perasan rambut selalu sangat gugur tak tau la ape sebabnya. :(

Lepas tu bila I Google-d di internet, tengok ramai jugak perempuan yang berkongsi masalah yang sama macam I, bila rambut tak dikeringkan dengan betul sebelum berhijab, nanti rambut jadi rapuh dan mudah putus.

Mula-mula tu rajin jugaklah blow-dry rambut pagi-pagi sebelum pakai tudung kan, kekonon tak nak rambut gugur la, tapi last-last rambut jadi kering la pulak sebab kerap sangat blow drying, LOL! Haiyo stress bangat makcik dibuatnyeeee. Patutlah I tengok ramai kawan-kawan yang berbelas-belas tahun dan berhijab kebanyakkkannya berambut pendek, mungkin sebab senang nak jaga dan maintain kot. -_-”

Tapi disebabkan sayang nak potong rambut yang bela kemain lama ni, sanggup la cuba pelbagai jenis shampoo sebab tak nak rambut gugur. Lepas I mula guna shampoo yang tiada chemical, rambut tetap gugur jugak cuma takdela tiap-tiap hari gugur.

Sejak sebulan dua ni mami I tegur rambut I nampak tebal, macam biasalah mak sendiri hari-hari tengok anak dia, mesti dia perasan perubahan pada diri kita. Bila I belek-belek tengok, memang rambut nampak sihat, selalu tu lepas seharian bertudung kat pejabat, rambut memang berminyak tak ingat dunia. Sampaikan malam-malam buta pun kena shampoo sekali lagi walaupun siang tadi dah shampoo. Tapi sekarang rambut dah kurang berminyak, dah boleh shampoo selang sehari, dulu hari-hari wajib shampoo.

Bila tengok kat bantal, rambut sehelai dua je gugur, selalu tu lebih dari berbelas-belas helai la gugur dalam satu malam . Nasib baik la rambut kat kepala I ni banyak, masih mampu la I kelihatan seperti manusia lagi walaupun rambut kerap sangat gugur. *sobs sobs*

Pastu online tengok ade pengguna-pengguna Radiance Signature yang beri feedback rambut dah kurang gugur. Bukan sorang dua, ramai pulak yang beri komen yang hampir serupa tu. Terus I teringat, laaa Radiance Signature rupanya yang buat rambut I kurang gugur, sebab diri sendiri rasa pelik shampoo tak tukar jenama lain, tetap guna yang sama, rutin harian pon sama hihi tapi rambut dah tak gugur macam dulu.

Testimoni 1

Masalah rambut gugur yang serius pon boleh diatasi selepas ambil Radiance Signature. ;)

Testimoni 2

Testimoni 3

Feedbacks dari pembeli-pembeli yang dah merasai khasiat Radiance Signature, alhamdulillah. :)

Testimoni 4

Bestnye adik ni, sampai doktor pon recommend dia supaya terus ambil Radiance Signature sebab lepas ambil Radiance Signature, bahagian bermasalah di kepala dia pon dah tumbuh anak rambut! :’)

Lepas tu I sibuk story kat Mami dan tunjuk testimoni-testimoni ni pada dia. Mami I macam biasa, terus excited nak minum 2 sachets sehari okayyy hahaha, tak nak kalah mak iouls ni :P

Kesimpulannya, bukan je kulit perlukan nutrients untuk kekal cantik berseri, rambut jugak perlukan nutrients dalaman yang secukupnya untuk tumbuh sihat dan kuat.

So far I sangat berpuas hati dengan pengambilan Radiance Signature ni, jarang ada produk collagen atau supplements kecantikan yang mampu berikan hasil sebegini. ^___^

 

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Radiance Signature Whitening & Glowing Series ni, boleh Like & Follow pages berikut:

Facebook: Radiance Signature Malaysia

                      (https://www.facebook.com/RadianceSignatureMalaysia)

Instagram: radiancesignature

 

Jom berjumpa Radiance Signature di Karnival Rasul in My Heart, Putrajaya

Saturday, January 25th, 2014

Salam semua!

 

Jom ramai-ramai serbu booth Radiance Signature (Penaja Program) di Karnival Rasul in My Heart, yang berlokasi di:

Level 2,

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

 

Boleh berjumpa dan beramah mesra dengan Pengasas-pengasas dan Duta Radiance Signature untuk sesi consultation secara percuma!

Jom jom singgah!

I pon akan ada di sini sehingga  26Januari! 

Advertorial: Review Aishah Radhiah Beauty & Spa, Shah Alam.

Tuesday, December 24th, 2013

Salam korang!

Ok pada minggu lepas, I berkesempatan untuk pergi ke Spa Kecantikan Aishah Radhiah yang terletak di area Shah Alam. Ini adalah cawangan kedua Spa ni, cawangan pertama Spa Aishah Radhiah ni terletaknya di Bangi. Sebenarnya I ni jarang la sangat  peluang untuk manjakan diri, jadi bila Kak Aishah beritahu pada I mengenai Spa dia, dengan pantas I ke Shah Alam untuk merasai pengalaman di manja-manjakan di Spa hehe.

Waktu I mula-mula menjejakkan kaki ke Spa Aishah Radhiah ni, waaa, rasa macam kagum sangat tengok dekorasi di Spa tu. Ruang Spa digunakan dengan sebaiknya, hasilnya kawasan menunggu di Spa tu sangat menenangkan dengan dekorasi bertemakan ala Bali yang penuh kehijauan gitu!

 


Meja penyambut tetamu.

Ruang menunggu di Spa yang sangat menenangkan.

Sudut air terjun ni memang kesukaan I sebab comel sesangatlaa!

Bila dah terjumpa sudut secomel ni di Spa Aishah Radhiah ni, memang wajib la selfie dulu kan hehe :P

Sewaktu I sampai tu, I disambut mesra oleh Rini, pekerja di Spa Aishah Radhiah. Selepas berborak dengan Rini, dia cadangkan I mencuba package Bidadari dari Spa Aishah Radhiah. I pon belek-belek la template comel tu nak tengok ape dia yang terdapat dalam package Bidadari yang Rini suggest kan.

Dalam package Bidadari yang berharga RM200.00, customer akan mendapat:

1.Herbal Sauna

2.Aromatherapy Massage

3.Full Body Scrub

4.Full Body Mask

5.Milk Bath

 

I paling excited nak cuba Herbal Sauna dan Milk bath, ye laa I harap-harap lepas try sauna tu I bertukar jadi bidadari haha. Sewaktu dalam Herba Sauna tu, ada magazines untuk dibaca, jadi takdelah bosan ke ape ke sewaktu duduk dalam bilik kaca yang dikelilingi kayu berwap sauna tu. Tapi memanglaaaa, I tak nak keluar dari sauna tu, seronok gile kot bakar lemak dalam sauna hehe.

Ruang laluan untuk ke arah bilik-bilik massage di Spa Aishah Radhiah.

Lepas tu, I di bawa masuk ke bilik massage untuk aromatherapy massage, waktu tu I berborak-borak dengan Rini, tapi tu la dianya orang bila baru 1st time kena massage satu badan kan, half-way tengah berborak tu, I dah tertido pulok hahaha, cis.

I tersedar bila I rasa ada benda halus di urut pada kaki I. Bila I tengok rupanya waktu tu Rini sedang melakukan full body scrub pada bahagian kaki I. Rasa pampered habis, patutla ramai perempuan suka ke Spa, mungkin lepas ni I pon akan tergolong dalam kategori perempuan sebegitu hehe.

Sewaktu Rini buat full body scrub tu, memang I nampak perbezaan pada tona kulit I, banyak betul sel-sel kulit mati yang menggelapkan warna kulit badan tsk tsk.

Selepas rawatan full body scrub, rawatan full body mask pulak dilakukan. Fungsi full body mask ni ialah untuk mencerahkan dan melembapkan kulit badan Semasa rawatan full body mask, I tertido agak lama hehe sebab mask tu di biarkan keras di badan untuk beberapa belas minit.

Selepas selesai, I diminta mandi dulu untuk membersihkan mask dan scrub di badan. Kemudian I dibawa ke bath tub di Spa Aishah Radhiah ni, untuk mandian susu atau milk bath. Waktu mandi susu tu memang dah fefeling ala-ala Cleopatra lah hahahah, yela mana taknya, siap ada roti coklat dan air green tea disajikan untuk I di bath tub tu, sambil mandi boleh makan ye tapi jangan sampai tercekik sudah hehe.

Tub-tub mandi yang disediakan bagi rawatan mandian susu atau rawatan flower aura bath.

Lepas selesai mandi susu, memang kulit I terasa fresh dan sangat wangi, kulit tangan pon nampak sekata dan tak jauh berbeza dengan warna kulit muka dah.

Jadi, itu lah 2 jam rawatan package Bidadari yang sememangnya berbaloi dan servis yang diberikan oleh staffs di Spa Aishah Radhiah ni memang bagus sebab pekerja Spa semuanya dah berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang mereka, jadi urutan massage yang disediakan teramatlah meng-rileks kan badan dan selesa kerana ia dilakukan oleh mereka yang berpengalaman.

Kak Aishah ni juga memberi peluang kepada I untuk mencuba rawatan muka Aishah Radhiah Signature facial. Jadi selepas selesai milk bath, I dibawa pula ke bilik facial untuk merasakan sendiri Signature Facial tersebut.

Bilik-bilik khas untuk rawatan facial atau terapi kulit wajah.

Signature Facial ni dilakukan dengan penuh berhati-hati oleh pekerja di Spa, sebab yelah kulit semua orang tak sama, ada yang sensitive, ada yang kulit bermasalah. Mula-mula, kulit muka I dibersihkan terlebih dahulu dengan pencuci lembut untuk menanggalkan sebarang kesan solekan. Lepas tu, Rini membuat urutan massage pada kulit muka I menggunakan massaging oil, untuk membantu pengaliran darah ke permukaan kulit untuk memudahkan kulit menerima benefit dari rawatan-rawatan yang seterusnya.

Rini suggest I untuk melakukan scrub wajah dan memakai Peeling Mask serta moisturizer sahaja, sebab menurut Rini kulit I tiada masalah dan tiada masalah blackheads atau whiteheads, jadi prosess stim kulit wajah untuk membuka pori-pori kulit dan proses extraction bagi membuang blackheads dan whiteheads tidak dilakukan ke atas kulit I.

Bagi mereka yang mempunyai liang-liang roma yang agak besar dan ada blackheads, whiteheads atau jerawat, proses stim kulit wajah dan extraction dapat membantu membersihkan kulit wajah anda dan mengurangkan masalah kulit.

Macam kulit I agak sensitive sebab mudah pink-ish bila disentuh, jadi Rini cadangkan I menggunakan scrub muka yang paling halus untuk elakkan kulit muka I jadi terlalu merah selepas facial.

Kemudian, selepas scrub kulit, Rini memakaikan I Peeling Mask. Waku guna Peeling mask ni, memang heaven sangat kulit muka I waktu tu, mana taknya Peeling mask ni ada cooling sensation yang buat muka I rasa sejuk je sepanjang mask ni dipakaikan. Lepas tu, kena tunggu Peeling mask ni kering dan mengeras, kemudian baru ia ditanggalkan dari kulit bersama-sama dengan sel-sel lama yang menggelapkan kulit wajah.

Selepas selesai Peeling mask, sekali lagi wajah I dibersihkan dengan air, untuk membuang sebarang kesan melekat mask tu dari kulit. Hasilnya, kulit I nampak sangat-sangat bersih, halus mulus dan cerah berseri, happy nyeeeee ^_^ . Insyallah selepas ni, I nak cuba pulak package rawatan lain yang ditawarkan di Spa ni, selain daripada package Bidadari yang I dah cuba ni, terdapat jugak package Permaisuri dan package Ratu yang ditawarkan di Spa ni.

Hasil selepas rawatan Aishah Radhiah Signature Facial. 

Sangat memuaskan! *two thumbs up*

Bagi mereka yang berminat nak dapatkan rawatan spa yang tip top dan hasil yang serta-merta, bolehlah pegi berkunjung ke Aishah Radhiah Beauty & Spa, di cawangan-cawangan berikutnya:

 

Aishah Radhiah Beauty & Spa (Cawangan Pertama di Bangi)

No, 1-11, Jalan 8/35,
Seri Bangi Seksyen B,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.

Aishah Radhiah Beauty & Spa (Cawangan Kedua di Shah Alam)

No. 31-D, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F,
Seksyen 9, Shah Alam.

 

Okay so selesai sesi rawatan facial, I tak lepaskan peluang untuk membeli dan merasai sendiri Precious Blemish Balm cream yang di-import dari Korea, yang dijual di Spa Aishah Radhiah ni. Sebab selepas rawatan kulit, kulit kita tak boleh terdedah pada cahaya matahari yang terik, nanti gelap la balik kulit tu. Jadi, pemakaian BB cream yang mengandungi pelindungan SPF yang tinggi patut diamalkan, untuk melindungi kulit dan menjaga kulit supaya kelihatan kekal berseri.

Harga: RM80.00 (50ml/1.76oz)

Jenis: Blemish Balm Cream 4 in 1 (High SPF protection, Whitening, Anti-Aging and Makeup Basis/Foundation)

Bahan-bahan yang terkandung dalam BB cream ni:  Hyaluronate, Avocado oil, Vitamin E, Acetate, Portulaca extract, Jojoba Oil, Sericite, Accetyl Hexapeptide, Allantoin.

Benefits yang terdapat di dalam BB cream ni adalah seperti berikut:

  1. SPF 50 PA+++ (salah satu BB cream Korea yang menawarkan pelindungan SPF yang tertinggi) bagi melindungi kulit dari pancaran matahari yang menjadi punca utama kulit berkedut, kusam dan tidak berseri.
  2. Melindungi kulit wajah dan mengembalikan keserian sel-sel kulit.
  3. Mencerahkan kulit wajah secara semulajadi selepas pemakaian berterusan.
  4. Coverage sheer to medium, memberikan kesan glowing dan healthy pada kulit tanpa memberi kesan mekap tebal.
  5. Memperbaiki sel-sel kulit bagi mengurangkan kesan penuaan atau aging process.
  6. Mengekalkan keanjalan, kelembutan dan keremajaan kulit.
  7. Tidak berminyak atau terlalu mengeringkan.
  8. Bertahan sehingga 8 jam ke atas (BB cream ni masih nampak cantik selepas I balik dari ofis)

I suka BB cream sebegini yang boleh melindungi kulit I, merawat dan dalam masa yang sama memberikan kemasan yang natural pada kulit.

I pakai BB cream ni ke ofis, sebab BB cream dari Spa Aishah Radhiah ni mempunyai coverage yang sheer to medium, jadi memang baguslah kalau dipakai untuk jangka masa yang lama.

Sebab foundation biasa boleh menyebabkan clog-pores atau liang pori tersumbat jika dipakai terlalu lama, tapi BB cream adalah cream muka yang mempunyai pigmen seperti foundation, jadi tiadalah masalah liang-liang roma tersumbat. Oh ye, lagi satu, BB cream ni tak perlu layers banyak-banyak tau, 1 layers dah cukup untuk mencantikkan kulit.

Dan yang paling I suka mengenai BB cream ni ialah pigmen BB cream ni ia bersesuaian dengan kulit wanita Asia, tidaklah berwarna grey-ish atau terlalu pink. Kemasan BB cream ni memang semulajadi, jadi bagi mereka yang kulit kering atau normal, boleh guna BB cream ni sahaja, bagi mereka yang kulit berminyak, boleh gunakan powder di atas BB cream ni.

Macam I, lepas guna BB cream ni, I dust out some mineral powder on top of the BB cream, untuk menampakkan kulit yang naturally glowing and healthy, I tak guna concealer atau compact powder selepas tu sebab coverage BB cream ni dah cukup untuk cover cela di kulit I.

Jadi bagi mereka yang nak mendapatkan rawatan Spa yang heavenly good dari Spa Aishah Radhiah, boleh visit cawangan Spa beliau di Bangi atau di Shah Alam. Bagi BB cream yang hanya exclusively dijual di Spa ni, boleh dapatkan terus dari cawangan-cawangan Spa Aishah Radhiah atau boleh jugak hubungi number berikut untuk order: 03-8922 1598

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.