Archive for the ‘My Experiences’ Category

Review: Ceutical Ice Spring

Saturday, June 25th, 2011

Hi korang!

Bagi sesiapa yang bertanya pada I, barangan apa yang I paling banyak beli lately,dengan pantas I akan jawab “face mask” hehe. I ada banyak sangat face mask, bermacam jenis; jenis mud, aloe vera, hydrating, whitening, purifying, you name it, I owned pretty much all of them. Tapi dalam banyak-banyak jenis face mask, I lebih gemar memakai facial sheets face atau mask muka jenis tisu, sebab senang sangat lepas pakai masker jenis ni, I boleh terus buang dan tidur, tak payah nak cuci muka. :P

Salah satu sebab kenapa I suke beli dan menggunakan face mask ialah kerana lifestyle I sebagai law student yang tersangat hectic, kadang-kadang I kurang tidur atau waktu rehat dan I jugak ada beberapa kesan jerawat yang I ingin hilangkan dari kulit I. Jadi disini la peranan facial sheets mask tu penting buat I, sebab I akan gunakan facial sheets mask ni untuk boost-kan kualiti kulit I.

Salah satu facial sheets mask kegemaran I buat masa ni ialah Ceutical Ice Spring mask. I gunakan mask ni sebelum tidur pada tiap-tiap hari Selasa, Rabu dan Khamis, sebab waktu ketiga-tiga hari ni la I paling kurang dapat rehat yang secukupnye disebabkan kelas I yang bermula pada waktu 8 am dan ada kelas yang berakhir pukul 10 pm dan 6 pm. Itu baru pegi kelas, belum lagi pegi library untuk research cases ataupun waktu study, I barely have 3 hours of sleep on Wednesday. (>___<”)

Getting ready for my 8 pm until 10 pm class. Grr I hate night class.

Jadi lepas I habis kelas, I akan pakai facial sheets mask Ceutical yang I dah simpan di dalam peti sejuk seharian, hehe dan walawehhhhh sangatlah sejuk dan segar muka I dibuatnye.Selalunye I terus tertidur lepas I pakai mask Ceutical ni. Bila bangun pukul 6 am keesokannye, kulit I nampak sangat segar dan cerah walaupun I tak cukup tidur, hehe. So I consider this mask as my current sleeping mask, because right after putting the mask on my face, almost instantly I will fall asleep for a couple of hours.

Scary picture ahead!

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Before

*fineeeeee, scary as shit I know!* :P

I dah cuba beberapa jenis mask dari Ceutical Ice Spring ni and my favorite is Lavender mask and Aloe Vera mask.  But if I have to choose one, I would pick the Aloe Vera mask. Thanks to this Aloe Vera mask, I no longer need to use heavier concealer to conceal my acne spots because the brownish color of the spot is getting fairer every time I use this Aloe Vera mask. (^___^)

After

*less tired and brighter skintone, yippie!!*

(this picture was taken at 12 am after my class at 10 pm finished, sorry for the horrible eyebags)

 

Price: RM2.50 per mask

Where to buy it: I bought it from Sharon on Vanity Talks fan page and her lowyat forum.

Effect:

Lavender mask: My face looks really bright and fairer after using it. Great for instantly brighten up the dullness of my skin tone.

Strawberry mask: Skin looks quite fair and pores become really small after using this one.

Orange mask: The smells of this mask is so divine! Skin looks fairer, hydrated and super soft after using it.

Aloe vera mask: Acne spots look less brownish (so happy!) , brighten up skin, my pores look smaller too after using this one.

Allergic reaction on my sensitive skin: None! (^__^)

 

And lucky for me, Sharon give me the Ceutical Acne Scar Serum to try when I order from her the mask. I told her about my stubborn acne spots and she give me the serum to try. I will be doing a separate review on the acne scar serum soon, okay! I guna scar serum ni tiap-tiap malam without a miss and so far I have to admit it, I really really  do love this serum !!! Thank you so much Sharon! ;)

 

Product Review: Hada Labo Arbutin Whitening Essence

Sunday, June 19th, 2011

Hey korang!

Sorry sebab lama menyepi tanpa update! Law school is driving me insane this semester. The most nerve-wrecking subjects you may ask? Company law and Land law! Serious I cuak dengan 2 subjects tu. :(  Haish, I takde masa nak keluar bergurau senda dan bergedik-gedik dengan member-member I, sebab kelas kitorang memang pack sangat semester ni. *sigh Anyway I will update soon on some personal entry, lepas I keluar dengan diorang okay? *wink*

Macam title entry kali ni, ia mengenai product Hada Labo yang semakin meletup-letup di Watsons sekarang, iaitu Arbutin Whitening Essence. I beli essence ni last week waktu keluar dengan parents I, time TU mummy I tengah survey-survery product ROC, I ternampak essence ni di kaunter Hada Labo di Watsons, Aeon Jusco Johor Bahru.

Sebenarnye dah lama jugak I berminat nak cuba Hada Labo ni, lepas I terbaca tweets dari kawan-kawan satu course I yang pernah guna Hada Labo, diorang cakap product dia best dan sangat sesuai dengan kulit diorang. Jadi lepas I survey-survey sedikit di internet mengenai barangan Hada Labo , I berkenan dengan essence whitening ni.

Ye ye, tak habis-habis nak product cerahkan kulit, kan? :P Actually I memang dah lama nak cari product yang boleh bantu cerahkan parut coklat kesan daripada jerawat lama I, jadi dalam hati I memang dan nekad nak lumur satu muka dengan essence Hada Labo tu bila sampai rumah nanti.

 

Harga essence ni rm60.90, botol dia 30g, tinggi pulak rendah sedikit dari tinggi iphone 3gs.

 

First Impression:

I perasan tekstur essence ni mirip tekstur lotion dan memang cepat menyerap ke permukaan kulit. Cuma I tak sangka tekstur dia macam tu,sebab I ingat dia lebih berminyak macam serum Origins yang I selalu gunakan. Tapi I tak kisah, janji Arbutin dan vitamin C tu boleh bantu pudarkan parut jerawat I, I won’t complain much about anything else. *sangat desperate bunyinye kan, haha*

2 jam kemudian, I tengok cermin dan I ternampak beberapa whitehead dan bintik hitam di pipi I. Dalam otak; “Ahhh sudah!”.

Kan I ada cakap yang I excited masa nampak product Hada Labo ni di Watsons tadi? Ye, sebab excited sangat, I tak baca pun ingredients atau bahan kandungan dalam product ni. (my bad! *geleng-geleng kepala*) Mata I waktu tu cuma tertumpu dengan 2 perkataan iaitu “Vitamin C” dan “Arbutin”.

Bila I check, alamak, ada Isopropyl Myristate laaa!!!

Kulit I memang bertindak balas cepat dengan apa-apa product yang ada Isopropyl Myristate, masa tu nanti mula la ade jerawat tumbuh, lubang roma tersumbat dan sebagainye. Dan nampaknye tu la yang terjadi bila I guna Arbutin Whitening Essence ni, lubang roma I tersumbat disebabkan adanya kandungan bahan tu dalam essence ni. *sobs sobs*

Tapi macam yang I cakap, I kan degil. :P Jadi lepas I gunakan deep cleansing mask ataupun clay mask untuk bersihkan lubang roma yang tersumbat tadi tu, I pun guna la sekali lagi essence Hada labo ni. Tapi kali ni I guna di tempat yang ada parut jerawat sahaja. I guna cotton buds dan sapukan essence tu hanya dia tempat yang ade parut jerawat dan bukan lagi di seluruh muka I.

Again, dang!!!!

Benda yang sama berlaku! Beberapa jam lepas tu, di sekeliling parut jerawat I ada beberapa bintik gelap yang menyerupai blackhead. Emm nampaknye I memang tak boleh guna essence ni, sedih okay!! Sebab kalau ikutkan kandungan Arbutin yang tinggi dalam essence ni memang elok untuk bantu cerahkan parut jerawat.

 

Conclusion:

I bagi 2 ouf of 5 stars untuk product ni sebab I tak boleh guna langsung! Kulit I yang sensitive ni tak tahan dengan kandungan bahan Isopropyl Myristate. I bagi 2 stars sebab I rasa kombinasi arbutin dan vitamin C memang bagus untuk product sebegini, too bad I can’t use it though.

 

Recommendation:

I recommend kan product ni kepada sesiapa yang mempunya kulit kering atau normal, sebab bagi mereka yang berkulit kombinasi dan berminyak, kita (tak semua orang okay, tapi kebanyakkannye) akan lebih terdedah untuk mendapat lubang roma tersumbat yang akan menyebabkan pembentukan jerawat, bila kita (insan-insan kulit berminyak dan kombinasi) menggguna product yang mengandungi Isopropyl Myristate.

But this product is still a good product in terms of whitening, sebab walaupun lubang roma I tersumbat, I boleh nampak sedikit kesan pencerahan pada parut jerawat I. Still, I tak nak ambil risiko jerawat-jerawat tu semua datang semula ke muka I. :( So I’m letting go of this product.

 

Would I buy this product again?

No. Tapi I mungkin akan cuba products lain dari Hada Labo, macam cleanser ataupun lotion dia, tapi I takkan beli lagi essence ni.

 

Disclaimer: Semua ini adalah berdasarkan pengalaman dan hanya pendapat I yang telah menggunakan product di atas, jadi sebarang hasil, kesan dan reaksi daripada penggunaan product yang dinyatakan hanyalah tindakbalas ke atas kulit I semata-mata.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.