Hi korang!
Oh oh, minggu ni I rasa minggu paling banyak benda memalukan dan mengarut yang berlaku kat I. Tak tahu kenapa, maybe sebab minggu ni I macam blur-blur sikit, mood ke kelas pun macam malas-malas jek, rupa pun selekeh-selekeh aje (erk not that anyone really care if I’m not-so-selekeh anyway, hehe)
It all begin in my Land Law class, haaa one of the most nerve wrecking subject for this semester. Masa tu kelas tutorial, macam biasa semua student kena prepare dan jawab soalan-soalan tutorial yang lecturer dan assign-kan dan baca semua cases yang relevant dengan chapter tu. So there I was, being lazy as usual, malam tu emo jadi tidur lambat, dah tidur lambat automatically la mata I pun celik lambat. Alarm handphone dah berbunyik 3 kali baru la kelopak mata I berjaya bukak.
As usual, I was rushing, kelam kabut mandi semua. I was late and wasn’t feeling so well. Jadi I pegi klinik pagi tu sebab malam semalamnye I rasa tak sedap badan. Lepas balik dari klinik, I dah terlepas kelas tutorial pada pukul 10 am, jadi terpaksa la jadi ‘pendatang tanpa izin’ dan menumpang kelas tutorial dari group lain yang start pukul 11 am. Nasib baik Nina pun ade dalam kelas tu, kalau tak kesepian la jiwa dan raga I bila duduk di kelas asing tanpa seorang pun kawan yang bolehdiajar diajak bergossip.
Sepanjang kelas tutorial semuanya berjalan smoothly, lecturer tanya soalan-soalan tutorials, semua student yang ditanya boleh jawab, bila lecturer tanya ada sesiapa yang nak volunteer jawab soalan seterusnye, I pun jawab la soalan tu.Soalan tu pasal case Dr.Ti Teow Siew yang berkaitan dengan land registration. Lepas jawab tu rasa lega sangat la, lecturer cakap jawapan I bagus. Pastu beberapa student lain pulak kena jawab soalan-soalan lain. Tak tahu kenapa kelas kali ni rasa singkat sangat, selalu tu rasa macam mak aihh lengit nak menunggu sejam habis kelas tutorial, tapi hari tu tak pulak.
Lepas semua soalan untuk hari tu dah di jawab, lecturer bagi la pulak nombor-nombor soalan untuk tutorial next week dengan nama-nama cases yang dia nak tanya untuk next classes. Here’s the best part. I didn’t came for my Monday class lecture because I wasn’t feeling well, jadi obviously I memang tak tahu la cases apa yang lecturer dah discuss dalam kelas hari Isnin tu, yang dia nak kitorang prepare untuk next week’s tutorial.
Jadi bila lecturer sebut nama-nama cases tu, I was jotting down all of the cases name like crazy, sebab I nak kena cari cases tu semua dan prepare untuk kelas next week. And that is when it happened. (>__<”)
Madam: Class,read these cases for next week; Khoo Cheng & Ors…Hee Cheng…
I pun kelam kabut tulis kat nota, siap tanya Nina macamane ejaan nama cases tu, karang salah eja sia-sia je tak jumpa cases tu nanti, lol. Nina pun sibuk dok bagitau ejaan nama case tu kat I, jadi I dengan Nina dua-dua tak pay attention apa yang lecturer cakap lepas tu, tiba-tiba dengar lecturer cakap;
Madam; Azi Farhana…
I pandang Nina, I bisik “Eh Nina, apa full name case Azi Farhana tu?”
Nina jawab; “Huh? Mana tau, jap Nina check kat notes, ade ke full name case tu, mane yekk”
Dok kitorang kecoh-kecoh cari nama tu, Madam terus lagi cakap
Madam: Muhammad Sufian….
I pon kelam kabut tulis nama case tu,tiba-tiba Nina tepuk bahu I.
“Yanaaaaaa, tu bukan nama cases laaaaaa”
“Habis tu?”
Tiba-tiba Madam tegur kitorang.
Madam: Are you kidding me? You actually thought that I was giving the name of the cases? I’m taking the student’s attendance now, Liyana! Oh my god, this is the best laaa!
Hambek kaaaaaaau!
Madam dengan satu kelas semua dok pakat gelakkan I. Haish malu toksah cakap la ye. I rasa muka I dah tukar kaler purple dah time tu, malu gileeeee. Lepas lebih kurang 5 minit semua orang ketawa, madam pun sambung ambil attendance semua orang.
Rupanye nama-nama cases tu sampai case Hee Cheng je, I pulak pegi bedal catat habis semuanya, sampaikan nama-nama students yang Madam panggil untuk check attendance pon I ambik. Lepas semua student dah nak keluar dari kelas tu, madam sempat mengusik I; “Liyana, I will surely tell this to all of my colleagues! Hahaha”
Erk, malunyeeeeeeee saya!