Archive for the ‘Review’ Category

Review: Fudge Dynamite (Recommended)

Wednesday, October 13th, 2010

Hi semua!

I rasa benda yang paling annoying bagi seseorang yang berambut panjang ialah hujung rambut bercabang ataupun hujung rambut yang kering serta rosak. Bagi yang tak kisah rambut mereka di trim oleh hairstylist, well lucky for you, you won’t have much issues with your hair.

Tapi bagi sesiapa yang ada masalah takut hairstylist tu ter-trim lebih daripada satu inci rambut rosak korang, yeah korang adalah geng I! I bukan takut apa, cuma rambut I ni jenis yang lambat nak panjang, jadi bila hairstylist tu potong lebih daripada satu inci, that’s when I’m started to get really worried.

Ni la dilemma bila berambut panjang, tak nak dipotong tapi hujung rambut dah rosak. Kalau dibiarkan hujung rambut yang rosak tu panjang,makin buruk pulak rupa rambut I ni. *sigh*.

Jadi waktu hujung bulan August lepas, I terpaksa jugak pergi trim rambut I dekat saloon berhampiran MMU dengan bertemankan Nina, sebab hujung rambut I betul-betul kering. Percayalah, walaupun stylist tu kata dia trim sikit, tapi I jadi terkezut sekejap bila tengok banyak rambut I dicantas nya, huhu. Oh Nina la penyelamat keadaan, dok tenangkan I yang rambut I still panjang walaupun kena trim agak banyak.

credit picture, blog Nina.

Jadi gara-gara phobia untuk pergi trim hujung rambut tiap-tiap bulan tu la I telah berjumpa alternatif baru, dan sampai sekarang I gunakan product ni, dan alhamdullilah sangat, hujung rambut I sihat dan tak perlu lagi di trim sejak hujung August lepas, sebab I dah tak ada rambut rosak. *wink*Ok tipulah takde langsung rambut rosak kan, ada la, tapi takdelah obvious sangat, macam sebelum ni. :P

So here it is, Fudge Dynamite.


Fungsi product ni: Memperbaiki struktur rambut kering yang rosak kerana permed, coloured ataupun terlalu kering.

Hasilnya yang dijanjikan: Rambut yang kurang bercabang, kurang rambut putus, hujung rambut yang lebih kuat dan hasil keseluruhannya ialah rambut yang lebih sihat dan bersinar.

Pendapat I pulak: Yes, this product really works for me. I mula mula tu a bit skeptical la dengan product ni sebab rupa dia macam conditioner rambut yang biasa je, tapi bila I dah pakai 2-3 kali, I mula perasan yang hujung rambut I nampak sihat dan tak lagi kering dan yang paling best, rambut I nampak bersinar sangat, I dapat banyak pujian pada rambut I sejak I pakai product ni.

Lepas sebulan I pakai, I tengok keadaan rambut I secara keseluruhan nampak sihat walaupun I tetap curls dan kadang kadang straight kan rambut I, tapi rambut I dah tak nampak rosak macam sebelum ni. Cuma product ni takdelah jadikan rambut kita sihat dalam sekelip mata, jadi kena pakai untuk beberapa kali, baru nampak hasilnya.

Dan walaupun product ni berfungsi untuk memperbaiki rambut rosak, tapi bagi mereka yang ada masalah rambut rosak yang serious, I cadangkan korang buat treatment di saloon dahulu dan gunakan product ini sebagai sampingan untuk maintain kan rambut korang supaya tak rosak semula. Dan bagi mereka yang rambut rosak di hujung-hujung sahaja macam rambut I, I definitely recommend this product for you.

I bagi 4.5 star out of 5 untuk product ni, sebab I kurang suka bau buah guava pada product ni. Harga Fudge Dynamite ni RM59.00, boleh didapati di Shins ataupun saloon yang menggunakan barangan Fudge. For me, this is definitely a money-worthy investment for my hair.

p/s: This product review is 100% my own opinion, I do not gain any profit from making this entry, this product is bought with my own money and not sponsored by anyone. So you can ensure this is an honest review and recommendation from me to my lovely readers who have requested this entry. <3

Review: Revlon Photo Ready Foundation

Tuesday, August 31st, 2010

Hi semua, I ada terbaca status Twitter seorang teman yang cakap pasal foundation PhotoReady ni bagus la ape semua, I macam tertarik jugak nak cuba sebab so far I have no problem with drugstore (Watsons, Guardian) punye makeup product, I cuma tak boleh terima barangan penjagaan muka dia je, entahlah, tak sesuai dengan kulit I langsung.

Jadi semalam dah alang-alang perhabiskan duit membeli keperluan diri kat Watson Plaza Angsana, I pun check la counter Revlon kat situ. Yang pertama sekali buat I pelik ialah poster Halle Berry sebagai model untuk Photo Ready foundation ni. Bukan ape, dia memang cantik meletop la kan, tapi apelah masalah jurumekap dia sampai solek kan muka Halle Berry pucat macam tu dalam poster dia? Yeah, nude makeup is in, tapi muka dia nampak terlampau pale, at least a bit of nude lipstick will looks good for the her, ni tak, secalik lipstick pun takde. I dunno, that’s just my opinion.

So I pun meneruskan misi pencarian foundation Photo Ready yang sesuai dengan warna kulit I. Kalau foundation Revlon Color Stay dulu, I pakai kaler Early Tan, tapi takde pulak kaler tu untuk Photo Ready, jadi yang closest tu that colour is Warm Golden, so I pun ambil je la.

Waktu pekerja Watsons tu testing foundation tu kat tangan I, I tengok tekstur dia agak cair dan tak pekat langsung, I dah rasa tak best dah masa tu, here we go again, another dewy finish foundation. Sebab kat belakang foundation tu cakap, hasil kemasan dia adalah full coverage, tapi kalau dah foundation agak cair macam tu, full coverage ape ke bendanye, macam kencing je lebih. :P

Tapi I beli jugak, sebab nak cuba punye pasal, lagipun kalau I tak suka, boleh je campak foundation tu di samping foundation-foundation lain yang sedia ada, yang I tak suka, haha. Balik rumah, lepas cuci bersih semua makeup, I cuba pakai foundation ni muka dan letak sedikit Bobbi Brown loose powder. That’s it, I don’t like it at all.

Ape ni, kata makeup untuk photography, tapi oily. I punye kulit combination, tapi kalau kulit I pakai pun boleh nampak oily bila pakai foundation ni, bayangkan la orang yang kulit oily pakai pulak macamane? Bagi pendapat I, ada kepelikan sedikit dengan foundation ni.

Dia terlalu dewy dan agak oily untuk dipakai di siang hari, tapi dia ada SPF (pelindung matahari) jadi maknanye dia tak berapa sesuai untuk solekan malam, sebab bila ambil gambar pada waktu malam, muka akan nampak putih melepak kalau gambar tu diambil menggunakan flash. So when is it the best time to wear this foundation? Kat rumah perhaps, or kat studio mengambil gambar je la, dah nama pun photo ready kan. Yeah I was a bit disappointed with this foundation, but hey, there’s always a chance that you guys might like it. But naah, it is not for me. (-____-”)

I rasa pada sesiapa yang kulitnye kering, tona warna kulitnya pulak boleh didapati dalam 8 jenis kaler yang Photo Ready tawarkan (see, limited gile choice warna dia) dan jugak kalau anda mahu foundation yang hasil finishnye dewy dan fresh looking tanpa kelihatan tebal dan sekadar memberi light or medium coverage (meaning your skin must come close to perfection la kalau nak  cover foundation sikit sahaja), jadi korang boleh cuba foundation.

Tapi any foundation works well with photography, jadi janganlah beli foundation ni semata-mata sebab  janji dia yang buat kita fikir oh gambar akan nampak lebih cantik kalau pakai foundation ni, haha that is so not true, in my opinion that is. (^___-) Oh price tag dia pulak rm65, boleh didapati di mana-mana kaunter Revlon.

p/s: I nak cuba sangat-sangat Chanel Teint Innocence Foundation, ada sesiapa kat sini pernah cuba? If you do, please please share your opinion under this comment ok? :)

And oh, takde gambar contoh muka I pakai foundation ni, sebab right after I apply it on my face, I terus buang pakai makeup remover, lol. :P

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.