Archive for the ‘Skincare’ Category

Testimoni 4: Jom Cerah dan Gebu dengan Radiance Signature.

Thursday, February 27th, 2014

Salam korang!

Macam biasa, setiap hari Khamis memang I akan share kan dengan semua pembaca-pembaca blog ni testimoni-testimoni dari pengguna-pengguna Radiance Signature. Sharing is caring gitewww kan.

Alhamdulillah ramai SATISFIED CUSTOMERS yang mengirim sendiri kesemua testimoni-testimoni bergambar ni kepada agen-agen dan stokis-stokis berdaftar Radiance Signature. Bukan apa, Radiance Signature ni memang berkesan serta effective dalam menanggani pelbagai masalah kulit dan membantu mencerahkan kulit wajah dan seluruh badan.

Tetapi ada yang baru 2-3 hari consume dah dapat hasil, ada yang dah 2 kotak Radiance Signature di-consume baru nampak hasil, jadi bergantung kepada genetik, hormon dan masalah kulit masing-masing, tak semua akan dapat kesan yang singkat, ada yang take time sikit.

Terutamanya kalau dah biasa guna skincares yang ada bahan mercury atau mengandungi bahan chemical, proses Radiance Signature untuk ‘cleanse’ kulit dan badan anda dari kesan toksik tu memakan masa jugak ye.

OMG!

Ketara sangat kulit putih dan gebu sis ni selepas consume 1 kotak Radiance Signature. 

Sila jeles cepat!

Hahaha

Ni lah kelebihan Radiance Signature berbanding mana-mana produk di pasaran,

effect kulit cerah, putih dan gebu dapat dilihat pada keseluruhan badan ye,

bukan hanya di kulit muka je. ;)

 

 

Sis ni pulak dah consume 2 kotak Radiance Signature, dah dia dah pun order kotak yang ke-3.

*clap clap*

Hasilnya kulit dia bersih dari sebarang cela, glowing dan putih berseri!

Haa kena consistent ok bila ambil supplement kecantikan dan kesihatan.

Macam gini barulah kita boleh berpuas hati sebab kulit tetap cerah berseri walaupun tanpa solekan. :)

PERHATIAN:

Mulai 23hb Februari 2014, harga promosi Radiance Signature telah tamat.

Kini Radiance Signature yang ORIGINAL hanya boleh didapati dengan harga Retail iaitu;

Sekotak RM180 (Semenanjung Malaysia)

Sekotak RM190 (Sabah & Sarawak)

Pastikan korang membeli Radiance Signature yang Original daripada pengedar (agent atau stokis) yang mempunya MEMBER ID sahaja, okayyyyyy ;)

 

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Radiance Signature Whitening & Glowing Series ni, boleh Like & Follow pages berikut:

Facebook: Radiance Signature Malaysia

(https://www.facebook.com/RadianceSignatureMalaysia)

Instagram: radiancesignature

Celoteh Hari Khamis :)

Thursday, February 20th, 2014

 

Salam korang,

Ramai kawan-kawan ofis I bertanya;

“Sana-sini kat iklan Facebok ada muka kau, betul-betul ok ke barang Radiance Signature ni?”.

 

Ok, biar I terangkan di sini ye. I memang tak berani nak promosikan apa-apa barang kalau bukan I sendiri dah cuba guna barang tu. Dulu waktu I post entry di blog ni ramai betul email bertanya I guna skincares ape, I guna collagen apa, tapi sekarang bila I dah dedahkan ‘rahsia’ kecantikan I, ramai pulak bertanya betul ke I guna collagen ni hihi, biasalah tu kan.

I dah guna Radiance Signature ni dah 4 bulan, dan kali ni dah masuk kotak ke-6 atau ke 7 yang I ambil. Haa bukan I je, mak I pon berkongsi ambil Radiance Signature ni dengan I, sebab dia suka tengok kulit dia satu badan semakin cerah dan tangan dia halus dan tak berkedut, tak macam kulit tangan orang berumur 46 tahun. :)

Macam I sendiri, I memang takde masalah kulit, tapi I masih amalkan mengambil Radiance Signature ni sebab kulit I jadi semakin glowing, cerah berseri, lembut dan takde masalah blackheads dan whiteheads seperti dulu dah.

Skincares yang I guna sekarang simple dan affordable je, Neutrogena Cleanser, Cetaphil Moisturizing Lotion dan Sunblock Ultra-Sheer dari Neutrogena je, tapi masih lagi ada yang tanya I guna serum apa, ambil suntikan bulanan ape. No, no my dear, I tak ambil suntikan apa-apa, serum pon dah tak guna sekarang ni.

Dulu I mengaku, memang kulit I ni high-maintenance tapi hasilnya kulit I ala kadar je, takdelah vavavoom pon. Mungkin sebab kulit I jenis yang takde masalah, kulit jenis kering ni memang jarang bermasalah jerawat dan sebagainya. Jadi bila I berjodoh bertemu dengan Radiance Signature ni, alhamdulillah memang kulit I sangat serasi, dan I cuma guna skincares yang simple je untuk maintain kan kulit I. Kulit pon dah tak kering-kering mengelupas sangat macam dulu. :)

Jadi bagi mereka yang ragu-ragu dengan keberkesanan collagen semua ni, I don’t blame you guys, it normal, sebab mungkin korang pernah cuba terlalu banyak collagen dan supplements lain di pasaran yang tak memberikan kesan pada korang. Kalau I jadi korang pon I begitu, phobia nak minum collagen sebab duit habis tapi tak berkesan.

Tapi alhamdulillah nasib baik Radiance Signature ni collagen pertama yang I cuba dan I setia gunakan sehingga ke hari ni, dan kesannya pon sangat-sangat memuaskan hati I, bukan I sorang je rasa macam tu, ratusan lagi pengguna Radiance Signature yang tiap-tiap 2 minggu repeat orders sebab diorang sendiri tak sangka Radiance Signature ni rupa-rupanya berkesan dalam memberikan hasil yang best kepada kulit dan kesihatan diorang. :)

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh Like page Radiance Signature Malaysia di Facebook :)

Rahsia Kulit Muda 1: ANTIOXIDANTS!

Monday, February 17th, 2014

Salam korang!

Ok semua orang tahu pasal antioxidant kan?

No?

Ok secara ringkas antioxidant ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dengan cara men-neutral kan semua free radical yang berlaku pada kulit berpunca daripada pancaran sinaran matahari.

Kenapa boleh rosak? Haa awat tak rajin tempek sunblock tiap-tiap hari? Cahaya matahari membekalkan sumber Vitamin D pada kulit tetapi pendedahan terlalu kerap pada cahaya matahari akan menyebabkan:

  1. Kerosakan sel-sel kulit (damage skin cells)

  2. Menyebabkan penghasilan melanin berlebih pada permukaan kulit. Kesannya akan menjadi melasma atau jeragat pada kulit.

  3. Menyebabkan kesan penuaan sebelum waktunya. Pancaran matahari adalah punca utama kedut-kedut di tepi mata atau crow’s feet.

No offense to Lauren Conrad’s fans okay. :P

Ini cuma example crow’s feet iaitu garisan-garisan halus di tepi dan sekeliling mata.

Apa punca crow’s feet?

Terlalu banyak mengerutkan mata ketika berada di bawah sinaran matahari adalah punca utama crow’s feet. 

 

Walaupun kita amalkan pemakaian sunblock tiap-tiap hari, tetapi masih ada pancaran matahari yang terkena pada kulit yang melepasi sunblock kita tu, jadi apa alternatifnya yang kita ada kalau guna sunblock pon tak jalan? ANTIOXIDANT la jawapannya *wink

Di sinilah pentingnya peranan antioxidant, iaitu untuk memperbaiki semula sel-sel kulit yang rosak.

Antioxidant jugak boleh membantu menggalakkan penghasilan collagen dalam badan, haa collagen tu kan penting untuk kulit sentiasa anjal dan lembut, bila pegang pipi pon rasa gebu je *boing boing haha*

Antioxidant ni terkandung di dalam;

1.Vitamin C

2. Madu

3. Buah-buah citrus (Lemon, oren, tomato)

 

Sifat antioxidant ialah;

1.Bila terdedah pada matahari, ia akan hilang kuasanya apabila oxidize (tidak lagi berfungsi).

2.Bila disimpan di dalam botol jernih, ia akan oxidize dan tidak lagi berfungsi.

3.Hanya boleh dipelihara jika disimpan didalam botol berwarna hitam, tetapi setelah dibuka, ia perlu diguna dan dihabiskan dengan segera jika tidak ia akan oxidize.

4. Jika memakai serum Vitamin C, ianya harus dipakai pada waktu malam, jika dipakai waktu siang, bila terdedah pada matahari proses oxidize akan berlaku dan Vitamin C tersebut hanya akan berfungsi sebagai sunblock sahaja (tidak lagi berfungsi untuk memperbaiki sel-sel kulit seperti kebiasaan antioxidant lain)

 

Haa susahkan nak jaga antioxidant ni? Tu sebab kebanyakkan serum yang mengandungi antioxidant atau Vitamin C, perlu disimpan di dalam botol berwarna hitam, kalau tidak hilanglah kuasa vitamin C tu. Lepas tu kena simpan dalam laci atau di tempat yang gelap, kalau tidak, ia boleh oxidize jugak.

 

Cara mudah untuk mendapatkan antioxidant ialah melalui pemakanan, cuma masalah yang dihadapi ialah:

1.Buah-buahan mengandungi kandungan Vitamin C tetapi ianya tidak mencukupi untuk memperbaiki sel-sel kulit. Kita perlu memakan buah-buahan dalam jumlah yang sangat banyak untuk mendapatkan khasiat Vitamin C yang mencukupi untuk kulit.

2.Pengambilan Vitamin C dalam bentuk kapsul adalah bagus untuk mendapatkan khasiat Vitamin C  tetapi ianya tidak mudah menyerap oleh organ kulit. Vitamin C dalam bentuk cecair adalah yang lebih mudah diserap kebaikkannya.

Macam korang jugak, dulu I pon buntu macamana lah nak dapatkan pastikan kulit I mendapat secukupnya bekalan antioxidant dalam badan. Bila guna skincares yang ada antioxidant, kebanyakkan antioxidant didalam skincares tu dah tidak lagi berfungsi dan tidak berkesan kerana dah oxidize oleh matahari dan udara, sewaktu proses ia disimpan di dalam gudang sebelum dijual di kedai *begitu teliti I berfikir kan haha*

Bukan apa, sebagai pembeli kita HARUS bijak. Perlu study dan melakukan homework terlebih dahulu mengenai kelebihan bahan-bahan yang terdapat di dalam penghasilan barangan kecantikan ni semua, sebab zaman sekarang ada terlalu banyak lambakan barangan kecantikan yang ada di pasaran.

Jadi bila I buat keputusan untuk minum Radiance Signature, itu adalah pelaburan I untuk masa depan kulit dan kesihatan I, sebab di dalam Radiance Signature terdapat 2 ingredients yang mengandungi sumber tinggi antioxidant iaitu;

Vitamin C dan Madu.

 

Kalau dari muda *erk umur 25 tahun tu dikira muda lagi ke? HAHA* kita dah amalkan penjagaan pemakanan atau diet yang tinggi antioxidant, kita bolehlah tanggani kesan penuaan secara natural dan tidaklah hadapi masalah wajah nampak terlalu tua dari usia sebenar *wink

 

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Radiance Signature Whitening & Glowing Series ni, boleh Like & Follow pages berikut:

Facebook: Radiance Signature Malaysia

(https://www.facebook.com/RadianceSignatureMalaysia)

Instagram: radiancesignature

 

 

 

 

 

 

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.