Entry Random dan Gambar Kami di Kelas Family Law
Hi semua!
Ok, maaf sangat-sangat sebab seminggu blog tak ber-update. Tapi best sangat I rasa, bila check Facebook, ada 4-5 orang readers suruh I update, alolo thanks korang, setia jugak korang membaca blog I yang tak seberapa ni. Terharu wei!
Minggu ni memang penat gile la I cakap, dengan midterm Mooting yang gile susah, dengan assignments lagi, dan jugak law seminar semalam. Tapi dalam penat-penat tu, sempat jugak I berdating dengan Aoki pada hari Jumaat tu, hehe, biasalah la, dah lama tak jumpa, ada la lebih kurang 4-5 minggu gitu. Gambar dengan Aoki lupa nak ambil , damn la, excited sangat la tu lama tak jumpa, sampai lupa nak ambil gambar. Ceh.
Oh oh, hari Khamis lepas I dengan An and Nina layan la tengok movie the Last Airbender, cerita tu best, tu tak boleh nafikan la, tapi adelah certain part yang buat kitorang pecah perut gelak sikit kan. Contohnye nama sorang pegawai tu Zhao, obviously tu nama Chinese kan, tapi pelakon dia pulak Hindustan, agak-agak la wei. Si Nina lagi buat lawak 20 sen kat situ, dia cakap sebab Zhao tu puak Api, so dia terus rentung sebab selalu main api, siot je, haha. Anyway, other than that, cerita tu memang berbaloi untuk ditonton.
Waktu kitorang keluar tu, kantoi la pulak dengan An and Nina yang I ni ada masalah sikit. Masalah ape? Well masalah keseimbangan badan dalam kereta, hahaha. Macam ni, waktu balik dari keluar tu, I duduk belakang sorang-sorang, Nina pulak duduk kat passenger seat sebelah An la kan. Sebab kitorang waktu tu dah nak ke kelas Family Law, jadi I pun keluarkan la powder muka I, then touch-ups sikit muka I, biasalah perempuan.
Then entah macamane, I tak perasan si An ni nak buat turn waktu tu, memang nahas la, I yang langsung tak pay attention kat benda lain waktu tu, dah tergolek golek kat belakang tu sorang-sorang, grr.
Si Nina dah mengilai-ngilai dah ketawa, ye lah, ape tak nye, bila Nina pandang belakang je, kaki I dah kat atas, kepala I dengan badan I dah terhumban kat bawah seat. Memang jadi bahan ketawa la I hari tu, haha. Tapi I memang kot, dalam kereta parents I pun I selalu tergolek jatuh sebab I selalu lupa nak pakai seat belt kat belakang tu, teheeeee. Ok lepas ni memang I takkan lupa nak pakai seat belt dah, malu wei, sampai jatuh dasyat macam tu kat kereta kawan I. (>___<)
I dan masalah keseimbangan badan I, memang pelik, kalau I pakai high heels 5, 6 inci selamba je tak jatuh, tapi dalam kereta boleh pulak jatuh tergolek macam tu.
———————————————————————————————————————-
Anyway, hari ni I nak post gambar-gambar I dengan kawan-kawan baik I kat kelas. Thanks May, for the lovely pictures, best la orang ambilkan gambar, kalau sendiri ambil confirm cuma muat 4 orang je dalam satu picture, haha, ni ramai-ramai barulah meriah, ye tak?
Gambar ni memang betul-betul candid ok, si May ni la, tiba-tiba snap picture kitorang dari belakang, sebab kitorang yang paling kecoh dalam kelas waktu tu, sibuk sangat bergambar waktu lecturer untuk tutorial Family Law datang lambat., haha
Kitorang ape lagi, selepas menyedari ada photographer berbakat yang nak ambil gambar kitorang, kitorang pun buli May ni suruh dia ambil banyak-banyak lagi gambar kitorang, lol just kidding!
Kenalkan, ni la kawan-kawan baik I merangkul kawan-kawan setia yang bersusah payah membuat assignment dengan I, haha. Dari depan, Nina, Dharshini, dan Sharmini. Belakang pulak, yang bertudung manis tu Wani, then kepala teleng kena tinju tu I la, dan leader assignment group kitorang, Raihan (An).

I dengan Wani. Tu Wani cover mata dia, kata si May dia tengah mengantuk waktu ni, ececeh Wani, hang posing je kan, ngaku je la, Wani! *tiba-tiba* hahaha. ![]()

Merekalah watak-watak utama dalam kehidupan kampus I di MMU ni, Nina, An dan Wani! Sayang korang! <3

p/s: Mana-mana readers yang add I di Facebook, tolong cakap korang dari blog ye, sebab kalau tak I lambat approve. Sorry.
Go to the main page
Categories: College Life, My Experiences, Yours Truly



mknace
^_^ last airbender.. kena nengok jugak ni mknace(Quote)
Dalee
Hehehheh oooo… main2 eh letc tak datang lagi…happy kan live student.. tapi xsuka time exam…
take care dear,
Dalee~~ Dalee(Quote)
~Reena~
Alahaiii halus mulusnya your skin! ~Reena~(Quote)
dark_half
foto yg sungguh cantik n sharp
Entry terbaru grafik novel aku ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa? Bangang? dark_half(Quote)
Rara
cantiknya kulit u T_____T jeles gila i Rara(Quote)
sofia
love your skin and your eye makeup
sofia(Quote)
shima
so fabolous ar u.cantek! shima(Quote)
ery farieha
hey dat is nina
i kenal dia
waaaa ery farieha(Quote)
shada
suke bce cte2 u……..
now..ap u pny FB ye?? shada(Quote)
The Author
Hi visitors! I'm Lilianna Mardiana and welcome to my page. Do drop some comments and link whenever you're around. Want to know more about me? Click About Me.
Browse nicely ya'all, no ripping or mean words are allowed here. :)
Current Visitors
I ♥ My Followers
Vlog dan Video Tutorial.
Entri Tips Kecantikan dan Rambut.
1. Video Solekan Smokey Eyes
2. Mascara Kegemaran I
3. Scrubs Muka Kegunaan I
4. Peeling Mask Kegunaan I
5.Solekan Siang yang Natural
6. Soalan Jawab Perihal Rambut
7. Curl Rambut Menggunakan Flat Iron
8.Cara Memakai Eyeliner
9.Makeup Ketika Cuaca Panas
10.Tips Rambut Lebih Ber-Volume (Tebal)
11. Pemilihan Shampoo yang Sesuai
Entries yang Fofular Kononnye. :P
1. Memories Part-1
2. Memories Part-2
3.Kisah di Tandas McD
Recent Posts
Saya Suka Bebel Mengenai…..
Have A Look Around
Bestie
Blog Top Referrals. Thank You! :D
Bloggers-1 :)
Must Read Everyday
My HighSchool Buddies
The Girls
The Guys