Exam sudah habis dan random update

by on October 1st, 2012
13 CommentsComments


Assalamualaikum semua!

Gambar sebelum exam memang gelak sengih sakan :P

Sekali lagi senyap tanpa berita di blog, tibe-tibe muncuk kembali dengan tajuk exam sudah habis haha, tang masa bila I exam pun I tak update kat blog kan? Yup it’s true, sabtu lepas I baru je habis paper terakhir I untuk semester ni, which is paper Professional Practise 1, haish boleh tahan la soalan dia ingatkan senang je paper tu (T_T)

Gambar ni waktu mooting untuk kelas Criminal Procedures 1. Seronok waktu di moot court time tu sebab lecturer kitorang Mr.Hafiz tu memang sempoi habis rasa nak tergelak je waktu kat dalam tu haha. Yang tak berapa nak seronoknye waktu nak prepare bundle of argument tu, grr.

Bagi yang baru membaca blog ni, kenalkan ni lah Wani; kawan baik yang merangkap partner menangis, bergusti, tension dan gelak ketawa I bila buat assignments haha. 

Wani bersama dengan Pei Hua, pihak lawan team kitorang.

Terlebih dahulu I nak mohon maaf ye kepada yang menunggu I update blog ni, sebab memang dah lama I menyepi tak update, lepas raya rasanya macam hidup I kelam kabut sangat sebab sibuk dengan assignments dan preparation untuk final exam. Alhamdulillah sekarang semua dah selesai, I pon dah selamat balik ke JB untuk enjoy holiday I ni.

Dan insyallah ade beberapa reviews dan entries tips kecantikan yang akan menyusul tak lama lagi, harap-harap I akan terus merajinkan diri untuk update blog waktu-waktu cuti ni ye, lol. :D

 


 

 

p/s: Oh oh sebelum I terlupa, I dah dapat 2 ekor ahli keluarga baru untuk bulan ni, haha I sebut “ekor” pasal mereka ialah 2 ekor kucing. Seekor tu anak kucing hitam yg mami I jumpe dalam tong sampah ntah manusia bijak bestari manalah yang sanggup pegi buang anak kucing tu dalam tong sampah, ish. Dan seekor lagi anak kucing warna putih yang I jumpe di apartment I, ntah macamanalah anak kucing kecik tu boleh sesat sampai ke tingkat 14. Nanti I update la pasal mereka berdua di entry lain ye. :)


Go to the main page

Categories: College Life, My Experiences, Semester Break, Stress Get The Best Of Me, Yours Truly

Comments

Feed
Trackback URL

Leave Comment

Commenting Options

Alternatively, you can create an avatar that will appear whenever you leave a comment on a Gravatar-enabled blog.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.