Full Review: Radiance Signature Whitening & Glowing Series Collagen

by on January 21st, 2014
17 CommentsComments


Salam korang!

Ok macam yg I janjikan, I nak buat full review mengenai collagen kecantikan yang I ambil iaitu Radiance Signature Whitening & Glowing Series ni. Biasalah kan, rata-rata orang perempuan sekarang memang ramai yang consume collagen kan, jadi I pon tak terkecuali.

Pada awal-awal dulu, I memang tak consume apa-apa jenis collagen, sebab apa? Sebab I ni seorang yang skeptical. Bagi pembaca-pembaca setia blog ni, korang semua mesti tau kan, mana pernah I kongsikan apa-apa minuman collagen yang I guna? Sebabnya I memang tak pernah ambil sebarang bentuk collagen kecantikan.

Lagipun kita sebagai pembeli pon confuse nak beli collagen kecantikan yang mana, dengan lambakan pelbagai jenis collagen yang dijual di market sekarang ni kan? Yang mana yang berkesan? Yang mana yang auta dan gimik semata-mata?

Lepas tu I mula research mengenai pengambilan supplement kulit atau collagen, sebab rata-rata sekarang semua orang obsessed dengan minuman dan pil collagen. Tapi soalnya yang mana satu berkesan untuk kulit I dan selamat untuk I ambil? Rasa macam umur dah semakin meningkat, kena la ambil nutrients tambahan untuk kecantikan dan kesihatan badan kan.

Sehingga lah I diperkenalkan dengan collagen Radiance Signature Whitening & Glowing Series oleh pengasas collagen ni sendiri, Ilyana Zainodin.

Pada awal mereka approach I, ialah untuk cuba beberapa samples collagen ni dan selepas tu, I order 1 kotak dah consume collagen ni tiap-tiap hari. Alhamdulillah, collagen pertama yang I cuba ni rupanya berkesan dan serasi dengan badan I. ^__^

Disebabkan I sendiri nak uji collagen ni ok ke tak, so I stop pakai cream malam I *sebab kebetulan cream malam I masa tu dah nak habis haha* dan I cuma guna oil removing make-up, pencuci muka dan lotion pelembap muka dan minum collagen Radiance Signature tu mengikut aturan yang disarankan.

Selepas 10 hari consume collagen Radiance Signature.

Kulit dah nampak glowing dan cerah berseri. ^_^

 

Selepas 40 hari consume collagen Radiance Signature.

Time ni dah confident la bergambar tanpa make-up kan haha :P

 

Ini kronologi I minum collagen Radiance Signature ni:

Hari Pertama: Badan I sengal-sengal lenguh sebab seharian penat di firm, jadi malam tu sebelum tidur I minum 1 sachet collagen ni sebelum tidur. Malam tu I tidur 4 jam, korang 2 jam dari kebiasaan waktu tidur I.

Keesokannya bangun, badan I memang tak rasa sengal-sengal atau lesu langsung. Padahal semalam I mengadap komputer lama sangat sebelum tidur, sebab nak siapkan research.

First impression I bila minum collagen Radiance Signature ni kan “NAK AMBIL SATU LAGI BOLEH TAK?” Hahaha serious sedap wei. Rasa manis-manis buah, macam rasa madu dan kurma. Langsung takde bau hanyir atau bau pelik-pelik yang meloyakan tekak.

 

Hari Ke-4: Sebelum pergi kerja, Mami I tanya; “Tukar skincares baru ke? Bila beli?” I jawab la tak. Rupanya dia sangka I ade tukar routines baru sebab kulit I nampak cerah dari kebiasaan. Ok time ni hati-hati dah berbunga dah. Terus bersemangat nak minum lagi collagen malam tu.

 

Hari Ke-8: Mami mintak nak minum jugak collagen Radiance Signature tu. Haaaa Mami I kan memang gitu, ape anak dia ambil semua dia nak try jugak, hehe, I pon bagi lah. I tanya Mami nape tiba-tiba nak minum collagen yang I try ni, dia cakap; Sebab nampak kulit Nana semakin cerah, selalu tu tengok takdelah berseri mana, tapi sekarang baru berseri”. Ok. Sentap. Gua. Dengan. Ayat. Mak. Gua. Hahahahha. Fine Mami, fineeeeeee. :P

Hari Ke-13: Ada beberapa staff kat ofis tanya dekat kawan I yang kerja di ofis tu jugak, apa skincares yang I guna. Kawan I pon pelik, dah dekat 4 bulan lebih I kerja situ, kenapa baru sekarang diorang tanya apa skincares yang I pakai. Lepas tu staff tu bagitau kawan I, nampak kulit I lain, makin cerah je sekarang, tu diorang syak I guna jenama skincares yang mahal sekarang.

Lepas je kawan I bagitau I tu, terus bercita-cita gaji bulan ni nak beli sekotak collagen Radiance Signature, walaupun stok yang ada belum habis, haha nampak tak ketamakan I di situ? Hahaha :P

 

Hari Ke-17: I dah lama tak timbang berat, risau pulak, sebab I memang kuat makan sekarang ni, sejak bekerja nafsu makan boleh tahan. Waktu tu nak timbang tu, rasa cuak sangat, sebab 2 bulan sebelumnya, I timbang berat I dah 47.3 kg, takut sangat kali ni naik 3-4 kg pulak. Last-last sengih sendiri, sebab berat I dah turun sikit jadi 46kg. Pelik jugak, makan takde kawal pon, tapi macamana boleh turun. Lepas tu baru teringat yang Radiance Signature collagen jugak membantu untuk mencapai berat badan ideal dan tingkatkan metabolisme. Heee I loikeee, bab ni I memang suke, haha! ^_^

Hari ke-19: Tunang I dah mula puji dan tegur kulit I. Dia kata dia suke tengok kulit I sekarang, nampak berseri dan bersinar je kat pipi. Hehe dia tak tau ayat “glowing”, comel je guna literal interpretation “bersinar”. :P

 

Hari ke-25: I pergi ke spa atas invitation dari pihak spa tersebut. Yang I nak highlight-kan kat sini ialah bila tiba waktu untuk facial muka, Spa Therapist tu puji kulit I bersih dan pori-pori kecil, tak perlu pon nak jalani extraction atau pembuang blackhead dan whiteheads, sebab kulit I takde masalah tu semua. Alhamdulillah, rasa gembira sangat masa tu,. :)

 

Hari ke-32: Ada signing agreement di ofis dengan husband and wife ni, diorang clients dari Singapura. Tengah sibuk berborak-borak dengan client tu, wife dia mencelah; “How long have you been using SK-II ? I’ve only started for 2 months”

Segan tak ingat la waktu tu, terus lupa apa yang tengah explain kat husband client tu tadi, haha. I jawab la yang I tak guna produk tu. Terus wife client tu buat muka pelik, dia cakap dia nampak kulit I macam kulit kawan-kawan dia yang guna produk tu.

I tak tau la wife client tu nak merobek hati I dengan kata-kata pujian beliau semata-mata nak ambil hati I ke ape ke, haha tapi yang pastinya balik je dari ofis petang tu, I terus berazam kalau ade rezeki lebih nanti, nak ambil 2 sachets collagen Radiance Signature sehari ye, tuan-tuan dan puan-puan. Hahahaha.

Hari ke-38: I dengan tunang I pergi ke Johor Premium Outlets (JPO), biasalah nak survey barang-barang untuk tangkapan hari tu. I masuk la ke butik Charles & Keith, ade 3 orang sales person wanita kat situ tengah borak-borak. Diorang layan la I, sambil-sambil I try 3-4 pasang high heels kat situ.

Tengah I sibuk nak membayar kat cashier, sorang daripada sales person tu tanya; “Miss sibuk tak? Nak tanya sikit boleh?” Kebetulan memang lepas beli kasut-kasut kat situ, memang I dah takde plan pegi mana-mana. So I jawablah tak sibuk pon.

Terus sales person 3 orang tu ajak I duduk berborak kat situ. Ingatkan diorang nak tanya ape, rupanya tanya I guna skincares ape. I pon story la yang I cuma guna pencuci muka dengan lotion pelembap kulit je sekarang, terus diorang pelik sebab diorang cakap kulit I cerah glowing dan langsung tak nampak pori-pori terbuka. Dalam hati terus rasa bersyukur sangat.

I pon share la dengan salesperson tu mengenai Radiance Signature collagen yang I guna ni, terus diorang cakap; “Dah agak dah, miss mesti ambil supplement kulit! Nak beli mana tu miss?” I pon bagi email I pada diorang, kot-kot diorang nak try cuba collagen tu nanti.

Diorang pon borak la dengan I dan kongsikan masalah kulit diorang, sambil tu diorang pelik kenapa muka I tak nampak lesu atau penat padahal waktu tu pukul 9:00 malam dan I baru balik penat-penat dari ofis, boleh pulak gigih pegi berjalan ke JPO.

Haa gitu la story nya, last-last tunang I whatsapp I, tanya apesal lama sangat I duduk dalam butik tu, hahaha serious I lupa sangat-sangat dia tengah tunggu I waktu tu. :P

Alhamdulillah, kulit I memang serasi sesangat dengan collagen Radiance Signature ni, sampai I terus berkeinginan untuk jual produk ni kepada family, member-member dan sesiapa yang berminat untuk cuba dan consume collagen berkualiti ni.

Jadi sekarang I cuma maintainkan kulit I dengan simple routines je, oil make-up remover, cleanser dengan lotion pelembap dan collagen Radiance Signature. Jimat pon jimat, tak perlu habis beratus-ratus ringgit tiap-tiap bulan untuk beli skincares high-ends tu semua.

Ini memang pendapat ikhlas dari I mengenai collagen Radiance Signature ni. Dan sehingga ke hari ni, dah hampir 3 bulan I minum collagen ni, memang I berpuas hati sangat-sangat dengan keberkesanan collagen ni.

 

Sekarang I nak tunjukkan macamana cara untuk minum collagen berkualiti ni:

Mula-mula koyakkan sachet

 

Kemudian sedut je collagen Radiance Signature ni, haa senang kan?

Tak perlu bancuh apa.

 

Serious simple dan mudah kan? Kadang-kadang bila ada malam yang I terlupa nak minum collagen kan,I simpan je dalam handbag lepas tu bila sampai ofis, I minum 1 sachet sebelum ambil breakfast. Tak payah nak bancuh dengan air ape semua, minum straight je dari sachet tu.

Bagi korang-korang yang nak ketahui lebih lanjut mengenai produk Radiance Signature Whitening & Glowing Series ni, boleh Like & Follow pages berikut:

Facebook: Radiance Signature Malaysia

                      (https://www.facebook.com/RadianceSignatureMalaysia)

Instagram: radiancesignature

 

Kat sini ada banyak informations lebih lanjut mengenai collagen Radiance Signature dan banyak sangat testimoni-testimoni dari ramai pengguna-pengguna collagen tersebut. Nanti korang boleh la check it out, ok! ;)

 

 

 

 

 

 


Go to the main page

Categories: Yours Truly

Comments

Feed
Trackback URL

Leave Comment

Commenting Options

Alternatively, you can create an avatar that will appear whenever you leave a comment on a Gravatar-enabled blog.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.