Hairspray Review and tips to get more volume

by on May 19th, 2010
29 CommentsComments


 

Rasa macam dah lama sangat tak buat apa2 entry pasal rambut kan? Yelah, mungkin sebab time exam hari tu rambut I gile bersepah, jadi macam takde mood nak story pasal rambut kalau rambut sendiri pun dah tak serupa rambut manusia, haha. :P

Tapi sebelum exam hari tu, I ade purchased some hair products yang I nak buat review dia di sini. Tapi untuk entry kali ni, I update pasal TIGI Bed Head Superstar Volumizing Leave-in-Conditioner dulu. Hairspray ni I beli ni di Sasa. Harga dia RM80.75, bagi I harga dia agak mahal untuk hairspray, tapi sebab semua product TIGI memang average price dia rm80 ke atas, so normal la kot bagi pengemar barangan Bed Head ni.

Hairspray ni menjanjikan penambahan volume untuk rambut (tu la sebab utama I beli dia pun, haha) dan dia berfungsi sebagai leave-in conditioner, jadi product ni perlu di pakai akhir sekali, lepas rambut korang dah habis styling semua, spray kan hairspray ni, and you’re good to go.

Lepas I cuba haispray ni selama 3 minggu, hasil volume dia memang nampak ketara dan yang paling bagus sekali, rambut hitam I nampak bersinar-sinar dan wangi sangat bila pakai spray ni, jadi tu yang buat I lebih suka spray ni. Sebab bila I curl kan rambut, kadang rambut tu lepas shampoo, memang dia tak bersinar la, tapi lepas pakai spray ni, lebih kurang 30 minit macam tu, rambut jadi bersinar semula.

Bau spray ni pun sangat2 wangi, so for those yang suka wangi-wangi pada product rambut, boleh l cuba hairspray ni, tapi bagi yang tak suka bau-bauan ni, janganlah beli, sebab product ni memang buat rambut korang jadi terlebih wangi, macam bau-bau cherry gitu.

——————————————————————————————————————————

Sekarang I nak beri tips cara untuk mendapatkan volume yang maximum untuk rambut korang, bila menggunakan hairspray TIGI ni. Ini basically cara I la ketika pakai volumizing spray ni, I bukan professional ok, tapi cara ni memang nampak berkesanlah untuk rambut I, dan berkesan jugak untuk korang yang berambut agak nipis atau sederhana tebal. So cara I  pakai apa-apa jenis volumizing spray atau mousse yang berfungsi untuk menambahkan volume ni ialah:

1. I  flip kan rambut I ke bawah. Flip kan macam gambar bawah ni.

credit picture

2. Kemudian spray kan hairspray tu  atas roots rambut, sebab dari roots atau akar rambut tu la volume tu akan naik.

3. Jangan spray terlampau banyak sangat, sebab dari pengalaman I, kalau spray banyak sangat nanti hasilnya rambut korang akan jadi leper dan susah untuk tambah volume, ni semua gara-gara terlampau banyak sangat product atas rambut tu la. Agak-agak je la bila spray tu, lagipun spray ni agak mahal, haha,jadi jangan la membazir ye. :P

4. Kemudian, bagi yang nak lebih umph pada volume rambut tu, gunakan hair diffuser ataupun hairdryer biasa dan keringkan rambut tu. Pastikan hairdryer tu dalam cool settings ataupun medium heat, dan keringkan rambut yang tadi dah di spray dengan hairspray tu. Ketika keringkan tu, tumpukan hairdryer tu lebih kepada roots rambut, sebab bahagian tu kalau dia masih lembap, nanti rambut takkan ber-volume sebanyak hasil yang product tu mampu berikan.

credit picture

5. Akhir sekali, flip semula rambut semula, hilangkan sekejap pening2 lalat waktu tertonggengkan kepala ke bawah tu, haha, dan rapikan rambut dengan tangan. Kalau korang luruskan rambut dan guna teknik  tadi untuk tambah volume pada rambut, korang boleh la gunakan sikat untuk rapikan rambut. Tapi kalau korang curl kan rambut korang, jangan guna sikat, tapi gunakan tangan untuk kemaskan rambut tu.

6. Dah siap! Tapi, kalau agak-agak korang nak keluar lebih dari 8 jam, rambut korang akan leper semula dek tarikan graviti dan cuaca panas semua, jadi alternatif untuk kekalkan volume rambut ni, korang bolehlah gunakan medium hold or strong hold hairspray secara SEDERHANA ok, dan spray atas rambut korang.

Tapi I memang tak suka sangat hasil rambut dari hold hairspray ni, entahlah, nanti rambut nampak kejung dan keras semacam jek. Mungkin sebab I selalu over-do rambut I bila pakai hold hairspray ni kot, hehe. :P


Go to the main page

Categories: Beauty Tips, My Experiences, Yours Truly

Comments

Feed
Trackback URL
  • mahal jugak eh hairspray neyh..(tgh berpikir cara nak pow my dad..heheh)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @Re3n, Hehe, agak mahal la, botol dia pun tak besar mana. Pow pow, jgn tak pow :P

    ReplyReply
  • best tips ni. tp rambut i senang gugur la..:(

    ReplyReply
  • perghh gila rajin u babe siap flip ngan hairdryer semua..
    salute habis ni! boleh jadi pendandan I ni di waktu kahwin..
    I ni pemalas nak mampus..I just amik mouse then spray atas tangan gosok antara kedua tapak tangan then bahagikan rambut 2 side je lepas tu pump je..siap!!! ahahhahaha!
    gila pemalas kan??

    ReplyReply

  • johnlabu

    hehehehe… :)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @Ijan, Oh, kalau rambut u mudah gugur, jangan selalu guna hairdryer tau. :)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @Ainee Cumi, Hahaha, boleh boleh, tapi kena jemput I la time u kawin nanti, hehe.

    Ala babe, I pun cuma buat ni kalau I rajin, haha, kalau malas,I ikat sanggul jek rambut I ni, hehe ;)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @johnlabu, Hehehe jugak! :P

    ReplyReply

  • vida

    kak liana..buat la entry ttg cara nk pakai eyeshdow n eyeliner…:)

    ReplyReply

  • anne

    haha. i pun malas cm u jugak. sejak adik i ajar cmne nak sanggul rambut, tu jek lah fesyen rambut i. now, perlu lah i blaja style ni pulak kan.. hehe

    ReplyReply
  • i kalau bab rambut mmg hancur. haha. malas nak jaga. selalu keluar pun ikat saja. rambut pun mudah gugur la yana. entah la. ikut hati, rasa mcm nak potong pendek je. tp macam sayang la plak. hadoi.

    apa maksud tambahg volume pada rambut ye? i tak berapa paham la. explain boleh?

    ReplyReply

  • Mommy D

    Liliana (nama yg comel sangat), boleh bagi tips untuk rambut yang selalu gugur? Dulu pakai Redken punya product, sama je ni.

    ReplyReply
  • wah sangat bagus tips nya ….

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @vida, Ok, ok, insyallah nanti sis buat ye ;)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @anne, Hahaha, kan! Nak, nak musim panas ni, memang tak kuasa la nak style2 kan sgt, senang sanggul jek :D

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @Nurul, Kalau nurul dah rasa susah nak jaga, lebih baik potong saje, sebab rambut pendek paras bahu pun memang lebih mudah jage and nampak style sgt.

    I pon nak rambut pendek, cuma my mum tak kasi potong, hehe.

    oh, tambah volume tu nak bagi rambut nampak lebih lebat dan banyak la. kalau takde volume, nanti rambut nampak leper dan tak cantik. :)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @Mommy D, Heheh, thnks mommy D, ok ok, insyallah nanti I buat. :)

    Kadang2 shampoo Redken or apa2 shampoo brand ni mungkin terlalu kuat untuk rambut orang Asia, jadi cuba la pakai shampoo herbal atau shampoo yang free-chemical. :)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @Moon, Thanks Moon! :)

    ReplyReply
  • rambut u sgt cantik dear!
    rambut i selalu luruh
    dh mcm kne leukimia je @___@

    ReplyReply
  • lelaki pun boleh ker? huhu

    ReplyReply
  • hii

    nice hair..i like that!

    ReplyReply
  • you taknak buat video hair tutorial ke? then upload kat youtube then publish kat sini? i would like to see it if you could make one. heh ;0

    ReplyReply

  • Amy

    rambut u sgt cantik dear!
    rambut i selalu luruh
    dh mcm kne leukimia je @___@

    ReplyReply

  • miz neyney

    hye babe..

    kat mane u beli hair spray ni..
    i nak cari gak lah.. =)

    ReplyReply
  • Awak ni cantik sangat~ muka segar aje, ada tips nak buat wajah segar bersih bercahaya sentiasa tak?hehe

    ReplyReply

  • fieka

    aiyy :) ad suggestion pape product leave on conditioner yg wangi2 x?

    ReplyReply
  • brand tigi bed head mmg bagus.. tp mmg agak mahal la =_=

    ReplyReply
  • dear…i suke tgk blog u..
    dear..if rmbut i jenis kering..boleh ke gune this hairspray yunk

    ReplyReply

  • aqil

    hye liliana..i nk tnye ape different this produk dgn osis it dust? mcm same je..

    ReplyReply

Leave Comment

Commenting Options

Alternatively, you can create an avatar that will appear whenever you leave a comment on a Gravatar-enabled blog.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.