Holy Grail Product: Favorite Scrub Saya!

by on January 28th, 2011
38 CommentsComments


Hi korang!!

Ok penipu la I ni kan, gedik pulak time nak dekat exam ni pegi rajin update blog. Selalu tu seminggu sekali pun liat sangat nak update. Bluwekk bluwekk! Bukan apa sebab I rasa bersalah kot ramai yang tanya pasal barangan apa yang I pakai semua, dan I baru teringat yang I dah lama tak share skincare product yang I pakai di blog ni. Sooooo sorry guys! Jadi hari ni I nak buat entry khas untuk scrub muka favorite I, ada 2 scrub muka sebenarnya tapi yang ini la scrub kesukaan dan kesayangan I.

 

Disclaimer: I sama sekali tidak dibayar untuk promote product ni dan review ini dibuat semata-mata untuk berkongsi dengan pembaca blog ni apa product skincare yang I amalkan sekarang, dan ini adalah salah satu product yang memang I gunakan. Apa saja product yang di review adalah product yang serasi dengan kulit I, despites the prices and branding, this is what I used to maintain my OWN skin, so it is my choice to used it. I only talks about it but the choice whether to use it or not is up to you guys. Okay? :)

Ini dia, tadaaaaa! Scrub muka Origins Never A Dull Moment.

 

(kenapa kalau gambar muka I tak bermekap je, pakaian uniform I mesti baju kelawar?

Lol, tolong la abaikan)

Jadi I dah cuba banyak scrub, yang murah, yang mahal, yang gila tak berbaloi nak beli sebab harga mahal gila tapi tak bagus mana, haha so yeah agak banyak yang I dah cuba. Tapi scrub Origins ni memang betul-betul menambat hati I, dan sudah menjadi pendamping setia I selama 2 bulan dah. (^____^) Dan I anggap scrub ni Holy Grail product I sebab memang kulit I nampak makin improve sejak I pakai scrub ni.

Harga dia agak pricey untuk scrub la, tu I tak boleh nafikan, RM 105 kalau I tak silap, serious I tak ingat exact price dia, sorry! Tapi macam yang I cakap, I dah pakai 2 bulan benda ni, tapi sampai sekarang baru  suku je product ni yang berkurangan. So maknanye benda ni memang investment yang berbaloi bagi I, sebab boleh pakai jimat-jimat untuk diri sendiri kan? I rasa scrub ni boleh bertahan 4-5 bulan kalau di pakai seminggu sekali.

So apakah janji product ni?

credit picture to Skinstep.com

When top layers of cells are evenly aligned, skin reflects light, shows a youthful glow. But over time, cells become sluggish and ragged. Light scatters. The result is strictly dullsville. Finely ground Apricot and Mango seeds plus nature’s potent extract from Papaya, dissolves lackluster skin cells and gobbles them up with no irritating friction and polishes skin to perfection. Skin beams with youthful exuberance. Looks radiant, innocent, untarnished by time or the elements.

credit product description to Origins.com

Ok kenapa I suka scrub ni?

-Scrub ni memang soft dan tak buat kulit rasa kering macam scrub biasa yang kita pakai.

-Lepas pakai scrub ni, guaranteed, GUARANTEED OK, kulit muka akan berkilat-kilat. (Haa that pretty much explain the reason why my forehead is always that shiny in most of my pictures, haha, ni la dia faktor penyumbang kepada kekilatan di dahi I tu, dah macam torchlight dah dahi I, lol.)

-Scrub ni memang cukup lembut untuk di pakai tiap-tiap hari tapi sebab harganya tu, erk, sayang la kan nak pakai hari-hari, unless korang berduit, hari-hari la polish muka pakai scrub ni, takde sapa nak larang wei.

-Scrub ni boleh memudarkan parut jerawat, ni yang I dapat lihat la, sebab I ada 2 parut jerawat degil yang makin hari makin pudar lepas I pakai scrub ni dan sekarang parut tu pun dah hilang dah.

-Scrub ni bukan untuk memutihkan kulit, tapi kulit akan nampak berseri-seri lepas pakai. I memang suka la product macam tu, sebab I nak kulit sederhana tan, jadi bila ada product yang I pakai tu ada kesan pemutihan, memang susah la sebab dah berlawanan dengan kehendak I, tak gitu? Lol.

-Boleh menghilangkan blackhead  dan whitehead di pipi dah di dahi I, sebab kat situ area yang susah nak buang blackhead dengan whitehead kan, jadi bila di amalkan selalu, I nampak yang blackhead semua tu makin berkurangan.

-Scrub ni lembut tapi sangat effective untuk menanggalkan kulit mati, kalau kulit I kering dan mengelupas waktu cuaca panas, I pakai scrub ni dan semua kulit kering tu akan hilang.

-Scrub ni memang kawan baik foundation I la. Sebab sejak pakai scrub ni, I dah tak perlukan primer makeup untuk licinkan kulit untuk bersolek sebabnya lepas I pakai scrub ni, kulit I dah cukup licin dan lembut untuk persediaan solek-menyolek ni.

 

So berapa bintang I rate scrub ni? 5/5 STAR bebeh!

p/s: I pernah cakap di entry sebelum ni yang I tak akan bagitau serentak apa yang I pakai semua, tapi I akan buat satu per satu entry untuk products yang I guna, jadi ini entry lama yang I cakap pasal peeling mask kesukaan I. :) Sorry okay guys! Biasalah blogger nak cari makan, teheeeeee~


Go to the main page

Categories: Beauty Tips, My Experiences, Review, Yours Truly

Comments

Feed
Trackback URL

Leave Comment

Commenting Options

Alternatively, you can create an avatar that will appear whenever you leave a comment on a Gravatar-enabled blog.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.