Jenis-jenis Face Powder & Tips Pemakaiannya (Part 1)

by on February 13th, 2013
18 CommentsComments


Assalamualaikum korang,

Sebab dah lama sangat-sangat tak buat beauty entry kat blog ni kan, so hari ni I nak buat entry mengenai face powder. Dah lama actually I nak buat entry ni tapi tu lah asyik terlupa je, kalau tak lupa waktu tu mungkin sibuk dan takde masa nak update blog ish ish.

So going back to the topic of this entry; pernah tak korang tengok seseorang yang kulit wajahnya kelihatan seperti ‘terlalu’ bersolek dan cakey dengan pemakaian bedak yang kelihatan tebal? I pernah tengok and yeah that look ain’t pretty at all. But to be honest I pon pernah jadi mangsa pemakaian bedak  yang sebegitu and I’ve learnt from that mistakes *malu wei*. Jadi khas untuk entry ni, I akan berkongsi sedikit pengetahuan I mengenai jenis-jenis bedak dan kesesuaian setiap jenis bedak tu dengan jenis kulit, keperluan kulit dan teknik basic untuk memakai bedak.

credit picture: Google search (hooray to Google haha)

 Yes, I love you Katy Perry!

But this ughh this is an excellent example of cakey face.

Kulit wajah yang terlalu banyak bedak, it looks lifeless, it doesn’t look flawless or glowing at all.

So generally kenapa kita menggunakan face powder atau bedak muka ni?

1. Untuk kawal kulit berminyak.

2. Untuk cover sebarang cela dan kekurangan di kulit wajah.

3. Untuk memberi ‘stay power’ kepada foundation muka atau BB cream yang telah di pakai. (yelah dah susah payah kita dok tempek BB cream bagai sebab teringin nak kulit flawless ala-ala artis Kpop tapi kalau kita pakai BB cream je tapi tak pakai powder, dengan cuaca kat Malaysia ni confirm 3-4 jam kemudiannya muka macam lilin cair hehe)

4. Untuk melindungi kulit dari sinaran UV matahari (bagi powder yang ade pelindungan SPF15 ke atas)

5. Untuk melindungi kulit dari sebarang habuk dan kotoran.

 

Tak semua orang menggunakan bedak untuk mendapatkan kelima-lima kebaikan di atas tapi more or less, some of us do need it for all of the purposes. Macam I, kalau I gunakan bedak ianya hanyalah untuk sebab no.1 dan no.3. So it depends, each face powders serve for different needs and purposes.

 

Untuk entry kali ni I akan buat mengenai 2 jenis face powder iaitu;

Type 1: 2 Way Cake Powder

Coverage: Medium Coverage to Full Coverage (bergantung pada teknik pemakaian bedak tersebut)

Skin types: Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali extremely dry skin or flaky skin.

Versatility: Bedak ni boleh digunakan on its own, tidak perlu gunakan foundation.

 

Rasanya kalau nak cepat bersiap setiap hari ke mana-mana, jalan paling mudah ialah menggunakan 2 way cake powder. So powder jenis ni memang coverage dia tip top, boleh digunakan untuk mendapatkan full coverage atau medium coverage, kalau ade parut-parut jerawat yang nak disamarkan, kita memang akan cari bedak asas yang full coverage. Boleh jimat duit sikit sebab tak perlu beli foundation yang berasingan, guna powder je pon dah perfecto.

 

 Dalam pic ni I guna ZA two way cake powder bersama technique wet sponge.

Problem dengan powder jenis ini ialah:

1.Ia tidak sesuai dipakai di atas  foundation, ia perlu dipakai on its own, kalau digunakan selepas pakai foundation, CONFIRM muka akan nampak cakey, makeup kelihatan tersangat tebal dan kulit langsung tak kelihatan natural. Boleh lah guna atas foundation kalau foundation tu jenis sheer coverage, jadi bedak two way cake ni akan tambahkan coverage yang kulit bermasalah perlukan. Cuma elakkan guna foundation medium to full coverage dengan two way cake, haa karang tak pasal-pasal muka nampak macam pakai bedak tebal berinci-inci.

 

2. Tidak berapa sesuai untuk mereka yang berkulit kering. Sebab two way cake powder ialah powder semata-mata, jadi bagi yang berkulit kering sama ada korang menggunakan teknik ‘wet sponge’ atau ‘dry sponge’ untuk applikasi powder jenis ni, kulit korang akan kelihatan semakin kering dan nampak semua sel-sel mati halus yang menggelupas kat kulit tu. So bagi yang berkulit kering, this powder is not suitable for you if you have a dry flaky skin. Kulit berminyak akan dapat paling banyak benefit dengan powder ni sebab bergantung pada formula powder tersebut, ade sesetengah powder boleh control muka dari minyak berlebihan.

 

3.Hasil kemasan dari 2 way cake powder mungkin akan kelihatan cakey jika digunakan terlalu banyak. Jadi bila guna powder jenis ni kena ingat; ‘less is more’.

 

4. Elakkan touch-up selepas korang gunakan two way cake. Biasalah bagi otai-otai yang dah biasa ber-makeup sekalian, bila kita dah bersolek 3-4 jam kemudiannya mesti kita nak touch-up punya. Tetapi bila dah guna two way cake ni, elakkan touch up dengan menempek lebih banyak bedak di atas permukaan kulit sebab nanti hasilnya kulit akan kelihatan cakey dan serious nampak solekan kulit tu tebal.

 

5. Bagi powder two way cake yang ade SPF15 keatas di dalam powder tu, memang tak best sangat guna powder tu sebab nanti bila snap photo menggunakan flash photography, ughh muka nampak putih melepak confirm orang confuse tu orang ke atau hantu mak limah. So elakkan guna powder ni dengan SPF yang tinggi atau pilih yang takde SPF kalau waktu tu nak bergambar sakan ye. *wink*

 

Things that you needs in order to apply a powder: Powder sponge or a Kabuki brush or a big powder brush.

Tips dan Teknik untuk pemakaian face powder jenis 2 way cake:

  1. Dry sponge technique-untuk hasil kemasan yang medium coverage, tidak akan kelihatan flawless sangat.
  2. Wet or dampen sponge techinique-untuk hasil kemasan yang full coverage. Bila menggunakan teknik ni, jangan apply bedak terlalu banyak jika mahu kulit kelihatan flawless, gunakan sponge yang telah di basahkan dengan sedikit air (jangan sampai sponge tu terlalu basah pulak, gunakan sedikit air je)
  3. Kabuki brush-kalau gunakan kabuki brush, bulu dia lebih lembut, tebal dan bushy jadi brush ni akan ‘pickup’ lebih banyak powder berbanding brush biasa jadi pada pendapat I, kabuki brush boleh beri full coverage jugak bila digunakan untuk apply powder jenis ni.
  4.  Normal big powder brush-hasil kemasan bedak lebih kepada medium coverage, bagus untuk touch up sebab bedak tak cake up dan tak nampak tebal
  5. Quick tips: Jika korang dah ter-kelihatan cakey hasil daripada pemakaian bedak yang terlalu tebal, gunakan mist spray atau apa-apa makeup spray dan spray kan wajah tu, biarkan air tu kering untuk 2-3 minit dan hasilnya ia akan ‘tone down’ kan bedak yang terlalu tebal tu untuk kelhatan lebih natural.

 

My personal favorite choice:

I paling suka guna two way cake powder dari ZA, it’s affordable tak lebih dari RM50 kalau I tak silap, dan wajah tak kelihatan cakey kalau guna powder ZA tu dengan teknik yang betul. I pernah cuba 2 way cake powder jenis lain dan oklah ada yang I suka jugak cuma I will always come back to this ZA powder, I dah guna dari bekas dia kaler putih, kaler biru sampai la kaler pink, semua I pernah guna dan masih gunakan hehe.ZA two way cake powder

 

 

 

Type 2: Sheer Pressed Powder

Coverage: Sheer coverage i.e very minimum coverage

Skin types: Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit berminyak.

Versatility: Boleh digunakan on its own untuk very minimal coverage tetapi lebih sesuai digunakan dengan foundation makeup.

 

Problem dengan powder jenis ini ialah:

1. I tak rasa ada apa-apa masalah pon dengan powder jenis ni, yang menjadi masalah ialah bila kita salah gunakan bedak ni je. Bedak jenis ni, ia bukan untuk cover apa-apa cela di wajah, so kalau ade parut jerawat ke, liang roma yang membesar ke, ia takkan dapat diselesaikan dengan pemakaian bedak ni semata-mata.

Sebab ramai yang tak sedar fungsi sheer coverage powder ni hanya untuk memberi ‘stay power’ kepada foundation atau BB cream yang kita dah pakai je, tu pon ‘stay power’ yang minimum sebab bedak ni sangat halus dan tidak memberi sebarang coverage untuk tutup apa-apa ketidaksempurnaan kulit. Akibatnya kita gunakan terlalu banyak pressed powder kat kulit kita dan membazir je 2 bulan sekali kena beli pressed powder baru padahal kita yang salah gunakan powder ni untuk fungsi yang tak ada padanya.

 

2. Disebabkan kemasan bedak ni memang natural dan coverage pon minimal je, bedak ni tidak  boleh membantu bagi mereka yang kulit jenis berminyak, sebab ia bukan bedak untuk tujuan control oil di wajah.

 

Dalam pic ni I guna Mac Select Sheer Pressed powder dengan my foundation Dior Nude.

Both are my absolute favorite for natural glowing day look.

So my advice is, gunakan sheer pressed powder ni bersama dengan:

  1. Foundation, or
  2. BB cream, or
  3. Sunblock atau face moisturizer.

 

Tips dan Teknik pemakaian face powder jenis sheer pressed powder ni:

1.Dry sponge-untuk kemasan sheer coverage.

2. Kabuki brush-untuk kemasan medium coverage.

3. Normal big powder brush-untuk kemasan sheer coverage.

 

My personal favorite choice:

Kadang-kadang untuk hari-hari ke kelas atau ke mana-mana pon, I lebih selesa gunakan sheer pressed powder ni di atas foundation atau sunblock atau BB cream I, sebab nak touch-up pon senang. Jadi my favorite one macam dalam gambar di atas ialah Mac Select Sheer Pressed Powder in color NC20. Alternatively, Revlon also have this loose powder called Revlon ColorStay pressed powder, I’ve bought it before and I do like it a lot.

My must-have item!

Mac Select Sheer Pressed Powder.

 

Ok tu je untuk entry kali ni, untuk next entry I akan sambung dengan beberapa lagi jenis face powder bersama dengan tips pemakaiannye okay. And my last bits of advice is; don’t be afraid of makeup *wink

 

Disclaimer: I am not a professional but all of the contents is based on my experienced as a woman who have so much passion and love towards beauty related products, so do take it entirely as my opinion and advise only.

 


Go to the main page

Categories: Beauty Tips, Interest, Life, Love, My Experiences, Review, Skincare, Yours Truly

Comments

Feed
Trackback URL
  • i pernah pakai za nye compact powder..tapi tak sesuai, after few days pakai..muka terus naik ruam kecik2….then, lepas tu fobia nak pakai compact da…huhuh…..

    salam perkenalan dear…first time drop comment dekat page u :)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @Elyaroza, laa ye ke,sorry to hear that. maybe you allergic pada certain chemical compound dlm compact powder ZA tu kot. macam i so far memang tak pernah ade allergic apa2 pada makeup cuma allergic pd certain bahan dalam skincares jek. :)

    Salama perkenalan untuk you jugak, babe. terima kasih sudi melawat blog i :D

    ReplyReply
  • ZA mmg OK.. I used them mase I study dulu.. Now..Revlon Photoready & Ronasutra..not bad at all =)

    for another level of make up..M.A.C & MakeUp For Ever mmg my fave.. =)

    ReplyReply

  • naju

    actually memang tak tahu fungsi sheer powder. nasib baik cara guna betul. tapi still cakey jugak kat bahagian bawah mata. sebab byk garis halus kat kawasan tu macam gambar katy perry tu. selalu kalau dah bergaris, dap dap kan pakai jari je. hehe.. tq for the info tau

    ReplyReply

  • ryn_kiss

    i pon sama juga…suka sgt guna compact powder ZA tu..since zaman study lagi smpi la dah kerja ni…cuba tukar bedak lain, tapi akhirnya kembali gak guna bedak ZA…mmg puas ati sesangatttt..:-)

    yana…leh tak u buat entri cemana nak apply celak…mcm i ni bulu kening yang jarang2 and lebar…tapi i tak nak cukur…tapi teringin nak pakai celak tapi takut hasilnya menakutkan…harap u leh buat entri psl ni ya! suka tgk u punye kening…cantekkk

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    your welcome, dear.
    oh kalau cakey di bawah mata, u boleh try apply primer atau apa-apa silicone base di bawah mata sebelum u guna concealer. nanti takdelah masalah cakey di bawah mata dh. :D

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @nyssa adlyssa, Ronasutra tu mineral powder kan? insyallah for next entry i akan story mengenai mineral powder. :)

    yeap2, MAC dgn MUFE memang best, I suke sgt makeup primer MUFE. :D

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    hehe geng geng la kita! kan? i pon tak sure even dah byk sgt bedak compact lain yg i cube, always go back to ZA hehe.
    boleh je babe, insyallah nanti i akan buat entry pasal grooming eyebrows. kening i pon tak cukup, sebab i just trim mana-mana bulu kening yg tumbuh sampai kena kelopak mata tu je. :D

    ReplyReply
  • banyaknya jenis bedak ni. selalu tak tau nak pilih mane satu. main hentam je. thanks untuk panduan ni beb.

    ReplyReply

  • nyssa adlyssa

    @Lilianna Mardiana:

    yes dear..really love it.. but it depends juga on indivdual skin.. MUFE kat SEPHORA tu mmg la menggoda sgt tempatnye..mcm pg runaway punya show.. hehehe

    Dear have you ever come across with NAKED Urban Decay and CC Cream from CHANEL.. ?

    ReplyReply

  • mizs diela

    salam yana,
    nk tnya lh sheer pressed powder 2 yg cmnr ye?
    sy ni juz men guna je compact powder..

    ReplyReply
  • Hye, adek lilianna.
    I already follow your blog since 2010.
    Just notice yang lilianna dah ade Insta.
    I’ll be appreciate if you approve me sebab baru je add tadi.
    Keep in touch.
    Xoxo..
    Taking care..

    ReplyReply
  • Hai, cantiknya tuan punya blog, terpesona saya… awak ni model ke?

    Perkongsian Ilmu: CARA MELANCONG LUAR NEGARA TANPA KOS

    ReplyReply
  • very good entry darl ! really help me a lot :) yanaa syg boleh tak nk request buat entry review pasal product hilangkan eyebag T_T coz eyebag ni dah mcam permanent plak haa hehee mmuuahhh

    love youu !

    ReplyReply
  • salam haii liliana …

    thanks kongsi tips ’bout bedak muka ni..erkk.. compact powder … tambah ilmu lagi ..hehe..

    salam kenal ..
    lisasheila.blogspot.com

    ReplyReply
  • kita pun pkai za since skola..dr bekas biru smpai pink smpai yg pink tu nk lunyai dah pun..best 2 way cake ever kot.. btw thnks for the tips :)

    ReplyReply

  • zla

    hi liliana

    very pretty girl ;)

    lain kali share la produk ape liliana pakai..so flawless skin
    my skin ade jerawat ;0

    hope u can share ;p

    ReplyReply

  • syafika

    hi.. thanks for the tips.
    saya nak tanya, saya pakai bb cream garnier gune sponge yg basah. so sheer pressed powder ni bole x pkai guna sponge yg basah jgak? sy apply 22 guna sponge basah.

    ReplyReply

Leave Comment

Commenting Options

Alternatively, you can create an avatar that will appear whenever you leave a comment on a Gravatar-enabled blog.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.