Mascara Kegemaran I.
Hi korang!
Ok tajuk entry ni memang dah self-explain, jadi hari ni I nak borak sikit pasal mascara kegemaran I. I ingat nak share dengan readers di blog ni tentang mascara-mascara yang I dah cuba dan yang Isuka sangat. Sharing is caring kan. Tapi memanglah, I pun tergolong di antara manusia-manusia yang malas nak pakai mascara sebab ke-leceh-an untuk membuang masacara tu. Tapi sejak I pakai makeup remover yang jenis tissue tu, I dah rajin la pakai mascara sekarang ni.
Tapi kalau I bangun lambat untuk ke kelas, I tempek fake lashes je kadang-kadang, sebab senang kot, letak gam, tenyeh fake lashes tu kat mata and you are good to go, tak payah fikir pasal mascara tu smudges ke ape ke dan tak payah nak pakai contact lens pon,sebab pakai fake lashes pun dah cukup untuk buat mata nampak menarik.
Tapi dalam dunia serba kepalsuan ni kan, yelah bulu mata palsu, warna mata palsu. Satu la makhluk yang tak suka palsu-palsu ni, dan makhluk tu macam yang semua orang tahu ialah lelaki. I rasa ramai readers lelaki di blog ni yang setuju kalau I cakap lelaki ni anti pada kepalsuan, diorang tak suka kalau girl tu pile on too many fakeness on their face.
Contohnye hidung sederhana mancung, di shadingnye sampai macam tiang elektrik, mata sepet terus di gamnye jadi double triple eyelids gitu. Jadi tips I la kan, kalau korang nak tarik perhatian guys ataupun ada date dengan guy, skip fake eyelashes and go for mascara la.
Sebab kalau lelaki tu nak test pegang mata korang sebab dia ingat ada labah-labah bermastautin atas mata korang, at least dia tak la menjerit terkejut bila fake lashes tu tertanggal. Sekurang-kurangnya korang boleh dengan muka bangga cakap “Oh tu bukan labah-labah, tu bulu mata I, vogue kan?” Hahahha, ok stupid jokes. Tapi kira you guys get the point la kan? Tak semua orang suka fake lashes, some of us (including myself) do appreciate our own natural eyelashes, jadi di sini mascara boleh bantu menambahkan kecantikan semulajadi bulu mata korang.
Ok enough blabbering, here is my top 5 favorite mascara!
1. Rimmel London Forever Shape Full VolumeMascara (Waterproof)

I beli mascara Rimmel yang kaler merah, tapi yang warna pink tu sunguh menawan hati, haha. Kali pertama I nampak mascara ni di kaunter Rimmel, I beli sebab I tengok ada kawaii photo of Ayumi Hamasaki kat situ, jadi I fikir, wah kalau Ayumi pakai, I mesti pakaaiiiii! Haha begitu la shallow-nye pemikiran I waktu I beli tu, pfft. Tapi bila balik rumah dan cuba mascara ni,eh memang tak menyesal la beli, sebab mascara ni memang buat bulu mata lentik dan nampak tebal macam bulu mata model Japanese. Wah wah, I suka!
Tapi yang leceh pasal mascara ni, dia cepat kering, jadi sebotol tu tahan tak sampai 2 bulan untuk I, but then again that is actually a good point. Sebab apa-apa brand mascara pon, kita memang tak boleh pakai dia lama-lama, kena tukar mascara baru setiap bulan atau setiap 2 bulan okay untuk hygiene dan safety purposes! Jadi kalau yang berminat nak cuba, boleh beli mascara Rimmel ni di Watsons.
2.Loreal Mascara Telescopic (Waterproof)
Bagi mereka yang nak mascara yang tidak akan clump atau smudge dan tidak melampaui logik akal pemikiran manusia sangat effect lentik bulu mata tu, ini mascara untuk anda. Sebab mascara ni memang antara mascara yang I paling kerap guna kalau nak ke kelas sebab effect dia bulu mata yang lebih menawan tapi natural dan tidaklah nampak terlalu kalut sangat, sesuai untuk ke kelas atau ke pejabat.
Tapi mascara ni tak bagus bagi yang nakkan drama pada mata diorang, sebab bulu mata hasil dari pakai mascara ni tak bagi korang drama ye, cuma clean, natural and define eyelashes je. But still, this is my favorite whenever I wanna rock the ‘natural look’ makeup.
3. Majolica Majorca Mascara

Nak bulu mata yang bagi doll eyes effect dan bulu mata yang sangat-sangat hitam dan lentik? This is the mascara for u, wah wah macam iklan. I tak pernah beli mascara Majolica walaupun I tertarik dengan packging dia yang sangat sexy. Tapi I selalu cilok pakai mascara ni dari my mum’s collection, she’s a mascara kinda person. Majolica ni under Shiseido bagi yang tak tahu, dan sebab tu la I rasa confident sangat bila pakai barangan Majolica sebab I am a big fan of Shiseido’s products.
Dan I rasa mascara ni memang best sebab bulu mata jadi lentik sangat bila dipakai, depends on the mascara, ada mascara yang formulanya untuk memanjangkan bulu mata (lengthening) ada yang untuk melentikkan (curl) dan ada mascara yang ada kedua-dua fungsi tu. Tapi sejujurnya, I should really buy this mascara, sebab bila I nak bulu mata extra lentik, I akan cari mascara ni di bilik my mum, sebab memang effect dia brilliant, one of the best wallet-friendly mascara yang I pernah guna. Boleh di beli di Watsons jugak.
Note: My two other favorites is a bit more pricey, but this is just my opinion on what I like to used, so please please please bare that in mind? I bukan promote korang suruh perhabis duit untuk cantik okay, cuma ni pendapat I semata-mata, so do respect that and stop bashing on the price of the product yeah? Tqvm.
4. Diorshow Extase Mascara (Non-waterproof)

Ni adalah gem dalam beg makeup I, sebab bekas mascara Dior ni memang oh-so-gorgeous, tapi hasil dari mascara ni jugak buat si pemakai yang tak berapa gorgeous jadi gorgeous, haha. Mascara ni perfect bagi yang nak bulu mata yang panjang sepanjang-panjangnye, ada banyak jenis yang Dior tawarkan, I dah cuba 2 jenis mascara dari Dior dan Diorshow Extase adalah favorite I.
Walaupun mascara ni dikatakan great for volume, I tak nampak sangat volume dia, tapi bulu mata lebih panjang dari kebiasaan dan mascara ni dengan confident nya I cakap, zero clump and smudge. Overall, I bagi A untuk performance mascara ni dan B untuk volume sebab I tak nampak sangat volume dia pada bulu mata I. Bagi yang berminat, boleh beli mascara ni di Parkson di bahagian kaunter Dior. Price dia rm90 something, I dah tak ingat.
But sadly, mascara ni tak waterproof. Jadi bila pakai mascara ni waktu dating, ingatkan boyfriend korang supaya jangan buat korang sentap sampai menangis, melainkan dia nak keluar berpimpin tengan dengan gothic emo girl di sebelah dia, haha.
5. Shiseido Perfect Mascara Defining Volume (Waterproof)

Ini adalah mascara no.1 di hati I buat masa ni. I dah beli mascara ni beberapa minggu dah, cuma kali pertama I pakai mascara ni waktu I nak ambil paper final exam yang terakhir buat semester lepas, which is paper Family Law II. Selalu time exam memang I takde masa nak bersolek bagai tapi hari tu I nak balik JB kan, so I did a coral peachy makeup and pair it with this Shiseido mascara. Kawan-kawan I semua tegur, ingat I pakai fake lashes hari tu, sebab diorang kata bulu mata I nampak sangat lentik, so sejak hari tu dan dek kerana pujian mereka tu, mascara ni dah jadi kawan baik I, haha, over.
Mascara ni bagi eyeliner effect, jadi bagi yang malas nak pakai eyeliner, mata akan nampak seperti pakai eyeliner bila pakai mascara ni. So far mascara ni adalah favorite no.1 I buat masa ni, Diorshow Extase no.2 sebab volume yang mascara Shiseido ni hasilkan memang memuaskan hati, expect a dramatic and beautiful dark eyelashes from this mascara.
The only downside is the fact that the finishing from this mascara is wet. Jadi memang akan smudge dan comot kalau korang kelip-kelipkan mata lepas pakai mascara ni. So for this mascara, you’ll have to wait for a minute to let it dry. Dan kalau I pakai mascara Shisesido ni memang I tak rasa nak pakai fake eyelashes sebab bulu mata memang dah nampak macam fake eyelashes. Bagi yang suka natural look, satu coat sudah cukup untuk anda, bagi yang suka melebih-lebih dan nak mata nampak besar sebesar-besarnye, bedal la seberapa banyak coats pun takpe. Mascara ni pun boleh di beli di Parkson, di bahagian kaunter Shiseido. Price dia lebih kurang price Diorshow mascara, rm90 something, exact price memang I dah tak ingat.
Korang ada favorite mascara? Do share in the comment below this entry yeah! Nak tahu!!!! (^___~)
p/s: Huwarghhhhh tengahari tadi I baru nak order prosperity burger ayam and guess what? Dah habis la promotion for propsperity. Boooooooo! ( >______<”) Sekarang ada promotion yang double burger untuk burger-burger regular mcD, alaaaa I tak suka la, dahlah tak habis makan kalau benda ber-double double ni. *sobs sobs* Bring back my prosperity!
Go to the main page
Categories: Beauty Tips, My Experiences, Yours Truly



Qaseh elyanas
Vee suk.a Rimmel London 2,mmg best ^_^ Qaseh elyanas(Quote)
FaaEryna
dear, tempek eyelashes senang ye ? haha, i tempek macam susah jee. kalau lambat g klas, better i tempek mascara tau
BTW, CANTIKNYA U! FaaEryna(Quote)
aisyanurilham
hye!
boleh tak you ajar cara nk pakai maskara …sbb kan, bila i pakai maskara tu mcm tak efek je kat mata..myb sbb brand kot..tp, tgok kwn2 pkai brand biase2 je still menyerlah mata diorang..why ha?? aisyanurilham(Quote)
ieda al-habsyi
yeayy! i ? rimmel 10! best kan
ZIZAN (RAJA LAWAK) SEMAKIN HOT! ieda al-habsyi(Quote)
~Reena~
I prefer non-waterproof mascara. Senang nak remove & re-apply. Ok sebab tak smudge pun.
My fav for high end brand is Lancome Virtuose.
For wallet-friendly brand, i suka Maybelline & Revlon.
I ada jugak buat a few reviews mascara yang i pernah pakai
~Reena~(Quote)
sara
im using maybelline yang kuning gemuk tu. magnum kot tak silap. best dan murah! tapi bab nak remove OMG! i rasa taknak remove macam nak hilang bulu mata i menenyeh. sara(Quote)
nairaariaa
i jarang guna maskara, i lebih kepada eye liner… so tak taw maskara ne apaling best..lgpom bulu mata i mmg kurang..best kal dpt guna yg btol2 sesuwai…wanna try rimmel la…u cantik la pakai pe po maskara =) nairaariaa(Quote)
zuarxpdc
cantiknye u^_^ zuarxpdc(Quote)
nemo
nak try la mascara dr rimmel tu… cam best jek!! nemo(Quote)
Hanida Lavida
eyelashes i original panjang tapi x lentik.
so, 1 mascara yg i pakai dari dulu sampai sekarang untuk bagi lentik is Za cutie curl. dia memang setia :p
memang lentik jadinya..
but then baca ur review i nak try shiseido rasanya.
thanks oke! Hanida Lavida(Quote)
iwan delaroc
sedang menikmati keindahan anugerah Tuhan
iwan delaroc(Quote)
Nuril
besh besh! ^^
tak pernah pakai mascara…tp baca review ni rasa macam nak try hehe
btw, lama tak dengar crite u dgn mr.aoki =) Nuril(Quote)
a'da syuhaida
eh sis . i mkn prosperity friday noon ade je lg . hik3 a’da syuhaida(Quote)
ariedz omar
haha aku suke ini komen.. haha ariedz omar(Quote)
sofia
saya suka clinique high impact mascara!
natural look, senang nak apply senang nak remove juga
sofia(Quote)
jihan
heyhey,im ur stalker slaama nie.
hhahaha.eh, jihan nak tau la cmna yana bole jmpa n kapel dgn aoki.nak tau….share2 la cite. jihan(Quote)
dak degil
ohh, kalau i lebih suke mascara elianto n fasio..
dak degil(Quote)
btw, rmbut u dah semakin pjgkn yana..i likeeee…
~Reena~
@aisyanurilham: Caranya u pakai secara zig zag
~Reena~(Quote)
atieNOTHING
cantek jea u pakai tade comot2 pown . haha . i pown na dengaa cite u ngan mr oaki jugak . ramai request ni sis . ^___^ atieNOTHING(Quote)
lyeinalilies
My fav is urs no 3 list aka ur mom mascara..:). Sometimes cilok my sis punyer revlon ke hape ntah yg ade coating putih2 tuh but its make my eyes cm fakes sgt xske.. but ur no 1 mascara look marvellous i loike..:) lyeinalilies(Quote)
Rashka Rashid
sy ad 3 fav maskara jugak!
1. Lancome Virtuose – utk mate yg teramat besar, tp pakai time nk kuar lps solat isyak atau time xperlu solat je sbb kalau kene air mmg akan smudge
2. Clinique High Impact – utk time rase nak natural je
3. DejaVu Fiberwig – yg ni paling bes sbb xakan crump atau smudge walaupun basah, n nak cuci pun senang je!huhu
btw, xpenah pakai fake lashes sblm ni tp rase nk try plak lps u cakap senang je tenyeh2.. Rashka Rashid(Quote)
nadiah izahar
wah, you pasal make up and hair memg A lah. HAHA.
btw, thankz for sharing.
semakin bertambah ilmu bersolek. HAHA. nadiah izahar(Quote)
syira
heyy lilianna
u have a really nice eyes. i will try ur mascara..da majolica one..coz ntk klas je kn…if ntk hangout i pkai anna sui,,,mmg bes…ur eyelashes will curl s what u want..but then i still pkai eyeliner up n down..hehe syira(Quote)
soleha adenan
atacuba try loreal pun hebat juga dan easy to remove soleha adenan(Quote)
The Author
Hi visitors! I'm Lilianna Mardiana and welcome to my page. Do drop some comments and link whenever you're around. Want to know more about me? Click About Me.
Browse nicely ya'all, no ripping or mean words are allowed here. :)
Current Visitors
I ♥ My Followers
Vlog dan Video Tutorial.
Entri Tips Kecantikan dan Rambut.
1. Video Solekan Smokey Eyes
2. Mascara Kegemaran I
3. Scrubs Muka Kegunaan I
4. Peeling Mask Kegunaan I
5.Solekan Siang yang Natural
6. Soalan Jawab Perihal Rambut
7. Curl Rambut Menggunakan Flat Iron
8.Cara Memakai Eyeliner
9.Makeup Ketika Cuaca Panas
10.Tips Rambut Lebih Ber-Volume (Tebal)
11. Pemilihan Shampoo yang Sesuai
Entries yang Fofular Kononnye. :P
1. Memories Part-1
2. Memories Part-2
3.Kisah di Tandas McD
Recent Posts
Saya Suka Bebel Mengenai…..
Have A Look Around
Bestie
Blog Top Referrals. Thank You! :D
Bloggers-1 :)
Must Read Everyday
My HighSchool Buddies
The Girls
The Guys