Memories: Hilang-Part 1
by on April 13th, 2010
15 Comments
Go to the main page
Categories: Love Hurt, Memories, My Experiences, Yours Truly
Note: Mulai hari ni, blog I ada genre bertajuk Memories. Semua entry-entry under label Memories ini adalah berdasarkan pengalaman I bercinta dan kecewa dalam cinta, very the jiwang mak lodeh dan emo ok, haha. So sesiapa yang tak suka baca entry ber-genre begini, sila skip entry ini ok.
Kalau anda tak layan drama Korean or Japanese, jadi anda tak boleh melayan entry begini, haha, confirm! Tak mahu sibuk2 komen ohh I ni jiwang la ape la, wei anda sudah di beri amaran ok.
I dulu pernah jatuh cinta pada seorang lelaki ni. I tak kenal dia. I tak tahu nama penuh dia, dia sekolah mana, dia anak siapa, dia baik ke jahat, dia berkawan dengan kawan2 yang senonoh ke tidak, semua perkara pun I tak mengenai dia
Tapi yang I tahu, I jatuh cinta dengan dia. Jadi boleh la dikatakan yang I jatuh cinta pada dia disebabkan tarikan fizikal semata-mata. Ikutkan bukan I sorang je yang tergila-gilakan dia, ramai jugak la girls yang memang tangkap feeling dengan dia.
Tiap-tiap kali I ternampak dia, jantung I berdegup kencang, mata I tak bekerdip langsung, automatically I rasa macam semua benda jadi slow motion jek,hahaha. Rasanya hampir semua orang pernah merasa perasaan macam tu, minat sangat pada seseorang sampai tapak tangan boleh berpeluh di dalam bilik ber-air cond.
Walaupun I tak kenal dia, tapi dari sumber-sumber gossip yang boleh dipercayai, dia ni seorang yang ‘jual mahal’ orangnya. Walaupun ada pakej lengkap sebagai prince charming, dia cuma pernah ada seorang gf dulu setahun yang lepas, then bila hubungan tu tak berjaya, dia single sampai sekarang. See, semua tu I dapat cungkil pasal dia, tapi dia sekolah mana I tak tahu. Weirdo betul I ni.
I adore lelaki macam tu. Kiranya selagi dia tak jumpa perempuan yang dia betul2 suka dan care, dia takkan layan perempuan lain lebih2.
I memang teringin nak dekati dia, dapat berkawan dengan dia pun jadilah kan. Yelah I sedar diri, takkan dia nak pada I, masa I sekolah menengah I sangat2 comot ok. Jerawat pun banyak kat dahi.
Masa tu dah lebih 3, 4 bulan I selalu nampak dia, tapi dia macam tak sedar langsung kehadiran I, ni kan pulak nak perasan I syok pada dia. Pandang I pun tak. (-__-)
I pulak ada satu perangai pelik dulu. Kalau orang yang I minat tu macam tak minat pada I, memang tak mungkin la kan I nak luahkan pada dia isi hati I. Malu tu satu sebab la kan, lagi satu, no offense to anyone reading, I jenis tak suka if perigi cari timba. Walaupun I tahu tak ramai orang mandi pakai perigi sekarang, tapi still la, I berpegang pada simpulan bahasa tu.
Jadi hari-hari pun berlalu macam tu jugak, I tetap la invisible di situ. Tiba-tiba satu hari ni, ayah I sampai lambat, jadi I kena tunggu dia sampai. Ada tinggal beberapa orang je di situ dan si pujaan hati I tu pun belum balik lagi masa tu. Pelik jugak, sebab dia ada motor scooter, jadi kenapa balik lambat, kalau I, terus blah je la kan, nak tunggu apa lagi.
Time tu dia tengah berborak dengan member2 dia, I pun curi-curi la pandang dia kan. Then entah masa bila ayah I sampai, dia hon kereta kat I, haha, sabar je la, sebab kereta dia betul2 kat depan I, tu pun I tak perasan. Sengal.
Then sebelum masuk kereta, I pun pandang la dia sekali lagi. Bukan apa, untuk buat hilang rindu la kan, sebab mungkin minggu depan baru I akan nampak dia lagi. Tiba-tiba, I tergamam sekejap. Dia pandang I. Dia senyum pada I dan terus pakai helmet dan naik atas scooter dia.
I cepat-cepat masuk dalam kereta. Muka dah blushing. Ayah I nampak, dia pun tanya “Your new boyfriend?”. Waa very straight forward la kan ayah I, hahaha, so I pun straight jugak la jawap “Sadly, no”. Lepas tu ayah I gelak, then balik rumah dia story kat mummy I, ceh. Then diorang pakat-pakat buli i dan suruh I story A-Z kat diorang, memandangkan I memang close sangat2 dengan diorang kan, so I pun story la, hahaha.
Jadi sejak hari tu, I dah bertekad la nak dekati dan berkawan dengan dia. Semua sebab dia senyum kat I la kan. Keesokannya, I pergi sekolah terus story kaw-kaw kejadian yang tak seberapa tu kat member2 baik I. Tapi minggu depannya I hampa dan frust sangat. Dia dah takde kat situ. Rupa-rupanya waktu dia senyum dengan I tu, tu la hari terakhir dia kat situ.
Jadi I pun cuba la lupakan dia, dah tak berjodoh kan.
——————————————————————————————
Beberapa bulan lepas tu, I dengan berpuluh lagi budak2 sekolah I terpilih untuk hadiri seminar ni, kat situ ada la sekali budak2 dari sekolah lain yang jugak terpilih. Time ada aktiviti bercampur dengan budak2 sekolah lain ni memang syok la buat I dengan member2 baik I, haha, boleh la kiranya nak flirting2 dengan budak sekolah lain kan. Tak salah kalau nak tukar selera, dah bosan asyik tengok muka yang sama je kat sekolah tu. Hahaha, siot je.
Tapi masa kat situ, I memang tak pandang lelaki lain, bukan apa, masa tu I baru je break dengan boyfriend I, jadi macam emo lagi la kan, jadi memang pergi seminar tu dengan nawaitu nak belajar semata-mata la kan. Sampai la waktu rehat…
Kitorang diberi waktu sejam macam tu la untuk rehat, jadi waktu I keluar dari situ, ada ramai student naik turun tangga, tempat tu ada 3 tingkat ke apa, entah I pun tak ingat. Masa tu I tercenggang sekejap, I nampak dia!!!!
Dia dengan member2 dia tengah naik tangga ke tingkat atas tu. Sangat-sangat kacak dia pakai uniform sekolah dia, siap blazer lagi. Cair mair la masa tu I tengok dia. Apa lagi, I pun kecoh la kat member2 I. Jadi diorang paksa I pergi tegur dengan dia, yelah takkan nak biarkan peluang macam ni terlepas lagi. So I pun tolak tepi la prinsip jangan perigi cari timba tu, I sebagai perigi pergi la ajak member baik I untuk teman I naik atas dan berbual dengan si timba.
Perasaan masa tu memang nervous, nak-nak bila I naik tu, majoriti kat level tu semua lelaki, cuma ada 4,5 orang girls yang duduk makan di situ, yang lain semua lelaki. Memang kerja gila la masa tu.
I pun malu-malu kucing, tegur la dia dengan nama panggilan dia. Dia tak kenal I kot, sebab I pakai tudung kan ke sekolah, tapi dia selalu nampak I free hair. Masa I tegur tu, bengang sangat, sebab dia tak pandang pun I. Malu toksah cakap la. Dahlah ada 12-15 member2 dia kat situ, bayangkan la malunya I dia ignore I macam tu. Terus rasa menyesal sebab pergi sibuk tegur dia. *sigh.
Tiba-tiba kawan dia cakap “Eh Fiq (sama sekali bukan nama sebenar ye) tu ke Yana?”
Then dia pandang I.
Ok, selagi lagi I cair di situ.
Dia senyum lebar, dan tanya I ni Yana ke, then dia cakap dia tak cam I bertudung. I pun cakap la, tak ambil hati pun kan. Hati I dah berbunga balik dah, dia tahu nama I rupanya, jadi dia sedar jugak la kehadiran I rupanya.
Tiba-tiba jek dia suruh I duduk sebelah dia, ehhh. I pun teragak-agak la masa tu. I pandang member I yang berdiri jauh dari situ, dia bagi signal suruh I duduk jek. Then masa I sibuk ber-debate dengan diri I, nak duduk ke tak sebelah dia, dia tarik tangan I suruh duduk jek.
Erk.
Dia pegang I.
Ok, I dah tak tahu nak cakap apa.
Semua dialog2 yang I rancang nak cakap dengan dia, semua dah terkunci rapat2 dalam mulut.
Jadi beberapa belas minit yang berikutnya, dia je yang banyak bercakap itu ini dengan I, I cuma banyak angguk2 geleng2 je, sebab memang dah terkena electric shock sangat tadi. Agaknya dia pun sense yang I nervous dan masa pun memang jealous habis dengan kitorang, waktu rehat dah nak habis, jadi dia pun cakap
“Yana, ni number I, 012……..”
“Erk, ok, jap-jap, ulang balik?”
“012……….”
“Erk, 3 digit kat belakang tu apa?”
“Hahaha, 345″ (bukan nombor sebenar ye, I mana ingat lagi
)
Punya la kelam kabut I taip number dia masa tu, haha, confirm I nampak sangat bodoh masa tu. (>__<)
Masa I nak pergi tu, dia senyum pada I lagi, memang kacak! I terdengar la kawan2 dia usik dia, then dia cuma senyum lebar jek.
Lepas tu 2 jam duduk dalam seminar tu, memang sia-sia belaka, sebab I dengan dia dok mesej tak henti-henti, hahaha, tak pay attention langsung apa penceramah tu cakap. Masa mesej tu, memang berkupu-kupu habis perut I, sebab I tak sangka sangat lelaki yang I minat teramat sangat boleh layan I dan sedang main mesej dengan I.
Macam-macam benda kitorang mesej waktu tu, sampai la ke soalan yang lebih kurang berbunyi macam ni
Fiq: Yana, kenapa you tergerak nak tegur I dan borak dengan I tadi?
I: Saja, sebab I kenal you kan. (bodoh punya jawapan, tak convincing langsung, haha)
Fiq: Oh, I ingat sebab you suka I?
I: Tu salah satu sebabnya jugak la, hehe
Fiq: You’re too cute, hehe. Thanks sebab tegur I tadi, kalau I nampak you pun, I akan tegur you. Sebab I memang dari dulu nak tegur you, cuma segan je.
I: Kenapa segan?
Fiq: Sebab ada guys yang I kenal, dia suka pada you, dan I tahu perempuan macam you mesti ada boyfriend la kan. Tu yang I tak berani nak tegur.
I: Perempuan macam I?
Fiq: Yeah, perempuan macam you. Lagipun I pernah nampak you mesej dan senyum2 balas mesej tu, jadi mesti la mesej dari boyfriend kan?
I: Oh. Masa tu I single la, mungkin tu mesej dari kawan I kot.
Fiq: Sekarang pulak?
I: Baru single. (wahhh very the miang kan I ni, hahaha)
Fiq: Jadi I ada peluang la ni?
I: Hahaha, ada-ada.
Lepas dia dah cakap macam tu, I pun luahkan la perasaan I, I cakap yang I dah lama minat dia, cuma I takut dia tolak I je. Then dia cakap,
Fiq: Hahaha, kenapalah kita tak berterus-terang kan, I malu, you malu. Padahal suka sama suka.
I: Tu la, nasib baik tadi I buat-buat tak malu kan tegur you?
Fiq: Hahaha, nasib baik.
Dipendekkan cerita kitorang bermesej sampai la habis seminar tu. Waktu balik tu I masih kat dalam dewan tingkat dua tu, then I ternampak Fiq kat bawah dengan member2 dia. Then tiba-tiba ada 2, 3 orang girls ni pergi tegur group Fiq dan nak cakap dengan Fiq. I fikir mesti la Fiq layan kan, girls tu cun2, dan dia pun just kawan mesej dengan I kan, takkan dia tak layan.
Tapi I silap. Dia tetap Fiq yang I kenal dulu. Tak dulu sangat la, 6 bulan lepas jek, hehe. Dia pandang girls tu dan terus buat bodoh dan continue mesej dengan I. Waktu tu I rasa happy sangat2. Walaupun kitaorang baru je berkawan, tapi dia dah buat I rasa istimewa sangat.
Waktu balik, I kena naik bas sekolah kitorang untuk balik, jadi I balik dulu. Fiq pulak tunggu mak dia datang. Dalam syok2 mesej dalam bas tu, Fiq cakap kredit dia habis. Alamak! Kacau betul. Tiba-tiba I dapat sms lagi. Dari nombor yang tak dikenali.
Fiq: Yana, ni Fiq la. I guna phone mak I.
I: Ehhh, tak payah la, nanti you dah topup, mesej la I balik. Nanti mak you marah la.
Fiq: Takdela, mak I ok jek. You tunggu jap, I nak MMS gambar I.
I: Kenapa?
Fiq: Tak boleh ke?
I: Boleh, tapi kenapa tiba-tiba je?
Fiq: Haha, supaya bila you rindu boleh la tengok picture I.
So that is the beginning of a wonderful puppy love between me and Fiq. Memang I budak lagi la waktu tu, tapi cara Fiq tu matang sangat dari I. Cara dia layan I pun macam cinta-cinta remaja dewasa dan bukan cinta monyet remaja bawah usia, hahaha.
To be continue ye…
p/s: Memandangkan entry ini berkenaan pengalaman hidup I, bagi sesiapa yang ada kena mengena dengan entry di atas, harap maaf ye. Niat di hati cuma mahu sharing dengan readers blog ini sahaja, bukan nak kecilkan hati sesiapa ataupun mengungkit cerita lama. Thank you, dan maaf sekali lagi.
Go to the main page
Categories: Love Hurt, Memories, My Experiences, Yours Truly


.: nasuha :.
waa comei jek. suke suke ! .: nasuha :.(Quote)
seadead
kenapa bila aku baca, aku rasa macam aku duk kat situ, memang real punya cerita kan….aku rasa baek kokarang satu cerita pasal, hidup remaja….huhuhuhu…layan tengah2 malam ni syok…sunyi…..
YAHUDI ITU GOLONGAN BIJAK TAPI SOMBONG seadead(Quote)
pink
auwww sys ,sweet gila okay .huhu whoa sys mesti hot dari dulu nehh
hee comel comel ! pink(Quote)
syahida
sweet nye story..wish it was me..
Hee;D syahida(Quote)
nero nadea
reading =) nero nadea(Quote)
Nurul
funny bace crite awak…mbuatkan sy nak tau crite slanjutnye…=) Nurul(Quote)
ninie
so sweet….=) ninie(Quote)
Idaroy
so sweeettttttt Idaroy(Quote)
tyna tania
cidut ciput
seriously, mcm bace kisah cinta dlm novel..hati bunga2 jek sokmo
) cidut ciput(Quote)
elina
waaa suke gile bace…syok gilerrr haha
wat la byk entri cmnie,ur exprience is wonderful isn it ?
im not hee elina(Quote)
teha
yana…sgt2 sweet la story ni?btl2 terjadi ke ni? sy bygkan fiq tu sgt2 kacak ok!
sy pn pnh jgk sk kt someone tp x pernah berpeluang memilikinya.huuuuuuuu
teha(Quote)
miami
suke2.. i like.. x sngka ada persamaan…u make me remmber my teen life.. i agk lmbt bca blog nie… haha.. miami(Quote)
Miss Bayam
comilnye citer . .
Paling minat baca belog U ni . . teruskan update. . Miss Bayam(Quote)
KIMRYKHUNNIE
sweeeetnya!
KIMRYKHUNNIE(Quote)
cptt la smbung
The Author
Hi visitors! I'm Lilianna Mardiana and welcome to my page. Do drop some comments and link whenever you're around. Want to know more about me? Click About Me.
Browse nicely ya'all, no ripping or mean words are allowed here. :)
Current Visitors
I ♥ My Followers
Vlog dan Video Tutorial.
Entri Tips Kecantikan dan Rambut.
1. Video Solekan Smokey Eyes
2. Mascara Kegemaran I
3. Scrubs Muka Kegunaan I
4. Peeling Mask Kegunaan I
5.Solekan Siang yang Natural
6. Soalan Jawab Perihal Rambut
7. Curl Rambut Menggunakan Flat Iron
8.Cara Memakai Eyeliner
9.Makeup Ketika Cuaca Panas
10.Tips Rambut Lebih Ber-Volume (Tebal)
11. Pemilihan Shampoo yang Sesuai
Entries yang Fofular Kononnye. :P
1. Memories Part-1
2. Memories Part-2
3.Kisah di Tandas McD
Recent Posts
Saya Suka Bebel Mengenai…..
Have A Look Around
Bestie
Blog Top Referrals. Thank You! :D
Bloggers-1 :)
Must Read Everyday
My HighSchool Buddies
The Girls
The Guys