Memories: Hilang-Part 2 (Ending)

by on April 16th, 2010
20 CommentsComments

Note: Click PLAY lagu ni biar dia buffer sampai habis, dan click silent pada volume dia, nanti dia tersekat-sekat macam lagu hip-hop pulak, hoho. Baca dulu entry ni sampai habis ye, then baru drag untuk PLAY sekali lagi lagu ni, tapi kali ni naikkan semula volume video ye. (bagi instructions segala, macam orang lain tak reti pakai you tube ye, Yana, hahaha)

Bukan apa, lagu ni sangat2 kena dengan apa yang I rasa, waktu I melalui pengalaman bercouple dengan Fiq, jadi kalau nak hayati lebih sikit entry jiwang mak lodeh I ni, hahaha, sudi sudi la click lagu ni ye :)

Dear Diary by Ratu

———————————————————————————————-

Sejak hari tu, I dengan Fiq semakin hari semakin rapat. Siapa sangka, dia betul2 minat pada I rupanya. Well, at least I tak sangka la kan. Dia cerita pada I macamane dia selalu perhatikan I dan member2 I, macamana dia suka dengan cara I berbanding dengan girls lain, dan yang paling sweet sekali, dia cemburu rupanya bila ada lelaki lain minat pada I.

Fiq: You tau, ada kawan I suka you tau.
I: Sapa?
Fiq: Adalah, takkan I nak bagitahu.
I: Laa kenapa, cakap la, I nak jugak tahu sapa orang tu.
Fiq: Tak payahlah, nanti you tahu siapa dia, you minat dia pulak macamana? You minat I sorang cukup.
I: Haha, ehh cemburu ye?
Fiq: Mestilah. I tak nak orang lain rampas you.
I: *terkedu* You betul2 serious suka I ke, Fiq?
Fiq: I do.
Takde apa yang boleh gambarkan perasaan I bila dengar ayat tu keluar dari Fiq. I bahagia. Baru masuk seminggu kitorang berkenalan, dia ajak I couple. I tak sangka lelaki macam dia boleh sanggup nak beri komitmen macam tu dengan I, yelah kalau I jadi dia, mungkin dah ada 10 gf masa tu, hahaha, joke.
Masa dia ajak I couple tu, I rasa terkejut sangat, sebab tak sangka secepat itu hubungan kitorang bertukar dari status admirer kepada kawan dan akhirnya kepada couple. :)
Tak lama lepas tu, Fiq mula rindu nak jumpa I. I pulak jenis yang tak keluar rumah, sebab parent I strict sangat, jadi I tak boleh nak dating2 atau keluar ke mall dengan sesiapa pun. I tak kisah dikongkong sebab dah biasa kan sejak kecil lagi dah macam tu. Cuma yang tak biasa dengan peraturan yang parents I tetapkan tu,ex-boyfriends I semua la kan, hahaha. :P
So mana2 bf I nak jumpa I di luar waktu sekolah, kena datang rumah I, jumpa mummy I dulu lepas tu baru boleh dating di rumah I dan semeja dengan mummy I. :P
Jadi Fiq pun datang rumah I la, bila2 dia nak jumpa I. Mummy I pun ok dengan Fiq, sebab dia jenis ramah dan hormat orang tua, senang cerita mummy I okla dengan dia. Aktiviti kitorang bila dia datang rumah I, kitorang akan study sama2 or main scrabble je la.
Yang buat hubungan kitorang lebih istimewa ialah Fiq dengan I tak pernah gaduh antara satu sama lain. Tak macam hubungan I yang gagal sebelum2 ni. Memang tak pernah langsung kitorang tak setuju mengenai sesuatu, everything was great, just like a fairytale love story. I minat sangat pada dia, dan akhirnya I dapat dia. :)
Tapi bahagia memang tak lama, tak macam fairytale love story, kisah I dengan Fiq tak berakhir dengan happy ending…..
——————————————————————————————-
Tak lama lepas tu, Fiq kena berpindah dari JB, sebab parents dia beli rumah di KL, jadi I pun sedih la sebab dia akan berjauhan dari I, macamana kitorang nak jumpa semua. Tapi Fiq yakinkan I, dan dia cakap
Fiq: Percayakan I ok? I akan datang jumpa you selalu, kita akan tetap macam ni sampai bila-bila.
I: Semua lelaki sama je. Dah jauh nanti, mula la ada perempuan lain. *sigh
Fiq: I tak sama macam lelaki lain ok. Walaupun ada ramai perempuan lain, tapi cuma you boleh buat I gembira, jadi percaya kan I, ye?
I: Ok, I percaya you. *smile
Fiq tepati janji dia. Dia tak berubah pun walaupun dia jauh dari I. Di tetap datang jumpa I, sebulan selepas dia pindah. Bulan seterusnya dia datang lagi. Tapi lepas tu, dia dah tak datang lagi dah.
Fiq hilang! Dia dah tak call I lagi. Dia dah tak mesej I lagi. I cari dia, I call dia berpuluh kali, tapi no dia dah tiada dalam perkhidmatan. I sms dia beratus kali, memang satu pun tak berbalas. Dia terus hilang macam tu je.

I fikir jugak, apa salah I? Dia marah pada I ke? Kali terakhir kitorang berjumpa di rumah I, kitorang study math sama-sama. Dia ok je, tetap senyum dan ceria, tetap ucapkan kata-kata manis pada I. Takde pun dia tunjukkan tanda2 yang dia ada gf lain or dah berubah hati. Nothing at all.
I pun masa tu memang takde contact number mak dia or adik dia. Jadi memang I takde cara nak contact dia melainkan tanya kawan2 dia.
I: Wei, korang tahu tak Fiq pergi mana? I call dia, tapi dah tak dapat.
Kawan Fiq: Last kitaorang jumpa dia berapa bulan lepas la, dia pergi join konvoi kalau tak silap.
I: Tu I tahu, dia ada cakap. Tapi tu sebulan yang lepas kan? Sekarang ni?
Kawan Fiq: Itu je yang kitorang last dengar pasal dia la, Yana.
I: Ke ada perkara tak elok jadi kat dia masa konvoi tu?
Kawan Fiq: Kita doa je Yana, moga-moga dia selamat. Apa2 pun mesti dia akan cari you kan, you special girl dia.
Bayangkan la apa I rasa masa tu. I fikir dia mungkin dah takde. I fikir dia terlibat dalam kemalangan. Tapi I tetap tunggu dia. Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan setahun lepas Fiq lesap, I dah mula belajar lupakan Fiq.
I pun dah terima hakikat yang mungkin betul Fiq dah meninggal. Jadi I perlahan-lahan cuba lupakan dia, dan I pun dah ada orang lain yang mengubat hati I waktu tu. Walaupun I dengan couple baru I tu selalu gaduh, tapi hubungan I yang tu la yang kekal paling lama sekali.
———————————————————————————————–
Lepas 2 tahun lebih Fiq tinggalkan I, I masih kekal dalam hubungan yang sama, walaupun boleh kata hampir tiap2 minggu bergaduh, kitorang masih teguh bersama. Sampai la satu hari tu I dah penat sangat asyik bergaduh dengan boyfriend baru I tu, jadi I mintak trial break.
Tahun yang sama jugak I dapat berita sedih, seorang kawan lelaki I, meninggal dunia disebabkan kemalangan. Yang lebih buat I terkilan waktu tu ialah sebab dia baru je couple dengan seorang girl ni. I dengan arwah berkenalan dengan girl ni waktu tournament game di sekolah lain. Dia dan girl tu pun dah couple beberapa bulan.
Tapi bila kemalangan tu terjadi, kitorang semua tak tahu macamana nak contact girl tu untuk inform dia. Kesian girl tu, mungkin sampai sekarang dia tak tahu pasal arwah kawan I tu yang dah tinggalkan dia disebabkan kemalangan.
Kejadian tu buat I lebih ingatkan Fiq. Lebih menguatkan yakin I waktu tu, yang Fiq memang dah takde sebab perkara yang sama berlaku di depan mata I kan, pasal kawan I dan girlfriend dia tu, jadi perkara tu tak mustahil. I fikir mungkin nasib I macam nasib girl tu jugak, boyfriend dah meninggal dunia tapi takde sapa pun tahu macamana nak inform I.
Sedang fikiran I tu mengelamun jauh, I dapat phone call dari unknown number. I angkat.
“Hey!!!”
“Siapa ni?”
“Tak kenal dah? Ni I la, Fiq!”
“Jangan main2 boleh tak? Siapa ni?”
“Babe, betul la, ini Fiq ok! How are you?”
I tergamam. Fiq call I. Dia hidup rupanya. Cis, Bodoh. Tu je la yang perkataan yang sesuai untuk describe betapa naifnya I dulu. Waktu tu I betul2 yakin yang Fiq dah takde lagi, bila dengar suara dia di telefon tu, rasa macam I ni la manusia paling bangang yang wujud di alam semesta ni. Serious ok. (>__<)
I: You pergi mana selama ni?
Fiq: I kat sini la, I busy aturkan hidup I. Rindu la kat you! Nanti I turun JB jumpa you minggu ni, nak?
I: You bukan dah mati ke?
Fiq: Huh? Sapa cakap?
I: I cakap.

Fiq: Hahaha, kelakar you ni. Habis ni sapa call you? Hantu? Hahahha
I: You patut mati je.
Fiq: Wait, tak paham. Kenapa ni cakap macam ni? Tak baik tau.
I: Sebab orang hidup takkan lesap 2 tahun lebih tanpa khabar berita langsung, ok! I ni siapa bagi you? Kenapa you hilang macam tu je tak bagitau I?
Fiq: Sorry la. Dah 2 tahun ke? Kejap je kan masa berlalu. Kita dah couple 3 tahun la ye, eh lama tu.
I: ………Bagus betul you ni.
Fiq: Macam I cakap tadi, sorry.
I: You ada girlfriend lain ke yang you hilang macam tu?
Fiq: Sumpah ok, I ada you je.
I: Habis kenapa you hilang macam tu je!

Fiq: Kan I dah cakap, I busy dengan hidup I, banyak sangat perkara penting yang I kena aturkan untuk masa depan I, I sibuk, tu sebab I tak contact you.
I: Jadi I ni termasuk dalam kategori perkara tak penting la?
Fiq: *sigh* I tak nak gaduh, kita tak pernah gaduh kan? Pasal benda kecik pun nak gaduh ke, kenapa dengan you ni? Let’s have a fresh start ok, dah lupakan je marah you tu. I masih sayang you kan?
Benda kecik?
Waktu tu I dah sedar. Fiq memang bukan lelaki untuk I. I tak tahu apa yang Fiq cakapkan tu memang alasan yang sebenar kenapa dia menghilang ataupun dia cuba selindungkan sesuatu dari I. Betul ke dia terlampau sibuk sampai dia tak boleh nak cari I waktu tu, semua tu I betul2 tak tahu. Yang I tahu, 2 tahun adalah tempoh masa yang cukup lama untuk I lupakan dia dan hubungan kitorang.
Rasa sayang tu dah hilang sebab dalam tempoh masa tu, I memang dah buang rasa tu jauh2. Rasa suka tu pun dah hilang sebab dia layan I macam perkara tak penting dalam hidup dia.
Lepas tu, Fiq cuba pujuk I dan yakinkan yang kitorang masih boleh bersama dan lalui semua tu, tapi I tolak Fiq, I takkan terima dia balik dalam hidup I sebab I dah anggap dia mati.
Call me evil or keras kepala whatever, I tak kisah. Bagi I, dia dah mati. Biar I ingat dia sebagai teman lelaki I yang dah mati, sebab tu akan buat I simpan semua kenangan manis kitaorang berdua dalam ingatan I sampai bila2. Tapi kalau I anggap dia teman lelaki I yang hilangkan diri selama 2 tahun lebih tanpa khabar berita dan langsung tak fikir pasal perasaan I bila dah muncul balik, memang I akan benci dia dan takkan maafkan dia.
Lepas tu. Fiq terus contact I dan cari I, dia cuba pujuk I. I pulak malas nak panjang cerita, I tukar nombor phone. Dia boleh lagi cari I dengan cara datang rumah I, tapi kalau dia nak makan penampar mummy I, hahaha, silakan. :P
Dan waktu tu, I dah berbaik semula dengan boyfriend I waktu tu. Bagi I, seteruk-teruk boyfriend I masa tu tu, at least dia hargai I, dan tak singkirkan I dari hidup dia macam tu je. Tak macam Fiq yang sempurna sangat di mata I, tapi hakikatnya, dia rasa yang I ni tak penting dalam hidup dia dan boleh diperbodoh-bodohkan macam tu je. :(
p/s: I baru nak update next week, tapi sebab inbox FB I dah penuh request suruh update cepat, hahaha, I pun update la, tak baik pulak rasanya if bagi sambungan then sambung pulak lambat2. :)

Btw, I dah tak benci or ada rasa apa2 pun pada Fiq sekarang ni, apa yang I taip dalam entry ni adalah perasaan I waktu dulu jek. I dengar he’s doing great with his life now.Good for him. I pun rasa gembira dia muncul dalam hidup I dulu, dia adalah antara orang2 yang pernah menceriakan zaman muda-mudi I dulu, hehe.

Dan ada yang tanya I pasal pendapat Aoki bila I buat entry macam ni, haha, you guys nak tahu dia cakap apa?

“Eh boo, ni novel ke blog ni? Hahaha, comel, you taip panjang2 cerita yang you dah banyak kali story kat I ye?”

Jahat kan! Hahaha,actually before I update semua entry under memories ni, Aoki dah tahu lama pasal semua ni coz I story kat dia, bukan apa, I tak nak dia lukakan I macam ex I yang dulu2, sebab I tak nak dia jadi memories I, tapi biarlah dia jadi future I, Amin! (^___^)




Go to the main page

Categories: Memories, My Experiences, Yours Truly

Comments

Feed
Trackback URL

  • Lilianna Mardiana

    @Penari.Gendut Hahah, cerita hidup I memang byk yg mcm telenovela, tapi muka watak2 tu memang tak macam pelakon telenovela, haha. :D

    @Rara Kan!!!! Bajet. Ingat dia hensem dia boleh buat apa jek, GTH la, eh, kata tak marah dah, haha, tapi ni emo balik. (-__-)

    @Moska Alisa Ye ke dear? Ok, nanti I check ye. :) Thanks btw!

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @butterflies Lovers Hahaha, yeah, bukan happy ending la sebab dah jadi memories kan. :) Thnks! insyallah.

    @farahanafitrahidris al-haj Thanks babe! :)

    @Fatin Liyana Tenkiu, tenkiu babe! Hehehe, insyallah ada banyak masa I mesti update entry memories. :)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @anisizatyA.J Haha, I guess life is stranger than fiction, huh? :)

    @*loue me* Tau takpe, I baca balik entry ni, rasa macam nak bakar je dia hidup2 kalau dia kat depan I sekarang, hahaha, emo lebih. Oh, ada jugak la bebrapa, sebab I dulu byk frust bercouple kan, hahah, sure2, nanti I update bila ada masa. :)

    @Ct SoLeHa Tau takpe! nasib baik dia muncul balik dlm tepon, kalau depan2 I, memang dah ada selipar yg melayang kat muka dia, hahaha.

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @Liya Laa Thanks Liya! :D

    @johnlabu Memang panjang. :)

    @Iman Eh, ni ending dia, hehe, tapi I update psl kenangan lain pulak nanti.

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @mak enon Hahaha, tau takpe. maybe la kot dia ada gf lain kan, then bajet2 konon dia setia habis kat i dlm masa 2 tahun tu, eww, geli tekak.

    @erinazrina Hahaha, tu la, nasib baik time tu cinta monyet, kalau cinta time dah besar2 ni, memang frust menonggeng la. :)

    @she-G Emm, maybe la, I prnah jgk dgr pepatah mcm tu, tapi dia silap la, sebab i jenis takdenya nak tunggu org semua ni, haha. :)

    ReplyReply

  • Lilianna Mardiana

    @BeMiE Hohoho

    @Nurul Harun Thank dear. :)

    ReplyReply

  • .: nasuha :.

    amin.. berbunge bungenye hati lps bace entry ni.. haha

    btw sis.. i'm a new reader.. sorry.. :)

    ReplyReply

  • -cHenta-

    anda sgt cantek…. sila join contest ini ye =).. gud luck!!
    http://chentazetty.blogspot.com/2010/04/contest-senyuman-paling-menawan.html

    ReplyReply

  • syahida

    yana..cute story..!nk tny nih..
    umm,wat if u t’serempak dgn die one time..u tgur die ke?

    ReplyReply

  • Big

    ana…meh jadi cauncelor jap….same case as yours…tp tak kaple…juz atas nama bestfriends….then i blah selama 2 tahun gak…its hard for me to accept the fact that she couldnt accept me more than bestfriend…tp die still depan mata i…coz b4 this our relationship remain as secrets…so sampai skg org tatau…tp the different is, we both have bittersweet memories…now i dtg balik kat die…n even as a friend pon die tamau dah….if you be that girl…what will you do?any chance for me?comment?
    BiG
    buta_komputer@yahoo.com

    ReplyReply

  • -LinZarSha

    http://www.youtube.com/watch?v=35eKcoeAnJ8&feature=related

    lagu ilham di mataku. sesuai kot dgn cerita liliyana ni :-)

    ReplyReply

  • misjijieha

    bestt sangt pengalamn hidup u.
    if i jadi u, i pown xkann terima dya kembali
    gudji sis!=)

    ReplyReply
  • wow.byk pengalaman u dlm bercinta nie kn.jenis nie bleh kata special case gak.nk tya sket nie.u dah bpe kali berbfreind nie?

    ReplyReply
  • Hahahahahaha. klaka! tp fiq tu bgs laa u tolak dea, sbb dea tak layak! anyway i nk ckp kite kene pilih org sygkan kite bkn kite syg kan org tu, mcm u minat fiq tu kan, asenyeh dea xd la minat sgt pon tu yg dea sgup ilang smpe 2taun! ceit!!

    ReplyReply
  • gosh 2 years ?
    2 minggu pon I da saket hati !

    ReplyReply

  • junesya

    nice story…
    u bkn kejam or keras kepala sbb xterime fiq semula
    tp u ade maruah diri ..i suke cara u
    kite bkn barbie doll yg boleh dia buat sesua ati die
    cayalaaaaaaaaaa…hope awk ngan aoki happy slalooo :)

    ReplyReply
  • huh..bapak panjang citer u….tp best juga baca kisah awk ni.hehehe…but, sedih p0n ada sbb awk x dak jodoh ngn fiq. sy dah beriya dh baca.cm citer novel…pendapat sy kn, sometimes lelaki nk kan ruang…and bila dia dh ready baru dia carik semula.if dia datang semula maknanya dia dh ready ke tahap yg lg satu..but salah dia tak bgtau nak kan ruang tu.sy ckp cm tu c0z benda ni penah jadik kat kwn2 sy..ada yg teruskan and berkahwin tp ada juga yg tinggalkan lelaki cam tu. but ada bF jenis macam ni mmg merana jiwa.huhuhuhu…

    p/s: next story..ske plak baca citer org.hehhehe..

    ReplyReply

  • eden dean

    hey! jmpe pom u..!! bukan main lame u menghilangkan diri eh.. da lupe i eh?? susah betol cari u ni kan. haha.. same mcm u cari fiq awal2..

    u pernah cite kat i pasal bf u, tp bukan yang fiq ni, yang myspace 2 kot…

    dah popular eh u skrag ni, nk tau i jumpa u mane? most hot bloger at malaysia.. ==

    ReplyReply

  • hihi

    so funny

    ReplyReply

  • eden dean

    hey! jumpa pom u kan.. u g mane lame mghilangkan diri.. ==! (same la pulak) :p
    i that the guy from myspace were ur 1st love ==, that one u told me rite and bla bla bla..
    hey, u dah femes eh skrang ni, u tau i jmpe u kat mane? google! haha..
    bukan ape, saje tegur. mane la tau i u still igt i, or maybe not.. >.< u da lupe eh kwn u sorang ni.. sadis! hee.. anyway tc!

    ReplyReply

Leave Comment

Commenting Options

Alternatively, you can create an avatar that will appear whenever you leave a comment on a Gravatar-enabled blog.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.