Q & A Tentang Rambut Yang I Terima. :)
Hi semua, wah wah rajin kan I update blog? Normal la tu, bila tengok busy melenting, tengah stress midterm, mulalah datang bertimbun idea nak meng-update. (-__-”) Sebenarnye I ada dapat beberapa komen dan message di FB dan jugak komen di blog ni yang bertanya beberapa hal mengenai penjagaan dan tips-tips rambut. Jadi hari ni I akan jawab soalan-soalan yang sering diajukan kepada I dan soalan yang masih belum berjawab lagi, kiranya entry kali ni macam sesi Q & A la ye, ececeh.
Soalan 1: Di tanya oleh Anisizaty;
How often Yana shampoo rambut?
Hi Anis! TQ for the question.Ok, I shampoo rambut depend kepada keadaan rambut sebenarnye. Takde ketetapan berapa kali sebenarnye, tapi lebih kurang dua hari sekali la I shampoo rambut I. Tapi kalau I ada curl or straighten kan rambut I pada hari Isnin contohnye, jadi lepas balik kelas hari Isnin tu I terus shampoo dan deep condition rambut untuk elakkan rambut kering dan rosak. Dan kalau dalam minggu tu cuaca macam sejuk dan mendung je, dan kulit kepala I tak berpeluh sangat, I shampoo 3 hari sekali.
Soalan 2: Tak ingat la di tanya oleh siapa, hehe.
Yana ada tips untuk penjagaan rambut lelaki?
Ok obviously si Aoki tu memang tak ambil pot bab-bab jaga rambut, jadi I pun tak ambil pot nak bagi dia tips jaga rambut, haha. Tapi kalau I ada la tips untuk rambut lelaki, I rasa lelaki yang aktif bersukan atau sering berpeluh, mereka perlu pakai shampoo untuk rambut berminyak. Sebab I paling tak tahan tengok lelaki rambut berminyak-minyak kemudian letak terlebih gel di rambutnye. Memang rambut tu susah nak terpacak la kalau rambut dah berminyak macam tu.
Dan, lelaki tak patut overdo memakai gel dan hair cream. Lelaki yang rambutnye tu tak nampak macam dia berusaha sangat nak nampak stylo, lelaki macam tu lebih hot bagi I, teheeeee.
Soalan 3: Di tanya Anonymous.
Kalau ada satu product rambut yang you tak suka dan tak akan pakai lagi, product apa?
Ermm, Lucidol dan Gatsby. Lucidol sebab I tengok takde satu pun product rambut dia yang berikan hasil macam yang dijanjikan. Contohnye product yang janjikan rambut curls akan kekal sepanjang hari, ceh memang penipu besar, takdenye kekal lebih dari sejam, hampeh la, bagi janji palsu pada I. Gatsby pulak I tak suka sebab dia tinggalkan kesan habuk-habuk putih pada rambut. Maybe rambut I je kot tak serasi dengan product dia, tapi entahlah, I tak sukalah.
Soalan 4: Ni la keywords yang paling kerap masuk dalam blog I.
You pakai straightener dan curling thong jenama ape ye? Cadangkan jenama yang bagus, boleh?
Ok, thanks sangat kepada insan-insan yang seringkali search keywords ini ketika masuk ke dalam blog I, haha, sebab I memang selalu lupa nak inform I pakai apa untuk curl rambut I kan? So basically I dulu-dulu I pakai curling iron dan straightener set dari Philips, beli kat Watsons je. I rate benda tu 1.5/5 la, haha memang tak bagus. So I suggest janganlah beli apa-apa alat rambut dari Watsons, lebih baik beli di Shins atau Sasa atau di Parksons. Lebih banyak pilihan dan jenama yang bagus.

(curling thong kesayangan!!!)
Jadi sekarang I pakai straightener dan curling iron dari Vidal Sassons. Masa beli tu I tak perasan pun jenama dia sama, dah balik rumah baru perasan, lol. Tapi so far I sukalah kedua-duanye. Cuma straightener dia tu I bagi rate 3.5/5 la sebab wayar dia suka sangat berpintal-pintal, payah I nak kena bukak kalau nak pakai dan bila time I pakai tu, lagi ligat dia berpintal, ish.
(straightener yang dah banyak berjasa tapi di-rate kan 3.5/5 sahaja, haha)
I rasa mana-mana jenama pun ok untuk straightener atau curling thongs, cuma ada certain features yang perlu ada pada iron yang korang nak beli tu, contohnye:
–> Perlu ada ceramic coating, untuk elakkan rambut mudah rosak dan jugak untuk dapatkan hasil yang rambut yang bersinar.
–>Perlu ada heat adjusting settings. Ini untuk memudahkan korang set kan heat yang bersesuai untuk rambut. Cuba cari curling dan straightening iron yang setting heat nye maximum 300 degrees.
–> Ada pemegang tombol yang kalis haba. Ini untuk memudahkan korang pegang iron tu, kalau takde tombol kalis haba ni, memang melecur la tangan korang waktu curl rambut tu.
–>Bagi yang ada budget lebih untuk splurge, bolehlah beli straightener dan curling iron yang cordless. Kiranya kita boleh guna dia tanpa wayar la, lebih mudah nak curl atau straigten kan rambut kalau takde wayar yang menganggu kan? Tapi harganye lebih mahal la, macam I punye curling iron ni cordless, tapi dia ada adapter atau charger dia la, untuk korang charge dia sebelum pakai.
Kalau tanya recommendation I, I cadangankan curling iron Babyliss Pro, sebab memang kebanyakkan makeup guru di You Tube pun pakai jenama ni dan jugak I rasa hasil curl akan nampak lebih cantik sebab dia ada semua features yang I nyatakan kat atas ni. I pernah cuba Babyliss Pro, memang bagus kecuali dia tak cordless dan agak berat berbanding curling thongs biasa, saiz barrel dia pun agak besar, so sesuai untuk buat loose curls dan medium tight curls.
Soalan 5: Ni soalan fresh dari oven ni, haha sebab Ainee baru je post di wall Facebook I.
Babe, you curl rambut guna curling thong u ke hari hari? Ke macamane? I patut curls loose rambut I ke or straighkan je?
Hi Ainee!!! Eh tak, I tak curl rambut I hari-hari. I paling kerap pun curl rambut seminggu sekali, tu pun kalau I nak jumpa Aoki dan nak keluar dinner or window shopping dengan parents I je la. Kalau hari-hari ke kelas, bergambar camwhoring di laptop semua tu, haha I tak curl rambut I.
See the different?
Rambut yang I curl kan nampak lebih definition pada curl-curl dia, tapi rambut I sendiri macam ni je la, ada bahagian yang agak lurus, ada yang wavy. Tapi kalau nak nampak natural, boleh je curl loose,cuma dalam gambar di atas ni, I saje je buat curls yang lebih tight.
Sebabnye I tak suka rambut I jadi kering dan rosak lepas curling tu. Even kita pakai heat protector pun, tetap ada kesan buruk pada rambut lepas terdedah kepada haba dari curling thong semua tu. So yup, I tak curl rambut I hari-hari. Cuma untuk special occasions je. Dan I rasa memang tak bagus untuk rambut kalau terdedah pada haba selalu, sama ada haba dari hair dryer, curling thong ataupun straightening iron. So I ke kelas dengan rambut biasa je la, cuma I akan spray la dengan hair spray untuk control rambut I dari mengerbang or nampak terlalu messy. Dan oh, I pantang pakai sikat pada rambut, kalau I pakai nanti rambut I jadi sangat-sangat hodoh, haha.
Dan Ainee tanya I dia patut curl rambut dia atau straight kan. Bagi I, terpulang pada individu la, cuma lebih baik ikut bentuk muka masing-masing dan keadaan rambut. Kalau rambut memang semulajadi lurus, lebih baik kekalkan sahaja, sebab bila di-curl kan nanti, rambut curl tu tak akan tahan lama, dan vice versa. Tapi Ainee ni lebih comel rambut curl I rasa, hehe, sebab nampak gaya dia macam funky dan kawaii je, so better dengan rambut ala-ala curl Gyaru.
Go to the main page
Categories: Beauty Tips, Hair Tutorials, My Experiences, Yours Truly




ariedz omar rahman
adek kat sini nak tnyer.. ader tips x nak luruskan bulu kaki? kalo ade sile kongsi lar ekh.. haha =p ariedz omar rahman(Quote)
Lilianna Mardiana Reply:
August 12th, 2010 at 5:43 am
@ariedz omar rahman, Hahaha siot lu omar. Bulu kaki kau tu kau pakai steamroll pun takkan lurus, degil tu!
Lilianna Mardiana(Quote)
nero nadea
hye..i silent reader je selama ni..=) u punya rambut sama dgn hanis zalikha..heeehe..u pergi kelas x ikat ke rambut tu sbb i tengok mcm pjg sgt je..lg 1 kalu kena tiup angin x gebang ke rmbut tu..
mybe rambut i je yg degil giler bila terserempak dgn angin..hehe nero nadea(Quote)
Lilianna Mardiana Reply:
August 12th, 2010 at 5:45 am
@nero nadea, Oh haha takdelah, rambut dia panjang lagi rasanye.
I kat dalam kelas memang I ikat la, susah nak pay attention kalau rambut asyik kena muka. Tapi kalau ada angin semua tu, biasa je la, rambut I tak mengerbang pun, so I tak ikat la.
Lilianna Mardiana(Quote)
Re3n
i mmg suka tgk rmbt u.sgt cantik
bertuah dilahirkan rambut yg ikal mayang
i kalau nk wat rambut mcm u, berjam2.
pastu confirm xtahan lama sbb rambut i jns lurus.
btw, info yg sgt berguna.
Re3n(Quote)
tQ yana
syahida
2 hari skali mmg dh ckup ekh?? syahida(Quote)
ariedz omar rahman
haha bukan ape.. aku da try stream roll 2.. x mau lar.. ko suggest kan lar ape2 lotion kew tuk aku? haha aku nak bulu kaki aku pnjg cam rambot ko leh? haha ko ajar lar.. ahha =p ariedz omar rahman(Quote)
oshinz
ohhh.. cuci rambut 2hari sekali. baik la. akan ikut cuci rambut mcmtu juga. supaya rambut bersinar macam u juga. hahaha.. berangan! oshinz(Quote)
nero nadea
thnax 4 da info =) nero nadea(Quote)
Jana
hye yana…:) perut da ok? hope da ok, pose2 ni an..huhu
nak tanye ni…yana ade formspring x? kalau xde buat la..senang nk tanye2 soklan. hehe
kalau ade nk link! ^_^ Jana(Quote)
Ainee Cumi
woohoo!!! fresh dari ladang tu soalan I. Suka! Suka! So nanti I nak gi kedai I nak suruh dia buat rambut macam mana? Kadang-kadang dieowang macam tak paham tau apa yang I cuba sampaikan. Ainee Cumi(Quote)
shima
? this entry babe.:) shima(Quote)
shima
love this entry babe.:) shima(Quote)
anisizaty
Thanks for the tips! anisizaty(Quote)
Nadia Yusoff
i nak tanya rambut u pernah gugur x? rambut i skrg gugur byk sgt and i xtaw nak pakai syampu and product pe untuk xbg gugur dahh.. any suggestions? Nadia Yusoff(Quote)
eykameow
oloo. rmbut i dh pendek. npe u tak bgtwu bnde ni awal2.. hoho. so i nak tanya 1, macam mana nak kasi rmbut cepat pjg macam u? jawab eh! thnks!
eykameow(Quote)
zuemee
hye…ur hair sangat canteks..sumpah saya suke tengok..:)
thnkx 4 the info…i like… zuemee(Quote)
ain
hai yana..i silent reader je before this. this time rasa nak comment plak.hehe.
btw, i envy your hair. seriously sangat cantik
and your skin nampak flawless sangat.
bole tak share u pakai product apa for skincare? ain(Quote)
niny
OMG!! your hair is absolutely gorgeous!
niny(Quote)
Juwita MY
u sangat cantik! i adore u! keep up with the good beauty tips!
love. Juwita MY(Quote)
kilaaa
wahhh.best ni best! kilaaa(Quote)
Lizzie Yasmin
Hye tq for sharing tips.. just nk tanya.. u ada masalah keguguran rambut tak.? pls share me tips 4 it..
You got nice hair, n how do u mantain volume.. Lizzie Yasmin(Quote)
einnmohdhairi
wah!..i baru perasan yg blog Stubborn is Me dah msuk kt sidebar sebelah 2..ehehehe..
well,i xpenah miss all ur posting sis!..
sume nye amat berharge..(mcm iklan maybelline pulak..)
hehe..thx 4 all ur opinion,tips2…
sumenye bagos2..
i nak sgt ade rmbut cantik mcm u sis!!… einnmohdhairi(Quote)
nairaariaa
rambut u mmg chantek n shinny…i loike…hee~ nairaariaa(Quote)
cherrie
dear, i baru add u kat FB
My old account kene hack..
harap sudi approve yer dear sis
TQ
p/s: Kudenzz pecah rahsia awak beli new gadget
cherrie(Quote)
princesseryna
sgt jeles melihat rambut u yg lebat itu…huhu princesseryna(Quote)
eira
thanks for sharing! its a valuble. but seriosly u have a great n beautiful hair.. eira(Quote)
Zaida
rmbt u mmg sgt cantek ! ehh bpe hrga utk straightener dr vidal sasson tu ? n klau nak gna tu x perlu ada conditioner khas or something ke ? Zaida(Quote)
lala
salam.
you simpan rambut bape lame ek?
you taw tak cara nak bagi rambot cepat panjang,well rambut i nie degil..lambat benor nak panjang.
kadang rase ak berbaloi tunggu lame2. lala(Quote)
nana NAS
waa, suke rambut tu
nana NAS(Quote)
ayin
hi yana!
u penah pakai hair mask?
if penah, boleh recommend any specific brand x? ayin(Quote)
Nadya Aqilah
hye yana…
rmbut u cantik lah…teruja tgk..muka pun sweet je..
rmbut i ikal macam u jugak, tp serious susah nk jaga..asyik kering je..n menggerbang…tak tahu nak buat cane..leh bg tips tak? rmbut i kasar sket… Nadya Aqilah(Quote)
dira
assalamualaikum
juz nk tnye brpe ea harge vidal sassoon hair curler 2??
tq dira(Quote)
syira
lilianna!i really love ur hair..u so beautifull:) im dream to have a hair like u,..but then my hair so straight..i x suka..i salunya akn curl rambut i pkai straightener everytime i shampu..mmg a bit dry la if everytime buat mcm tu..tp i bli treatment i sndri nk nmpk curl looks original..now everyone love my hair..;) bye lovely! <3 syira(Quote)
feezha :3
suke dengan rambut tu..
D feezha :3(Quote)
sarah
hmm..nk tanya..i da msalah la nk jga rambut nie sbb rambut i bru pas wat curl..kadang2 dya nmpk serabut sgt even da pky moose or perapi rambut..mcm mana ek? sarah(Quote)
The Author
Hi visitors! I'm Lilianna Mardiana and welcome to my page. Do drop some comments and link whenever you're around. Want to know more about me? Click About Me.
Browse nicely ya'all, no ripping or mean words are allowed here. :)
Current Visitors
I ♥ My Followers
Vlog dan Video Tutorial.
Entri Tips Kecantikan dan Rambut.
1. Video Solekan Smokey Eyes
2. Mascara Kegemaran I
3. Scrubs Muka Kegunaan I
4. Peeling Mask Kegunaan I
5.Solekan Siang yang Natural
6. Soalan Jawab Perihal Rambut
7. Curl Rambut Menggunakan Flat Iron
8.Cara Memakai Eyeliner
9.Makeup Ketika Cuaca Panas
10.Tips Rambut Lebih Ber-Volume (Tebal)
11. Pemilihan Shampoo yang Sesuai
Entries yang Fofular Kononnye. :P
1. Memories Part-1
2. Memories Part-2
3.Kisah di Tandas McD
Recent Posts
Saya Suka Bebel Mengenai…..
Have A Look Around
Bestie
Blog Top Referrals. Thank You! :D
Bloggers-1 :)
Must Read Everyday
My HighSchool Buddies
The Girls
The Guys