Tips Control Berat Badan Ketika Dan Selepas Musim Perayaan

by on August 20th, 2012
20 CommentsComments


Assalamualaikum korang!

Ya ampun tu dia Lilianna Mardiana, dah berbulan kau tak update tup-tup hari raya kedua ni kau rajin pulak update hehe. Maaf ye semua, macam yang I pernah cakap dulu, I sangat sibuk tahun ni memandangkan I dah berada di final year sekarang. Baju raya pun beli last minutes tau, haa tak tau lah nak membuktikan bagaimana sibuknye hidup I sekarang ni -__-”

Anyway macam tajuk entry di atas, disebabkan I nak bagi tips-tips diet kepada semua jadi kenalah I bagi secepat mungkin sebab nanti lepas raya fever dah habis apelah gunanya tips-tips nak control berat badan during and afer raya ni kan? lol, common sense sungguh penjelasan I tu ye, kawan-kawan :P

But this is how I personally controls my weights. Jadi sebab  ramai yang bertanya-tanya macamane I control berat badan I lepas I kehilangan banyak berat badan tahun lepas, haa inilah cara I control berat I dengan lifestyle I yang memang takde langsung berpeluang untuk ke gym atau buat aktiviti-aktiviti sukan (bagi mereka yg pemalas nak ke gym macam I pon boleh amalkan tips ni ye haha) .Ok enough blabbering, let’s move on with the tips;

 

1. Ambil sarapan pagi sebelum pergi berkunjung ke rumah mak ngah, pak long, mak lang dan sebagainya.

Ni lah perkara paling-paling penting sekali yang perlu di jaga ketika mengamalkan diet untuk jaga berat badan atau untuk turunkan berat badan. Memang cliche’ bila dengar orang cakap “Never miss your breakfast” tapi memang betul pon. Waktu bulan puasa kita dianjurkan untuk bersahur, jadi badan kita dah biasa mendapatkan makanan di waktu pagi untuk dijadikan bekalan tenaga kita sepanjang waktu berpuasa tu.

Tapi apesal lepas puasa je jadi malas balik nak ambik breakfast? Haa bad habit ni! Kena jugak ambik breakfast ok. Sebab kalau pergi rumah saudara-mara jiran tetangga dengan perut kosong, ayooo bahaya tau! Time raya ni bermacam juadah di sediakan, sedap-sedap belaka jadi untuk elakkan kita makan terlalu banyak, cara paling mudah ialah pastikan perut kita tidak kosong sebab dah ambil breakfast. Ini boleh bantu kita elakkan over-eating. Haa ada 3-6 buah rumah kan nak melawat time raya ni, jadi janganlah pulun makan banyak-banyak kat satu rumah je, simpan lah ruang kat perut tu untuk  pulun juadah di rumah lain pulak :P

 

2. Portion control

Dalam erti kata lain, korang boleh makan ape sahaja yang korang idamkan, yelah raya kan? Makan je lah ape je juadah depan mata tu, dah sebulan kita berpuasa of course dah banyak berat yg turun. Tapi nak turun berat badan memang senang, nak maintain berat badan yang dah turun tu yg susah sebenarnye. Jadi untuk elakkan air liur menitik membasahi baju-baju raya kalian semua yg vogue-vogue gitu, janganlah biarkan diri menengok je org lain makan sedap-sedap, mana aci.

Korang pon boleh jek makan ape-ape yg terhidang, satay ke, ketupat dengan rendang ke, kuih bahulu ke, ape-apa je lah, tapi kena jaga portion. Inilah diet yg paling mudah bagi I. Jadi ambik pinggan tu dan letakkan sikit-sikit je semua juadah yg korang teringin tu. Ingat yg kita makan untuk isikan perut, bukan untuk penuhkan perut. Jadi ambil sikit-sikit tapi merasa makan semua benda, itu dah memadai kan?

 

3. Elakkan minuman yang banyak kandungan gula

Selalunya musim raya ni memang orang hidangkan air yg manis-manis je kan? Kalau rumah tu rumah orang yang korang kenali macam saudara mara yang rapat atau rumah member-member sendiri, jangan segan-segan mintak je air kosong atau air sejuk untuk diminum. Sebabnya air yang tinggi kandungan gula tak elok untuk kesihatan lepas tu kandungan gula yang tinggi kita semua pon tahu kan, ade hidden calories lah apelah, jadi cuba elakkan minum air bergula ye.

But but, kalau tuan rumah dah hidangkan air bergula tu tak elok pulak nak tolak kan, jadi minum je lah kalau dia dah hidangkan tu nanti dikata orang tak sedap lah kan? :)

 

4. Jaga kalori intakes.

Ramai yang mengeluh bila bercakap pasal kalori intake. Ada yang kata “Alah makan je lah buat apa nak kira-kira calories bagai”. Inilah mentaliti yg salah, Kalori dalam makanan tu menunjukkan berapa banyak tenaga yang dibekalkan dalam satu makanan tu untuk keperluan badan kita. Read the word carefully; Untuk keperluan badan kita.

Jadi kenapa nak biarkan badan kita disumbatkan dengan makanan yang beratus-ratus kalori sedangkan badan kita cuma mampu untuk bakar sedikit je dari kalori tu? Contoh; makan fast food sampai cecah 600 calories, sedangkan lepas makan tu kita akan balik rumah dan duduk tengok tv je. Haa tu la sebabnya kenapa kita cuma perlu makan sekadar keperluan badan kita je.

Rindunya nak beriadah macam waktu ni!

Kalau lepas makan fast food 600 calories tu, kita pergi bersukan, beriadah atau workout, tak salah pon makan calories yang setinggi tu dalam satu hidangan makanan. Sebabnya dah memang badan kita akan bakar at least half of that 600 calories. Jadi bergantung kepada keperluan badan kita dan aktiviti kita, perhatikan calories intake dan jangan makan melebihi kemampuan badan kita untuk bakar kalori tu dengan efficient, tak semua orang ade metabolism yang tinggi jadi dah tahu tu jaga-jaga pengambilan calories tu.

Tapi memanglah time raya ni macamane nak tahu calories berapa-berapa semua, haha takkan kat setiap kuih raya ade label di tepi balang raya tu yg tulis “250 calories untuk 5 ketul kuih”. Takpe-takpe tips ni tak berapa nak berkesan untuk musim raya lol, tapi amalkan lah lepas waktu raya ye ;)

 

5. Jaga stress level dan jangan terlalu risau pasal berat badan

Ini kan raya, janganlah stress out sangat nak jaga berat badan tu. Rileks je, everything will turn out well. Sebab kalau stress-stress ni, akan naikan paras gula dalam badan *I baca somewhere lah, not sure if it is backed by medical evidences or not*. Jadi rileks dan jangan terlalu pressure diri anda untuk maintain kan berat badan yang confirm dah banyak turun waktu bulan puasa hari tu. Ingat; when you feel comfortable in your own skin, no one’s opinion could change the way you feel about yourself.

Find  a bunch of good and close friends that will supports and motivate you to be the best of yourself

I paham macamane stress+geram rasanya bila lepas raya nanti, kot-kot ade saudara mara atau kenalan yang tegur “Eh dah naik ye badan kau?” atau “Laa apesal dah chubby sangat ni?”. Memang rasa nak sumbat je penumbuk padu zip je mulut diorang kan tapi chill,  tu semua tak memberi kesan apa pon pada diri korang.

Fikir yang walaupun berat korang dah naik sikit, korang tetap disayangi oleh orang-orang sekeliling korang, even berat dah naik, korang still memiliki kepandaian dan kemahiran dalam sesuatu perkara, tu semua tak berubah pon kan?  Those who truly loves you will still loves you no matter what, so never hate yourself just because you’ve gained some weights.

Diet untuk jaga kesihatan, bukan semata-mata untuk turunkan berat badan. Sebab ade je orang yang kurus tapi sebenarnya dia tak sihat sebab kekurusan dia tu (ex: anorexic, bullimic atau masalah terlalu underweights) tapi ade jugak orang yang walaupun badan dia nampak macam berisi tapi dia takde penyakit-penyakit kronik. Jadi sebagai perempuan,nasihat I ialah kita janganlah stress-kan diri sangat untuk nampak perfect, sebab memang takde sesiapa yang perfect kat dunia ni.

 

Stay happy while staying in shape because you wanted too, not because others keep saying that you ought to. ;)

 

So that’s it, itulah 5 tips untuk control berat badan di musim perayaan atau lepas-lepas dah habis raya nanti daripada I. Insyallah, I akan update lagi nanti.

Oh ye, I nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat hari raya dan maaf kalau ade kata-kata I yang buat mana-mana pihak terguris sepanjang 4 tahun I berblogging ni ye. Have a safe trip coming back from your raya break, everyone (^__^)

 

p/s: Gambar raya coming soon dalam entry bumper raya haha.


Go to the main page

Categories: Beauty Tips, College Life, My Experiences, My Motivation, Yours Truly

Comments

Feed
Trackback URL

Leave Comment

Commenting Options

Alternatively, you can create an avatar that will appear whenever you leave a comment on a Gravatar-enabled blog.

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.