Review: My Favorite Whitening Tissue Masks

by on May 26th, 2011

Hi korang!

Gosh, lamanye I tak update blog, sorry sangat! Sejujur-jujurnyenye, I don’t feel so good this whole week. (-____-) Biasalah, dengan keadaan cuaca sekarang dan jugak kedatangan menstrual yang menyakitkan, haish rasa macam badan I tak cukup kuat nak cope with all that. *sigh* Nak salahkan siapa, salahkan diri sendiri la sebab time tengah sihat-sihat dulu tak jaga waktu tidur, tak ambil makanan berkhasiat, dan selalu sangat lupa nak minum air secukupnya. Ok cukup-cukuplah I bebel tu kan, dah macam nasihat dari iklan kempen kesihatan pulak, lol.

So untuk entry kali ni I nak share dengan readers semua tentang salah satu product yang wajib I guna tiap-tiap minggu iaitu whitening sheets ataupun tissue masks.

 

Kenapa mesti tissue mask jenis Whitening? Kau nak putih mana lagi hoi?

Sebelum ada yang tanya cenggitu nanti, meh cheq habaq mai awai-awai kat hangpa na. Takdelah nak kata I ni obses nak jadi kulit putih, huish cuma biasalah kulit kita orang Malaysia ni kan terdedah pada cahaya matahari tiap-tiap hari, jadi lama-lama warna kulit pon kusam dan makin gelap. Jadi whitening mask dalam bentuk tissue  ni lebih berkesan untuk I kalau I nak cerahkan balik kulit I kepada tona asal ataupun satu tona lebih cerah dari yang asal. :)

Dan I ada je pakai mask muka jenis hydrating, clear clogged pores and so on, cuma bila bercakap pasal tissue mask, I lebih terdorong beli tissue mask yang janjikan hasil whitening, tu sahaja. *wink*

 

Apekebendanye tissue mask tu?

Ala, benda alah yang macam kain putih yang bila kita tempek kat atas muka, terus muka jadi iras-iras macam Jason dalam movie Friday the 13th tu la. :p

Bagi yang tak tahu, secara umumnya tissue mask ni ialah masker muka yang mengandungi kandungan essence dalam kadar yang tinggi dan ia lebih pekat berbanding daripada kandungan dalam cream muka biasa. Jadi sebab tu la benda ni penting bagi sesiapa yang nak dapatkan kesan pencerahan atau kelembapan atau kulit bersih, dalam masa yang singkat.

Sebab kalau tissue mask tu betul-betul bagus, sekali pakai pun dah boleh nampak hasil yang memuaskan. Tapi biasalah, hasil dari tissue mask ni selalunya akan bertahan dalam 3-4 hari je, lepas tu back to your normal skin condition. Tu sebab I selalu dengar orang cakap kalau nak maintain-kan hasil dia, lebih baik pakai sekurang-kurangnye 2 keping sheets mask dalam seminggu. At least that’s what I do. :)

In random order, takde ranking-ranking sebab semua pun I suka sangat-sangat. Tiada sebarang unsur-unsur pilih kasih sebab harga masker tu mahal ke murah ke, brand high end ke bukan ke, semuanya sama. Ni semua berdasarkan pengalaman I yang dah beberapa kali guna masker ni semua. ^__^

 

MJ Care Essence Mask


Harge: RM 3 (Waaaaa I like!)

Boleh dibeli di: Beauty 711.com (click untuk pegi ke website online shopping ni ye)

I dapat tahu pasal masker ni lepas baca review dari blog Jean dan I dah beberapa kali beli dan cuba masker MJ Care ni and to me this is one of the most affordable and effective product for my skin type (kulit I ialah kulit kombinasi)

Kulit I sensitive kadang-kadang bila I pakai tissue masks. Ada beberapa kali jugaklah kulit I jadi gatal-gatal dan ada keluar tompok-tompok kecil warna merah sebab mungkin I sedikit allergic dengan bahan dalam masker muka tu. Tapi alhamdulillah so far I pakai masker MJ Care ni, I have no issue with it all that, takde sebarang irritation pernah berlaku pada kulit I.

MJ Care mask ni ialah masker keluaran dari Korea, mungkin tak ramai yang tahu mengenai jenama masker ni sebab I pon baru cuba masker ni 2 bulan lepas. Tapi mask ni popular di kalangan pengguna negara Korea dan jugak Japan.

Dia ada pelbagai varieties jadi korang boleh pilih yang mana korang nak bergantung pada keadaan kulit masing-masing. Bagi yang inginkan kulit cerah,putih dan gebu boleh cuba Arbutin, Raspberry atau Acerola. Bagi yang berdepan masalah jerawat dan dan parut jerawat boleh cuba Herbs atau Charcoal. Bagi yang memiliki kulit matang ataupun berusia boleh gunakan mask dengan fungsi anti-ageing macam EGF atau Royal Jelly, dan bagi yang kulit kering boleh cuba Jasmine, Caviar, ataupun Pomegranate.

4 jenis masker MJ Care yang I dah cuba.

(Sorry for the pale no makeup face in this photo, it was taken just now hehe)

So far I dah cuba 4 jenis masker dari MJ Care ni iaitu Arbutin, Raspberry, Charcoal dan Herbs. Semua pun I suka sangat. Pemilik website tu pulak sangat friendly dan bermurah hati sebab berikan free mask bila I beli kemudiannya products dari website dia, hehe super happy! :D Next time mungkin I nak cuba masks jenis Pearl dan Royal Jelly pulak. :)

Pros: Budget friendly, effective mask (in terms of brightening my skin, heal some of the acne scars) and no irritation on my sensitive skin, dan pelbagai pilihan untuk semua jenis masalah kulit. (I think this is the main reason I really like this mask!)

Cons: None. Sebab kulit I takde terima apa-apa allergic reaction pun hasil dari pakai keempat-empat jenis masks yang I dah beli tu. Tapi I rasa untuk mask jenis Caviar tu mungkin I tak boleh pakai kot sebab I’m allergic tu all kind of fish kan? Emm bummer.

 

SK-II Facial Treatment Mask

credit picture

Harga: RM40+ untuk 1 piece dan RM259 untuk 6 pieces. (ughhh pricey)

Boleh dibeli di: Counter SK-II di Parksons, Sasa, Sasa Online website, dan banyak lagi website online shopping.

Note: Hati-hati bila berbelanja barangan muka di online shopping, pastikan korang tanya bila tarikh luput masker tu, takut terbeli masker yang dah expired pulak  (>__< )

Yeah,pretty darn expensive for a tissue mask, huh? *sigh*. Dengan status masih bergelar student, I memang tak mampu nak pakai tiap-tiap minggu masker ni, lol, tapi bagi I masker ni sangat-sangat berguna di saat I nak kulit I nampak extra wow pada hari-hari penting macam untuk dinner date or special occasions. This truly is a miracle mask, no doubt about that.

Pertama kali I cuba masker ni ialah 2 tahun yang lepas dan sejak tu I jatuh cinta dengan mask ni. I boleh nampak perbezaan yang sangat ketara lepas sekali je pakai mask ni. My skin looks amazing, I rasa macam tak nak pakai makeup hari tu sebab I kulit I nampak sangat berseri.

I really really do love this mask, but the price is just out of reach for me to use it consistently every single week. *booooo* So for me, this is just a mask that I would use for one of those extra special day or kinda like a luxury facial treatment for my face. :)

Tapi bagi sesiapa yang ingin cuba SK-II product, cuba dapatkan sample size dari counter SK-II. Sebab ada sesetengah orang yang allergic pada bahan dalam product tu.

Pros: Tona kulit sekata dan lebih cerah, lubang roma lebih kecil, kulit sangat lembut dan gebu, luminous and clarify skin.

Cons: Expensive and smells a bit. Nama pun SK-II, kalau tak bau macam nasi sikit bau ape pulak kan. Tapi macam Treatment Essence dia yang I pernah pakai dulu, bau masker ni memang tak sekuat bau Treatment Essence dia la, tapi memang ada la sedikit bau, jadi bagi yang tak suka product muka berbau pelik atau wangi, masker ni mungkin bukan pilihan korang.

 

Garnier Light Whitening Tissue Mask

credit picture Google search.

Harga: Around RM10, ada tempat jual murah sikit berbanding harga di tempat lain.

Boleh dibeli di: Guardian, Watsons, Giants, and mini market kat bawah apartment I, hehe.

Ini rasanya tissue mask yang paling kerap I guna kot? Haha sebab senang nak beli, banyak tempat yang jual mask ni kan? So yeah, I wouldn’t say this is the best mask ever when it comes to whitening effect, because I have seen a better result from other brands. Tapi yang I paling suka mengenai masker ni ialah sebab dia ada kandungan lemon dan lemon sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat di muka I. :)

Yeah, I’m a picker, I tak boleh tengok jerawat nanti mula la gatal-gatal je tangan ni nak memicit dan menonyoh-nonyoh jerawat tu.Dan hasilnya tadaaaaa parut jerawat I. *sigh* Ni la kerja yang tak berfaedah namanye. Azam I untuk pertengahan tahun 2011 ni ialah untuk berhenti memicit jerawat!

Dan sebab tu la I lebih suka guna masker ni untuk pudarkan parut jerawat kat muka I,tapi jangan salah anggap, this is a decent whitening mask, kulit I memang nampak agak cerah selepas pakai masker ni. Cuma the whitening effect is so-so la.

Pros: Berkesan pudarkan bintik hitam di kulit dan parut-parut jerawat, kesan whitening yang sederhana bagus, tiada sebarang allergic reaction.

Cons: None.

 

Estee Lauder Cyber White EX Extra Brightening Radiance Recovery Mask

Harga: Around RM200+ for 6 pieces

Boleh dibeli di: Counter Estee Lauder di Parksons, Sasa Online website dan ada websites-website online lain yang jual mask ni.

I suka pakai mask ni sejak awal tahun lepas tapi macam SK-II jugak, harga la penyebab I jarang-jarang pakai masker ni, hehe cuma untuk special events je (lagipun I bukan jenis yang selalu pegi special event, lol so this mask does lasted quite long for me teheeee :P )

Tapi bagi sesiapa yang nakkan whitening effect, masker ni memang terbaik, it does an excellent job on that part. Kadang-kadang kulit I nampak lebih gelap dan terlampau tan sebab I banyak sangat berjalan ke hulu ke hilir dengan Aoki. Bila guna masker ni dan tidur semalam dengan masker ni bertempek kat atas muka I, keesokannye muka I nampak lebih cerah dan tak lagi terlalu tan.

Tapi mask ni ada sedikit bau perfume. Jadi bagi sesiapa yang tak suka masker yang ade bau wangi mungkin tak berkenan mask ni, tapi bagi I, tu tak jadi masalah.

Pros: Superior whitening effects, kulit lebih lembut dan warna sekata.

Cons: Expensive.

 

Antara tissue masks yang bagus tetapi tidak berjaya menjadi pilihan di hati I?

-Shiseido White Lucent Intensive Brightening Mask (lebih kurang macam Estee Laude mask jugak fungsinya cuma I lebih suka hasil dari Estee lauder.)

-Olay White Radiance Mask (whitening effect dia bagus, tapi I tak suka bau dia, dan kulit I gatal-gatal dan merah sikit lepas pakai mask ni)

-Activa Miracle Whitening Mask (normal, I takdelah suka dan I takdekah tak suka, so-so)

-Kose Seikissei Essence Mask (whitening effect dia okay tapi kulit I agak gatal lepas guna dia)

 

Disclaimer: Macam yang I cakap, kulit I memang sensitive, I ade allergic pada ikan dan sesetengah bahan daripada herba boleh buat kulit I jadi kegatalan. Jadi mana-mana product yang I cakap buat I rasa gatal dan kulit kemerahan,tu semua cuma effect pada kulit I, pada kulit korang mungkin product tu takkan beri hasil begitu. So please jangan fikir I nak downgrade-kan mana-mana products yang I nyatakan, this is just my honest opinion based on what I have used on my skin and based on my skin’s condition. :)

p/s: Oh hiiiiiiiiii followers! Rasa nak nangis sebab terharu boleh? Hehehe terima kasih sebab sudi sangat-sangat follow blog I. Pada yang tak tahu, biarlah I cakap awal-awal yang blog I ni memang jarang dapat di update tiap-tiap hari jadi mintak maaf sangat-sangat kalau korang selalu bukak page ni dan takde entry baru. :(

Dan I kadang-kadang tak termampu balas semua komen-komen di setiap entry, tapi I cuba balas semana yang I mampu tapi kalau korang ada sebarang soalan atau pertanyaan yang perlukan jawapan yang cepat dari I, do find me at my Twitter or email pada Gmail I ye, I will get back to you fast!

Terima kasih korang!!! <3

 

 

Exam is over and Hello Holiday! Woots :D

by on May 16th, 2011

Hi hi korang!

Yes, I happy sangat sekarang sebab final exam I dah habis hari Khamis lepas. Syukur alhamdullilah I boleh jawab kedua-dua papers final I tu dengan tenang, iaitu paper Law of Succession dengan Islamic Constitutional Law.

Beberapa minggu sebelum exam dan jugak waktu exam week tu memang minggu paling mencabar la bagi I, sebab banyak sangat  revision yang perlu di buat, case law pulak memang berlambak-lambak kena hafal. Padahal I ambil exam untuk 2 papers je sebab short semester kan. Sem ni I ambil 3 subjects tapi cuma 2 subjects je yang ade final exam, yang lagi 1 subject tu cuma markah project, paperwork dan presentation je. Tapi stress nak kena hafal banyak cases tu haish dah macam stress ambil 5 subjects pulak. >__<

Well hopefully all of my hard work paid off. Dan sekarang I lega sangat I dah habis tahun Gamma, next semester I akan masuk Delta year, and then Epsilon dan lepas tu insyallah, I boleh la melangkah ke alam pekerjaan pulak dan ucapkan selamat tinggal kepada alam college. :P

Tapi rasanya untuk exam kali ni la, kulit I paling banyak bikin masalah. Mungkin sebab tarikh exam berhampiran dengan menstrual cycle I ataupun mungkin jugak sebab hormone I memang tengah tak menentu sekarang, I am now left with a bunch of pustules acnes and acne scars on both of my cheeks. Aoki cakap comel je muka I ade jerawat kat pipi, macam budak-budak sekolah, cis, yeah I tahu dia nak tenangkan hati I je tu sebenarnye haha comel la sangat. *roles eyes*

Pustules acnes, grrr.

credit picture.

 

I mean, yeah satu dua jerawat is acceptable, but more than 4 pustules acnes yang semuanya berpakat melepak kat pipi I sahaja dan beberapa brown-ish acne scars, homaiiiiiigod that is just horrible okay!!! *dramatic music playing in the background, LOL* I’m just kidding people, hehe!

Nah, I am vain *cough but pretty much every girls are vain nowadays ever since the glorious day of Myspace and Friendster,right? :P * but I’m not going to be overly dramatic because of some acnes though. Yeah I hate the sights of those red pustules on my skin,but personally I don’t think anyone should let their minor imperfections be the center of their attention :)

So sekarang, I dah devise a new skincare regime for my current acne-prone skin condition dan insyallah bila-bila nanti I akan cuba kongsikan cara I mengatasi jerawat-jerawat ni dalam new entry akan datang. Tapi kalau I tak post-post jugak entry pasal tu, ehem paham-paham la, maknanye jerawat tu semua still ada lagi kat pipi I dan skincare regime tu FAIL la, hahaha *ketawa dalam tangisan*

 

p/s: Hai-hai new followers! Tenkiu-tenkiu sebab follow blog I ni, serious gembira walaupun tak ber-update lama tapi ade jugak orang sudi follow blog kecil I ni, hehe thanks again! ;)

 

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.