Let’s Have a Fresh Start! Entry Tahun Baru ececeh :P
Assalamualaikum semua!
Tu dia berbulan blog ni berhabuk tak ber-update tibe-tibe gagah kan diri update sempena tahun baru ni kan.
Macam biasalah alasan I memang tak boleh blah lah kan, busy study la assignments lah *fakta ni bukan auta* Apa-apa pon, I rasa bersyukur sangat-sangat sebab walaupun dah lama menyepikan diri dari berblogging, masih ramai yang ingat pada I, terharunyeee *sobs*
Memang dah banyak kali I ada keinginan nak update entry baru di blog ni tapi setiap orang ada prioriti masing-masing kan? Dan bagi I, ada beberapa hal lebih mustahak yang I jadikan prioriti keutamaan I dan hal tu semua yang I perlu dahulukan. Tapi bila ada masa nak update blog, idea nak update ape pulok tak sampai-sampai hehe.
Anyway let’s all have a fresh start this year. Tanam azam baru kalau ada azam tahun lepas tak tercapai takpe-takpe, tanamlah lagi. Yang penting tingkatkan dan perbaharui iman masing-masing, dan berniat lah untuk jadi hamba Allah SWT yang lebih baik di masa akan datang. Syukur alhamdulillah kita semua diberi usia yang panjang sehingga berpeluang untuk melihat 2013. Bermacam peristiwa berlaku sepanjang 2013 ni, tapi syukur semuanya mendatangkan kesedaran dan mendewasakan I yang kadang-kadang perangai macam kanak-kanak ribena lagi.

Mentang-mentang entry pasal fresh start for a new year, bajet mak limah lah saya meletakkan gambar muka fresh bare face di sini hahaha
2013 ni menjanjikan pengakhiran pembelajaran law degree I, tolong doakan I lulus semua papers untuk subjects sem ini dan jugak sem terakhir nanti ye, semua?
Insyallah ada masa dan kesempatan I akan update lagi ye.
Take care everyone!
p/s: Jumaat ni ada midterm paper Jurisprudence II! Wish me luck, guys! ^___^
Review: Sunblock Biore UV Aqua Rich Watery Cream Whitening
Assalamualaikum korang!
Hari ni I nak review mengenai my MUST-HAVE product iaitu sunblock. I love sunblock, bila muka ade parut jerawat yang berwarna coklat,dan bila I terlupa pulak nak pakai sunblock pada hari tu, confirm nanti tanda coklat dimuka I tu semakin gelap sampaikan sekali pandang terus terfikir ada kismis melekat di muka ughh.
Actually I dah guna sunblock ni lebih kurang sebulan lebih jadi I nak buat review mengenai pendapat I setakat ni mengenai sunblock ni, oh ye ni bukan sponsor advertisement ye hehe I beli guna duit elaun bulanan I so jangan kata I tak bagi review yang honest pulak

Nama product: Biore UV Aqua Rich Watery Cream Whitening
SPF: 50 PA +++
Harga: RM32.90
Boleh didapati di: Guardian, Watsons atau mana-mana pharmacy.
Fungsi: Melindungi kulit dari sinaran matahari, melembapkan kulit dan mencerahkan kulit.
Pendapat I: Kulit I memang tak pernah sunburn waktu I guna sunblock ni sepanjang I pegi ke kelas walaupun kadang-kadang I terdedah pada cahaya matahari yang sangat terik (p/s: kulit I jenis yang mudah sunburn *sobs sobs*). Dan I memang tercari-cari sunblock yang boleh melembapkan kulit I tapi I tak naklah sunblock yang buat kulit jadi berminyak. Dan setakat ni sunblock Biore ni memang elok untuk sesiapa yang tak nak kesan kulit berminyak sewaktu menggunakan sunblock, sebabnya sunblock Biore ni cepat meresap ke dalam kulit.
As for the whitening effect, yes it does give a slight whitening effect to the face. Tapi takdelah whitening mana kan, cuma kulit nampak lebih dewy dan tona kulit lebih sekata. Dan sunblock Biore ni memang ade bau perfume jadi bagi sesiapa yang tidak tahan dengan bau-bauan wangi pada produk, this may not be a good choice for you.

Tekstur sunblock ni dari putih melepak akan blend sekata dengan warna semulajadi kulit.
Kesimpulannya;
Kelebihan product ni ialah:
-Harga yang berpatutan.
-Memang berkesan untuk melindungi kulit dari matahari.
-Tidak memberi apa-apa kesan allergic pada kulit I.
-Mudah meresap pada kulit, tidak terlalu berminyak.
-Tidak menyebabkan ‘smudge’ pada make-up.
Kekurangan product ni ialah:
-Mengandungi perfume jadi ia tidak sesuai bagi kulit sensitif yang tidak tahan dengan alcohol.
-Ianya tidak waterproof. Jadi ia kurang sesuai untuk digunakan ketika korang menjalani aktiviti outdoor atau aktiviti yang boleh menyebabkan lebih banyak peluh terhasil di muka, sebab nanti kesan pelindungan dari sunblock ni akan berkurangan bila sunblock tu luntur dari muka, jadi kena re-apply sunblock tu semula setiap kali berpeluh haiyo sangat leceh. (>_<)
Kat sini ada 2 pictures yang mana I gunakan sunblock Biore ni pada waktu tu, sesetengah sunblock akan hasilkan kesan wajah ‘bertopeng putih’ dalam gambar, but I am so glad that this sunblock does not cast any white-ish shadow on my face.

Gambar di ambil dengan cahaya dalam bilik.
I gunakan sunblock Biore dengan compact powder dalam gambar ni.
And yes, I snap picture ni hari ni hehe.

Gambar diambil di luar.
I pakai sunblock Biore, foundation dan loose powder dalam gambar ni.
That’s all for the review.
Have a lovely Monday, everyone!

