Product Review: Hada Labo Arbutin Whitening Essence
Hey korang!
Sorry sebab lama menyepi tanpa update! Law school is driving me insane this semester. The most nerve-wrecking subjects you may ask? Company law and Land law! Serious I cuak dengan 2 subjects tu.
Haish, I takde masa nak keluar bergurau senda dan bergedik-gedik dengan member-member I, sebab kelas kitorang memang pack sangat semester ni. *sigh Anyway I will update soon on some personal entry, lepas I keluar dengan diorang okay? *wink*
Macam title entry kali ni, ia mengenai product Hada Labo yang semakin meletup-letup di Watsons sekarang, iaitu Arbutin Whitening Essence. I beli essence ni last week waktu keluar dengan parents I, time TU mummy I tengah survey-survery product ROC, I ternampak essence ni di kaunter Hada Labo di Watsons, Aeon Jusco Johor Bahru.
Sebenarnye dah lama jugak I berminat nak cuba Hada Labo ni, lepas I terbaca tweets dari kawan-kawan satu course I yang pernah guna Hada Labo, diorang cakap product dia best dan sangat sesuai dengan kulit diorang. Jadi lepas I survey-survey sedikit di internet mengenai barangan Hada Labo , I berkenan dengan essence whitening ni.
Ye ye, tak habis-habis nak product cerahkan kulit, kan?
Actually I memang dah lama nak cari product yang boleh bantu cerahkan parut coklat kesan daripada jerawat lama I, jadi dalam hati I memang dan nekad nak lumur satu muka dengan essence Hada Labo tu bila sampai rumah nanti.
Harga essence ni rm60.90, botol dia 30g, tinggi pulak rendah sedikit dari tinggi iphone 3gs.
First Impression:
I perasan tekstur essence ni mirip tekstur lotion dan memang cepat menyerap ke permukaan kulit. Cuma I tak sangka tekstur dia macam tu,sebab I ingat dia lebih berminyak macam serum Origins yang I selalu gunakan. Tapi I tak kisah, janji Arbutin dan vitamin C tu boleh bantu pudarkan parut jerawat I, I won’t complain much about anything else. *sangat desperate bunyinye kan, haha*

2 jam kemudian, I tengok cermin dan I ternampak beberapa whitehead dan bintik hitam di pipi I. Dalam otak; “Ahhh sudah!”.
Kan I ada cakap yang I excited masa nampak product Hada Labo ni di Watsons tadi? Ye, sebab excited sangat, I tak baca pun ingredients atau bahan kandungan dalam product ni. (my bad! *geleng-geleng kepala*) Mata I waktu tu cuma tertumpu dengan 2 perkataan iaitu “Vitamin C” dan “Arbutin”.
Bila I check, alamak, ada Isopropyl Myristate laaa!!!
Kulit I memang bertindak balas cepat dengan apa-apa product yang ada Isopropyl Myristate, masa tu nanti mula la ade jerawat tumbuh, lubang roma tersumbat dan sebagainye. Dan nampaknye tu la yang terjadi bila I guna Arbutin Whitening Essence ni, lubang roma I tersumbat disebabkan adanya kandungan bahan tu dalam essence ni. *sobs sobs*
Tapi macam yang I cakap, I kan degil.
Jadi lepas I gunakan deep cleansing mask ataupun clay mask untuk bersihkan lubang roma yang tersumbat tadi tu, I pun guna la sekali lagi essence Hada labo ni. Tapi kali ni I guna di tempat yang ada parut jerawat sahaja. I guna cotton buds dan sapukan essence tu hanya dia tempat yang ade parut jerawat dan bukan lagi di seluruh muka I.
Again, dang!!!!
Benda yang sama berlaku! Beberapa jam lepas tu, di sekeliling parut jerawat I ada beberapa bintik gelap yang menyerupai blackhead. Emm nampaknye I memang tak boleh guna essence ni, sedih okay!! Sebab kalau ikutkan kandungan Arbutin yang tinggi dalam essence ni memang elok untuk bantu cerahkan parut jerawat.
Conclusion:
I bagi 2 ouf of 5 stars untuk product ni sebab I tak boleh guna langsung! Kulit I yang sensitive ni tak tahan dengan kandungan bahan Isopropyl Myristate. I bagi 2 stars sebab I rasa kombinasi arbutin dan vitamin C memang bagus untuk product sebegini, too bad I can’t use it though.
Recommendation:
I recommend kan product ni kepada sesiapa yang mempunya kulit kering atau normal, sebab bagi mereka yang berkulit kombinasi dan berminyak, kita (tak semua orang okay, tapi kebanyakkannye) akan lebih terdedah untuk mendapat lubang roma tersumbat yang akan menyebabkan pembentukan jerawat, bila kita (insan-insan kulit berminyak dan kombinasi) menggguna product yang mengandungi Isopropyl Myristate.
But this product is still a good product in terms of whitening, sebab walaupun lubang roma I tersumbat, I boleh nampak sedikit kesan pencerahan pada parut jerawat I. Still, I tak nak ambil risiko jerawat-jerawat tu semua datang semula ke muka I.
So I’m letting go of this product.
Would I buy this product again?
No. Tapi I mungkin akan cuba products lain dari Hada Labo, macam cleanser ataupun lotion dia, tapi I takkan beli lagi essence ni.
Disclaimer: Semua ini adalah berdasarkan pengalaman dan hanya pendapat I yang telah menggunakan product di atas, jadi sebarang hasil, kesan dan reaksi daripada penggunaan product yang dinyatakan hanyalah tindakbalas ke atas kulit I semata-mata.
5 Mitos dan Fakta Mengenai Penjagaan Kulit
Hey korang!
Oh yes, semester baru dah bermula, I am officially in Delta year now, wohooooo! In other word, I am now in my 3rd year of law school. ^__^ But erm, I tak datang lagi kelas untuk first week ni, hehe jangan tanye apa alasannye, I boleh berikan sepuluh alasan kenapa I tak boleh datang first week classes.
Tapi alasan kesihatannye ialah I kena food poisoning 2 hari lepas, so yeah, tandas kat rumah I tu dah jadi bilik no.2 I dah sejak beberapa hari ni. Pfft. Anyway, I dah jumpa doktor, insyallah beberapa hari lagi oklah kot. Oh ye, berkenaan result exam semester lepas, alhamdulillah pointer I naik walaupun tak naik banyak, hehe. Tapi lebih baik la naik dari turun kan? *positif thinking, haha*
I dapat banyak komen-komen di Facebook, Twitter dan emails dari readers yang tanya pada I berkenaan penjagaan kulit semua, by now semua yang selalu baca blog I ni pon tahu kan yang I ni memang skincare fanatics, hehe. Tapi I hanya percaya pada product kulit yang berasaskan science, jadi I takkan bazirkan duit untuk beli atau guna product tu melainkan ada bahan-bahan dalam product tu yang memang terbukti berguna untuk atasi apa-apa masalah kulit I.
Jadi untuk entry kali ni I nak bercakap pasal beberapa mitos dan fakta yang I selalu dengar mengenai penjagaan kulit. Semua information ni I dapat dari beberapa buku yang I pernah baca dan kebanyakkannya dari pembacaan articles di internet, pendapat beberapa dermatologists, so I nak share mengenai ini dengan readers semua. (^__~)
Mitos 1: Lebih banyak krim dan serum yang ditempek ke atas kulit, lebih banyak nutrients dan manfaat yang boleh diserap pada kulit kita.
Fakta: No, ini tak betul.(baca article ini) Basic nya, untuk waktu malam, gunakan sahaja pencuci muka, toner muka dan intensive night cream.
Pada gegelang bawah mata bolehlah gunakan krim mata, tapi sejujurnye I tak guna sangat krim bawah mata sebab mata I jarang-jarang bengkak atau bergelang hitam kalau I dapat tidur yang secukupnye.
Sebenarnye bila terlampau banyak products yang diletakkan dalam satu masa pada kulit, keseimbangan pH pada kulit kita akan terganggu, dan kadang-kadang cream yang kita gunakan tu mungkin akan deactivate-kan fungsi cream kedua yang kita pakai tu (contohnye Salicylic Acid boleh deactivate kan Retinol) jadi apa gunanye membazir pakai 3-4 jenis products yang hanya akan menggangu keseimbangan kulit kan?
Jadi bagi I, less is more. Kalaupun korang macam perangai I, sampai ada berbotol-botol creams dan serums, gunakan satu persatu product tu dalam satu masa dan jangan gunakan semuanya serentak.
Mitos 2: Product muka high-end yang mahal adalah lebih bagus untuk kulit berbanding products di pharmacy atau di kedai biasa.
Fakta: Melainkan korang ialah brand snob, korang pun tahukan jenama Olay, Neutrogena, Vichy dan banyak lagi jenama-jenama bagus di Guardian dan Watson tu adalah setanding dan lebih baik dari product muka high end semua, kan?
Bagi I ni semua bergantung pada individu tu sendiri, kalau korang rasa korang lebih yakin dengan barangan kulit muka yang mahal demi untuk keselamatan kulit korang, ye itu takpe. Tapi dari segi kualiti, jenama yang biasa kita dengar tu kadang-kadang jauh lebih baik dari jenama mahal semua tu. For more information on this, baca article ni.
Macam I, kulit I jenis yang sensitive (I tak tahan apa-apa bahan dari collagen ikan, caviar, algae, atau escargot) , jadi I cuma akan gunakan product yang tak akan buat I allergic.. Dan korang kena tahu la fungsi bahan-bahan dalam cream tu pada masalah kulit korang, jadi janganlah terus beli product penjagaan kulit tu selepas korang tengok iklan promosi hebat dalam tv ataupun magazine sahaja, buat research mengenai product tu terlebih dahulu.
Contohnye kalau korang nak cerahkan bintik hitam atau pudarkan parut jerawat di muka, carilah product pencerah yang tidak mengandungi hydroquinone aka skin-bleaching (melainkan jika hydroquinone tu didapati daripada ubat presciption doctor), guna product yang mengandungi arbutin, vitamin C, licorice extract, Niacinamide etc. Look at the ingredients label of the product and not at the brand.
Mitos 3: Lebih baik beli makeup yang ada SPF, nanti tak payah pakai sunblock sebelum keluar rumah.
Fakta: Ini tak betul, walaupun makeup seperti compact powder ataupun foundation korang tu ade SPF 15 atau SPF 30, korang masih perlu pakai sunblock sebelum keluar rumah untuk elakkan pancaran matahari yang boleh meningkat kadar penghasilan melanin, mengelakkan cancer kulit, dan juga untuk elakkan kedutan pra-matang.
Sebab bila kita pakai bedak dan foundation pada wajah kita, kita cuma pakai nipis je kan? Takkan nak keluar ke kelas atau pejabat kita nak bersolek tebal macam Geisha tu? Jadi jumlah makeup yang dipakai tu tak cukup untuk perlindungan matahari pada kulit kita. Jadi lebih baik pakai sunblock walaupun makeup yang kita guna tu ade perlindungan dari cahaya matahari.
Plus, I tak suka sangat-sangat pakai makeup yang ada SPF kat dalam dia, nanti bila ambil gambar guna flash, OMG! Hantu!!! (>_<”)
Mitos 4: Minum air kosong sekurang-kurangnye 8 gelas air untuk elakkan dapatkan kulit muka cantik.
Fakta: I suka minum air, setiap hari berbotol jugak la air yang I minum. Tapi sadly, minum air takkan bantu untuk membuat kulit kita cantik (baca article ini) Tapi minum air kosong setiap hari MEMANG PENTING sebab ia boleh membantu badan kita untuk singkirkan toksin dan mengelakkan dehydration.
Cuma yang I nak tegaskan di sini ialah tiada hubungkait secara scientific-nya antara kulit muka yang kering dengan kurangnye pengambilan air, itu sahaja. Bagi yang berdepan masalah kulit kering, cuba cari product muka yang mengandungi Hyaluronic Acid.
Mitos 5: Lebih banyak kali menggunakan scrub dalam seminggu, lebih licin kulit hasilnya.
Fakta: JANGAN BUAT BEGINI! Kulit seeloknya di scrub 2 atau 3 kali sahaja dalam seminggu. Memanglah kulit rasa best je lepas guna scrub but trust me, it’s not worth it, you might end up with a red and sensitive skin in a long term.
Jadi jangan scrub terlalu kerap dan elakkan mengguna butiran scrub yang terlalu kasar sebab ia boleh menyebabkan kulit muka kita calar.






